Assalamu'alaikum wbt...
Saya ada terbaca dalam kitab feqh syafi'e (tak ingat namanya) mengatakan sekiranya ada najis mughallazah di jalanan dan ketika itu hujan dan terkena percikan hujan yang terkena najis ke seluar kita, maka perlu samak dan tidak dimaafkan seperti najis2 yang lain...
Adakah pendapat ini sahih dan kuat? Sekiranya benar, amatlah sukar bagi kami yang tinggal di Eropah yang mana selalu hujan dan tahi anjing ada di merata2 tempat di jalanan. Boleh tak kami ambil pendapat mazhab lain yang tidak memaafkan perkara ini? Sekian, terima kasih... wassalam
Jawab:
Islam telah mengangkat belenggu dan kesukaran yg dikenakan pada agama-agama yg terdahulu. Tidak dituntut dalam agama kita meneliti setiap jenis najis di jalanan atau menganalisa najis yg terpalit pada pakaian kita dan ditentukan jenis najisnya.
Islam tidak menghukum sesuatu yg ghaib dari pandangan kita dan tidak dituntut pula kita menyelidikinya. Mengenai najis anjing di Eropah, adalah tidak benar mengatakan najis anjing bersepah di merata-rata tempat kerana kita tahu masyarakat Eropah adalah sebuah masyarakat yg amat mengutamakan kebersihan jauh lebih tinggi dari negara-negara Timur. Bandarayanya begitu bersih dan jalan dan pavementnya disapu setiap hari dan saya sendiri pernah ke USA dan Eropah dan saya tidak dapati dakwaan anda itu ada kebenarannya.
Hukum yg benar ialah bila anda terkena jilatan anjing sahaja yg perlu dibasuh 7 kali dan anda tidak disuruh untuk meneliti najis di jalanan. WaLlahu a'alam