SU - 00167: [G] Mengenai solat berjemaah

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU - 00167: [G] Mengenai solat berjemaah

:salam

Kebiasaannya bila bersolat berjemaah di masjid, imam akan membaca surah yang sederhana panjangnya, cukup untuk membaca dua kali fatihah. Apabila selesai membaca fatihah, makmum akan mendengar pula bacaan surah imam dan jika hafal menyemaknya sekali. Kadang-kadang akibat terlalu asyik mendengar, makmum itu terlupa sama ada dia telah membaca fatihah atau belum dalam solat berjemaah sedangkan dia barangkali sudahpun membacanya.
1.Apa yang perlu dilakukan jika terjadi begini?
2.Bagaimana pula jika dia terleka daripada membaca fatihah hingga imam rukuk baru disedarinya?
3.Kadang-kadang imam membaca fatihah lebih laju dari makmum dan terus rukuk menyebabkan makmum tertinggal satu atau dua takbir bersama imam. Apakah yang lebih utama, mengejar perbuatan imam atau perlukah dia menghabiskan zikir di dalam rukuk dan sujud, sekiranya makmum itu berkenyakinan dapat mengejar perbuatan imam tanpa membatalkan solatnya?
4.Benarkah dalam solat sunat memadai membaca bacaan tahiyat awal iaitu sehingga dua kalimah syahadah dan selawat ke atas nabi Muhammad saw dan kemudian memberi salam tanpa doa atau selawat kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya?

terima kasih...

Re: Mengenai solat berjemaah

:salam

PErsoalan wajibnya membaca fatihah dalam solat jemaah merupakan pendapat mazhab Syafi'i. akiat dari pendapat ini, ulama' syafi'iyah membahaskan perihal masbuq dan muwafiq dgn panjang lebar jika dibandingkan dgn mazhab lain. BErikut saya perturunkan URL yg mebahaskan perbedaan pendapat perihal pembacaan fatihah dalam solat jemaah.

SJ - 2698: (Bahrain) taklid dalam hukum bacaan fatehah

Maka dari huraian dari URL di atas, saya memilih pendapat pertengahan iaitu pendpat mazhab hanbali dan maliki. Ini bersesuaianlah dgn ayat al-Quran yg bermaksud:
Dan apabila dibacakan al-Qur'an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (QS. 7:204)

Oleh yg demikian, selesailah persoalan sdr iaitu soalan 1-3.

Adapun mengenai soalan 4, Imam Nawawi berpendapat tasyahud hanya wajib sehingga dua kalimah syahadat. Tidak kira utk solat sunat maupun solat wajib. Selawat yg seterusnya sepertimana dalam tasyahud akhir yg biasa kita baca itu merupakan sunat. Oleh yg demikian, sekiranya dibaca hanya sehingga dua kalimah syahadah, sah solat tersebut. WA.

:wassalam

Re: SU - 00167: [G] Mengenai solat berjemaah

:wassalam
Oleh kerana soalan Ulangan, dihantar ke ruangan SU