:salam
Saya hendak tahu, sekiranya seseorang itu terlewat sikit bangun untuk menunaikan fardhu Subuh, tetapi masih di dalam waktu subuh. Selepas dia mandi dan berwudhu', waktu syuruk pula telah tiba. Kita telah diharamkan untuk bersolat semasa syuruk. Jadi dalam situasi tersebut, bagaimana sesorang itu hendak solat Subuh? Adakah dia harus menunggu habisnya syuruk? Dan berapa lama kah harus dia tunggu sehingga dia dapat menunaikan solat fardhu Subuh yang terlepas tadi? Sekian, syukran. :nari
wa'alaikumussalam.
Alhamdulillah. Persoalan ini kita dah bincangkan diurl dibawah ini, sila klik untuk membaca jawapannya.
SJ - 2964 : Waktu yang di haramkan solat
Secara ringkas, kelewatan disebabkan lupa atau tidur, membolehkan solat subuh dilakukan diwaktu yang terlarang menurut pandangan jumhur ulama'. Dalilnya diambil dari hadith Nabi saw :-
Jelas menunjukkan agama Islam tidak membebankan umatnya keatas perkara yang diluar kawalannya, seperti didalam kes ini ialah Lupa dan Tidur. Waktu larangan solat ini hanya diapplikasi kepada Solat-Solat yang tidak ada sebab yang mendatang. Didalam kes yang sdr ibnu_osman nyatakan, kelewatan bersolat disebabkan terlambat bangun, walaupun semasa baru bangun masa sebenar solat masih ada tetapi telah hampir penghujung, maka bolehlah dilakukan solat subuh dengan kadar yang segera tanpa melengahkan masa dan tidak perlu menunggu sampai waktu syuruq habis. Wallahu 'alam
-wassalam-
خيرالأمين