SU-00219: Ambil wuduk.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00219: Ambil wuduk.

Assalamualaikum
Kalau macam ambil wuduk tak basuh anggota sebanyak 3 kali sah tak wuduk tu?Macam ustaz saya kat sekolah kata tak sah.Mesti basuh 3 kali lepas tu pula bapa saya kata sah kalau tak basuh 3 kali lepas tu abang saya kata tak sah.Saya pening sikit.Mana satu betul?

Re: SU-00219: Ambil wuduk.

:salam

membasuh sebyk 3 kali basuhan bukanlah syarat sah wudhu’. Bahkan Nabi saw pernah memasuh anggota wudhu'nya kurang dari 3 kali. Sekiranya 3 kali itu syarat sah, apakah itu bermaksud wudhu' Rasulullah saw tidak sah :smirk: .

Namun begitu, fuqaha’ telah bersetuju bahawa membasuh 3 kali itu sunat hukumnya. Hanyasaja Mazhab Maliki menganggapnya amalan yg baik. Sila lanjutkan bacaan sdr ke URL berikut yg mengandungi tatacara berwudhu’ yg lengkap. WA.

SJ - 3022: [Z] Wudhu'

:wassalam

Fiqh Islami Jil 1
Dr Wahbah al-Zuhaily

Hadis2 Hukum Mengenai Bersuci dan Bersolat
oleh Au Soleh Nasaruddin