Assalamualaikum…
Sering kita lihat dalam rancangan televisyen ttg seseorang yg dianggap “hero” … kalau ada orang yg nak kena langgar kereta ke… nak kena hempap dengan benda berat ke…, “hero” ni selalu datang menyelamatkan org tu sehingga kadang-kadang tu… “hero” tu yg terkorban…
Jadi soalannya… adakah tindakan seumpama itu juga dianggap sebagai “membunuh” diri? Atas alasan apakah kita boleh gunakan untuk mempertahankan tindakan tersebut? WA
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ - 2910: Berkorban
Primary tabs
Sat, 30/08/2003 - 2:47am
#1
SJ - 2910: Berkorban
:salam
Alahmdulillah, apa yg saudara lihat sebagai 'hero' atau penyelamat didalam TV adalah tidak dikira sebagai membunuh diri atau mendatangkan apa2 manafaat/pahala/kebaikan.
"Kerana semua itu hanyalah sekadar lakonan semata2." :nari
Sebaliknya jika lakonan tersebut melibatkan maksiat dan tidak dilakukan berlandaskan kehendak-kehendak Islam, maka ia akan mendatangkan dosa.
Wallahulam, tunggulah jawapan yg lebih benar lagi tepat dari Al Fadhil ustaz kita :wassalam
:wassalam
Jawab:
Ia kembali pada definasi " bunuh diri". Bunuh diri ialah seseorang yg sengaja menamatkan hidupnya kerana tidak tahan dengan bebanan dan tekanan yg dihadapinya.
Mengenai tindakan yg heroic (berani mati) in dikembalikan pada niat-niat mereka. Dalam Islam, hero-hero yg berjuang dgn berani dan kemudian terbunuh demi tugas agama atau mempertahankan masyarakat atau harta dan keluarganya, maka dia mati syahid. (Prof Syurbasyi, Yas-alunak)