SJ - 3158: [Z] Pembahgian daging korban yang dinazar

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3158: [Z] Pembahgian daging korban yang dinazar

:salam
Saya telah bernazar untuk korban daging sebahagian tetapi yang dimusykilkan bagaimana saya akan bahagikannya. Berapa bahagian untuk orang miskin, berapa bagi orang biasa dan adakah dapat saya gunakan untuk keluarga saya sendiri? :wassalam

Re: pembahgian daging korban yang dinazar

:salam

:salam

Pembahagian daging korban adalah mustahab dibahagikan kpd 3 bhgn, yakni utk makan sendiri, dihadiahkan kpd sahabat handai, dan disadaqahkan. Ini menurut pendapat Ibn Umar dan Ibn Mas’ud.

[="#000080" size="3"]
æóÇáúÈõÏúäó ÌóÚóáúäóÇåóÇ áóßõãú ãöäú ÔóÚóÇÆöÑö Çááøóåö áóßõãú ÝöíåóÇ ÎóíúÑñ ÝóÇÐúßõÑõæÇ ÇÓúãó Çááøóåö ÚóáóíúåóÇ ÕóæóÇÝøó ÝóÅöÐóÇ æóÌóÈóÊú ÌõäõæÈõåóÇ ÝóßõáõæÇ ãöäúåóÇ æóÃóØúÚöãõæÇ ÇáúÞóÇäöÚó æóÇáúãõÚúÊóÑøó ßóÐóáößó ÓóÎøóÑúäóÇåóÇ áóßõãú áóÚóáøóßõãú ÊóÔúßõÑõæäó

"Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan ia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur." (Surah Al-Hajj: ayat 36)
[="#000080" size="3"]
ÈöåóÐöåö ÇáúÂíóÉ ÇáúßóÑöíãóÉ ãóäú ÐóåóÈó ãöäú ÇáúÚõáóãóÇÁ Åöáóì Ãóäøó ÇáúÃõÖúÍöíøóÉ ÊõÌóÒøóà ËóáóÇËóÉ ÃóÌúÒóÇÁ ÝóËõáõË áöÕóÇÍöÈöåóÇ íóÃúßõáåõ æóËõáõË íõåúÏöíå áöÃóÕúÍóÇÈöåö æóËõáõË íóÊóÕóÏøóÞ Èöåö Úóáóì ÇáúÝõÞóÑóÇÁ áöÃóäøóåõ ÊóÚóÇáóì ÞóÇáó " ÝóßõáõæÇ ãöäúåóÇ æóÃóØúÚöãõæÇ ÇáúÞóÇäöÚ æóÇáúãõÚúÊóÑø " æóÝöí ÇáúÍóÏöíË ÇáÕøóÍöíÍ Ãóäøó ÑóÓõæá Çááøóå Õóáøóì Çááøóå Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó áöáäøóÇÓö " Åöäøöí ßõäúÊ äóåóíúÊõßõãú Úóäú ÇöÏøöÎóÇÑ áõÍõæã ÇáúÃóÖóÇÍöíø ÝóæúÞ ËóáóÇË ÝóßõáõæÇ æóÇÏøóÎöÑõæÇ ãóÇ ÈóÏóÇ áóßõãú " æóÝöí ÑöæóÇíóÉ " ÝóßõáõæÇ æóÇÏøóÎöÑõæÇ æóÊóÕóÏøóÞõæÇ" æóÝöí ÑöæóÇíóÉ " ÝóßõáõæÇ æóÃóØúÚöãõæÇ æóÊóÕóÏøóÞõæÇ "

Ayat ini (Surah Al-Hajj ayat 36) menjadi petunjuk kpd ulama bahawa Udhiyah (Korban) dibahagikan kpd 3 bhgn: 1/3 utk mereka yang melakukan ibadah korban, 1/3 utk kpd sahabat handai dan 1/3 lagi utk fuqara’ (golongan faqir), sejajar dgn Firman Allah S.W.T:
[="#000080" size="3"]
ÝóßõáõæÇ ãöäúåóÇ æóÃóØúÚöãõæÇ ÇáúÞóÇäöÚ æóÇáúãõÚúÊóÑø

“…makanlah sebahagian daripadanya dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta (Qani') dan yang meminta(Mu'tarr)…”

Disebut dlm hadith Sahih dari Rasulullah S.A.W bahawa baginda bersabda kpd manusia:
“Aku sebelum ini mengharamkan kamu menyimpan korban lebih dari 3 hari, tetapi sekarang makan lah dari ia dan simpanlah ia” Dlm riwayat lain, “..makanlah sbhgn, simpan sbhgn dan sadaqah sbhgn lain..”, dlm riwayat lain pula menyebut, “makanlah sebhgn, berilah makan sbhgn dan sadaqahlah sbhgn..”

Berdasarkan dalil-dalil di atas, maka pembahagian daging2 korban dibahagikan kpd 3 bhgn. Menurut mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali sebaiknya dibahagikan menjadi tiga bahagian sesuai hadith. Menurut Hanbali boleh juga makan lebih dari setengah dan membahagikan sebahagian kecil dan begitu juga pembahagian menjadi tiga tidak harus sama rata. Menurut mazhab Syafi'i disunahkan memakan sebagian dan diperbolehkan memberi makan orang-orang kaya dengan daging kurban.

Namun demikian, dlm kes saudara adalah berlainan yakni saudara berniat nazar korban. Utk korban nazar, tidak ada bahagian utk diri sendiri dan hendaklah ia sedekahkan ke semuanya (Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj, Ibn Hajar)

Wallahu’alam

Re: pembahgian daging korban yang dinazar

:wassalam
Tas-hih/Tahqeeq

Quote:
Utk korban nazar, tidak Namun demikian, dlm kes saudara adalah berlainan yakni saudara berniat nazar korban. Utk korban nazar, tidak ada bahagian utk diri sendiri dan hendaklah ia sedekahkan ke semuanya (Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj, Ibn Hajar)

Itulah pendapat jumhur termasuk Imam Besar ASWJ yg berempat:
Hanafi dalam Durr alMukhtar: 5/23
Syafi'iy: alMuhadzab: 1/240; Mughni Muhtaj:4/290
Maliki: Bidayah alMujtahid:1/424
Hanbali: alMughni:8/632 (WA)