SJ - 3056 : [G] solat dan puasa orang yang gusinya berdarah

Primary tabs

5 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3056 : [G] solat dan puasa orang yang gusinya berdarah

assalamualaikum,

ini ada satu permasalahan yang saya minta jawapan dari mereka yang arif.

bagaimana cara seseorang yang mengalami penyakit gusi yang menyebabkan gusinya sentiasa berdarah dapat menjaga solat dan puasanya daripada batal. Ini kerana air liurnya tidak boleh tidak mesti bercampur dengan darah daripada gusi. Dan bukanlah sesuatu yang mudah untuk meludah setiap masa bagi mengelakkannya tertelan air liur bercampur darah tersebut walaupun dia mungkin sedar akan rasa darah yang bercampur dengan air liur tersebut. Ini kerana penyakit gusi tersebut membuatkan gusinya sentiasa berdarah sepanjang hari dan sukar untuk memastikan dalam keadaan manakah gusinya tidak berdarah.

Re: solat dan puasa orang yang gusinya berdarah

:salam

Puasa sdr tidak batal dan tetap sah. Ia tidak disengajakan dan termasuk dalam umum al-balwa dan sesuatu yg tak dapat dielakkan.. Sesunguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Adil. WA.

:wassalam

P/S: dapatkan rawatan segera

The Permanent Committee for Islamic Reasearch and Fatawa
Headed by Sheikh Abdul Aziz bin Bazz

harakat79 (not verified)
Re: solat dan puasa orang yang gusinya berdarah

terima kasih berbanyak atas jawapan anda. Tetapi bolehkan sekiranya saudara membantu saya dengan memberikan maklumat dari manakah sumber pengambilan saudara sama ada buku atau alamat lemgkap laman web tertentu untuk simpanan saya sebagai rujukan. Harap dapat membantu!!!!!

Re: solat dan puasa orang yang gusinya berdarah

saya yelahpun memberikan sumbernya yg berupa buku...

Quote:
The Permanent Committee for Islamic Reasearch and Fatawa
Headed by Sheikh Abdul Aziz bin Bazz
Re: SJ - 3056 : [G] solat dan puasa orang yang gusinya berda

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah. Gusi berdarah termasuk didalam perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa, termasuklah ulcer gigi, hidung berdarah, atau gusi berdarah akibat terkena siwak atau berus gigi. Ini dikategorikan sebagai berdarah yang tidak disengajakan (unintentional bleeding). Soalan pernah ditanya kepada Majlis Fatwa Arab Saudi (Al-Lajnah Fataawa Al-Daaimah) mengenai gusi berdarah, yang diakibatkan oleh diri sendiri ataupun dipukul orang. Jawabnya:-

[="#0000ff" size="3"]Ì: ÇáÏã ÇáÐí íÎÑÌ ãä Èíä ÇáÃÓäÇä áÇ íÝØÑ¡ ÓæÇÁ ÎÑÌ ÈäÝÓå Ãæ ÈÖÑÈÉ ÅäÓÇä áå.
"[Fatwa no: 6132] : Darah yang keluar diantara gigi menyebabkan berbuka puasa, samada keluar akibat diri sendiri atau orang lain memukulnya" - [Fatawa Al-Lajnah Al-Daaimah, 10/267].

Walaubagaimanapun, ulama' menasihatkan agar tidak menelan darah tersebut dengan semampu mungkin. Bagi memudahkan sdr adi79 merujuk, kami petik fatwa Sheikh Mohamamed Al-Utsaimin, bekas Mufti Arab Saudi, yang telah diterjemahkan didalam bahasa Inggeris di Bank Fatwa IslamOnline.Net. Kata beliau :

"Darah yang disebabkan oleh seseorang itu mencabut gigi atau hidung berdarah tidak membatakan puasa dengan syarat dia dengan sedaya upaya tidak menelan darah tersebut. Ini berdasarkan bahawa pendarahan yang tidak sengaja adalah salah satu dari perkara yang tidak membatalkan puasa. Maka barangsiapa yang berdarah akibat kemalangan atau tidak sengaja tidak perlu menqada' puasanya"[2]

Rujukan kepada fatwa Sheikh Abdul Aziz bin Baaz (didalam b.arab) boleh klik disini : [="#800000" size="3"]äÒæá Ïã ÇááËÉ Åáì ÇáÌæÝ

wallahu'alam

-wassalam-
--------------------------
Rujukan :

1. Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 10. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2000.

2. Sheikh Muhammad Al-Utsaimin. Does Gum Bleeding Break One's Fast? url : http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=27403

خيرالأمين