SJ - 2927: [J] Konsep zikir

Primary tabs

5 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2927: [J] Konsep zikir

:salam
Ana nak tak tanya pada ikhwah dan syeikh2 ahkam mengenai konsep zikir. Dlm quran ada menyebutkan paling afdhal zikir ialah laailahaillallah. Dan kalau tak silap ana, ada hadith yg menyatakan zikir yang palik baik ialah membaca quran. Begitu juga dgn hadith shahih mengatakan Rasulullah beristighfar sehari lebih dpd 70 atau 100 kali. Ana juga faham sikit sebanyak konsep zikir; zikir hati, mulut dan perbuatan. Ana cuma nak tahu bagaimana pelaksanaan zikir seperti yang telah disebutkan. Adakah sunnah dan menjadi kebiasaan para salafussoleh duduk setempat dan berzikir (istighfar) seperti yang diamalkan golongan-golongan tertentu. Ana juga pernah terbaca drpd huraian hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, menyatakan Abu Hurairah bertasbih sebanyak 12,000 kali sehari sewaktu beliau menjawat jawatan di Madinah. Adakah beliau juga duduk setempat sambil menggunakan tasbih, batu dan lain-lain. Wallahua'lam
:wassalam

jamalsahara (not verified)
Re: Konsep zikir

:salam

Maafkan saya kerana seharusnya Panel Ahkam yang lebih afdhal menyampaikan jawapan persoalan ini. Saya sekadar singgah dan menyampaikan Riwayat Sunnah SAW ini sebagai pembuka kepada perkara yang anda nyatakan.

Seluruh amalan kita bermula membuka mata dari mati yang sementara (tidur ) dan kembali tidur semula adalah dalam zikirullah sekiranya menepati dalam akhlak yang Rasulullah SAW telah contohkan dan diikuti oleh Para Sahabat RA dan seterusnya Salafussoleh seterusnya kepada Muslim Mukmin hingga kiamat.

Maksud Hadis:

Hadis dari Abu Hurairah RA katanya : Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhatikan majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malaikat naik ke langit.

Baginda SAW bersabda:
Allah SWT bertanya para malaikat sedangkan Allah SWT mengetahui pergerakan mereka dengan firman-Nya: Dari mana kamu datang?
Mereka menjawab: Kami datang dari tempat hamba-hamba-Mu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu.

Allah SWT berfirman: Apakah yang mereka pohonkan?
Para Malaikat menjawab: Mereka memohon Syurga dari-Mu.

Allah SWT berfirman: Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku?
Para Malaikat menjawab: Belum, wahai Tuhan.

Allah SWT berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat Syurga-Ku?
Para Malaikat berkata lagi: Mereka juga memohon daripada-Mu perlindungan.

Allah SWT berfirman: Mereka pohon perlindungan-Ku dari apa?
Para Malaikat menjawab: Dari Neraka-Mu, wahai Tuhan.

Allah SWT berfirman: Apakah mereka pernah melihat NerakaKu?
Para malaikat menjawab: Belum.

Allah SWT berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat Neraka-Ku.
Para Malaikat terus berkata lagi: Mereka juga memohon keampunan-Mu.

Allah SWT berfirman: Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan.

Para Malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hamba-Mu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu.

Baginda SAW bersabda:
Allah SWT berfirman: Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.
( Riwayat Muslim )

NOTA:

Tentulah ianya mempunyai banyak perkara dalam membicarakan soal zikir, sama ada yang khusus dan sebagainya.
Mudah-mudahan Allah SWT memberikan kesempatan buat Panel Ahkam serta mereka yang lebih arif menjelaskan selanjutnya.

Allahu a'lam.

:salam

ateed (not verified)
Re: Konsep zikir

Assalamualaikum

JKK akhi jamal..kalau dapat diterangkan cara perlaksanaannya. Seperti yg telah dijwb akhi jamal lebih kepada fadhilat.

wallahua'lam

jamalsahara (not verified)
Re: Konsep zikir

:salam

Sesungguhnya benar berpandukan Riwayat Sunnah SAW tersebut terdapat tentang kelebihan amal, namun pokok dalam hadis tersebut juga menjurus kepada 'perintah galakan' berada dalam 'majlis zikir'.

Saya ulangi semula dipara pertama:...Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhatikan majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malaikat naik ke langit.

***

Tentulah 'majlis zikir' yang tersebut mempunyai pecahan atau beberapa jenis 'amalan zikir yang berbedza'.

ZIKIRULLAH: dapat dimaksudkan sebagai 'amal ibadah yang diSunnahkan' adalah tergulung sebagai 'zikir', sama-ada ia SUNNAH FARDHU atau SUNNAH KEUTAMAAN YANG DIBERATKAN atau digalakan ( biasanya orang 'Melayu' memangilnya SUNAT SAHAJA ).

SOLAH FARDHU atau SOLAH SUNNAH DIBERATKAN adalah zikir.
BERADA DALAM MAJLIS ILMU KHASNYA YANG MEMBESARKAN ALLAH diRumah-Rumah Ibadah (Masajidallah) atau Majlis Belajar atau Membaca Al Quran, Tahlil dan doa pun zikir.
TADARUS AL QURAN adalah zikir.
BERZIKIR MENYEBUT 'KALIMAH TAYIBAH, TASBIH, TAHMID, doa-doa tertentu dan doa-doa- yang sesuai dengan jenis perbuatan atau amalan JUGA ZIKIR, misalnya doa untok memasuki-kEluar tandas adalah termasuk zikir.

1.
ZIKIR:(i)
Majlis Zikir ( Kuliyah atau 'berkumpulan' )

Dapatlah dikatakan semua amalan-amalan yang disebutkan haruslah berpandukan akhlak atau aturan yang Rasulullah SAW telah ajarkan kepada para Sahabat RA.

Misalnya: Amat benar seseorang yang menghadiri majlis Ilmu atau majlis zikir di masjid, surau atau dirumah-rumah kediaman berada dalam keadaan sepertimana kebiasaan seorang yang hendak mengerjakan solah, tentu bukanlah dalam keadaan yang tidak sesuai dengan sausana seseorang hendak mengerjakan solah.

Dermikian juga niat mestilah untok belajar mendapat faham dan mengamalkan ilmu Agama Allah (sekalipun yang menjadi guru). Atau mungkin kurang memahami bahasa yang didengar dalam majlis tersebut bukanlah halangan untok diberikan kefahaman untok amal olehNYA apabila kita meletakan diri benar-benar seorang yang mahu belajar.

Majlis Zikir dalam bentuk kuliyah adalah amalan yang paling mudah kerana 'kita hanya' perlu duduk dalam 'tawajjuh' yang benar
( tentulah persediaan ruhani-jasmani ia itu mental dan fizikal sebagaimana hendak solah ) untok mengharapkan keampunan, sakinah, Hidayah dan sebagainya dengan sebab adanya kita berada dimajlis tersebut.
( Pengurniayaan HidayahNYA adalah meliputi kefahaman dan mengamalkan ilmu yang didapati hasil berada dalam majlis berkenaan ).

Majlis zikir seperti mendengar guru menyampaikan ilmu berpandukan Al Quran mahupun Hadis yang bersangkut paut urusan IBADAH KEPENTINGAN DUNIA DAN AKHIRAT yang selaras mengikut Syari'at Islam adalah tidak terbatas.

( semuga diberiNYA kesempatan bertemu-berbicara lagi selanjutnya )
InsyaAllah.

Allahu a'lam.

:salam

Re: SJ - 2927: [J] Konsep zikir

:wassalam
Tahqeeqan:
JKK kepada sdr JS. Komen kami: jawapan itu dalam bentuk falsafah sedikit dan agak sulit bagi yg bertanya mahu mengutip isi-isinya.
Kita sudah menjelaskan tasawwur (konsep) Zikir ini sebelum ini. Kita ulangi dgn ringkas dan mudah bagi anda tanpa berjela2 dgn pendekatan filosuf.
Dalam ilmu2 Islam, ada banyak sub-topik. Sub topik Ibadah misalnya ada banyak lagi sub-topik, antaranya Zikr yg anda musykilkan ini. Untuk mendapat gambaran jelas mengenai Zikir dan ruanglingkupnya, maka kita kenalah mendapatkan kitab2 yg betul utk mendapat pandangan yg benar mengenai apa itu Zikir. Kitab yg terbaik ialah alUbudiyah oleh Syaikhul Islam Abu alAbbas Ibn Taymiyah, Ibadah fil Islam oleh Dr alImam dan Syaikhul Islam hari ini, Yusof alQaradhawi, Syaikh Prof ad Dr Wahbah azZuhaili, ZikruLlah. Jika mampu menatap salah satu kitab ini, maka terbukalah ufuk kekeliruan mengenai Ibadah dan termasuklah do'a dan Zikir. kekeliruan dalam bab Ibadah: Do'a dan Zikir ini telah merata dan banyak aliran yg sesat lagi menyesatkan berpunca dari salahfaham terhadap Zikir dan Do'a terutama di kalangan kumpulan tariqat.
Apa yg anda nyatakan itu semuanya benar:
a. "seafdhal2 Zikir ialah La ilahailaLlah"
b. "zikir yg paling aula ialah membaca alQur;an"
c. Nabi saw istighfar sehari 70 Kali
Itu semuanya benar, thabit melalui hadis2.

Jika kita hanya menerima nas yg ini sahaja, maka ada sebahagian umat Islam yg tidak berminat bekerja dan berusaha, bernikah kahwin kerana ingin menumpukan kepada zikir. Kehidupan para sahabat atau salaf assoleh ini adalah sebuah kehidupan yg sempurna, terbaik pernah dikeluarkan utk manusia, mereka adalah umat yg pertengahan (tidak ekstrim) dan mereka berzikir, bertahajjud, mereka juga bekerja mencari rezki, bekeluarga dan keluar memikul pedang utk berjihad. Ini semua zikiruLlah. Imej zikir dgn memegang biji tasbih atau counter utk berzikir dgn kuantiti yg banyak itu adalah imej tariqat dan bukanlah imej sahabat/salaf.

Rumusan:
ZikiruLlah adalah :
a. zikir hati (khusyu'/memikirkan kebesaran Allah)
b. zikir lisan (baca AQ dan zikir2 yg makthur)
c. zikir jawarih (angguta), angguta2 tidak memaksiati Allah
d. Zikir ri'ayah (Ihsan) yaki merasai kebesaan Allah sepanjang masa dan Allah dirasai mengawasinya (tindak-tanduknya)
(Ibn Qayyim, Madarij asSalikin: 2/434) WA