:salam
Saya musykil, tentang bagaimana dalam banyak riwayat-riwayat peperangan yang disertai oleh para sahabat r.a.a, ada diceritakan tentang sahabat-sahabat tercedera di medan perang, mereka bersolat bagi menahan sakit atau ketika hendak diubati (ketika hendak mencabut anak panah yang tercucuk di badan dll). Adakah berdarah itu tidak membatalkan solatnya? Harap dapat dijelaskan...
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ - 3202: Solat sahabat ketika cedera
Primary tabs
Sun, 21/12/2003 - 7:54pm
#1
SJ - 3202: Solat sahabat ketika cedera
:salam
Darah adalah najis berdasarkan firman Allah berikut:
“…..atau darah yang mengalir atau daging babi - karena sesungguhnya semua itu najis…..”[6:145]
Persoalannya, adakah najis itu membuatkan solat itu tidak sah? Saya memilih pendapat yg mengatakan najis itu bukanlah syarat sah solat. Sila lanjutkan bacaan sdr ke URL berikut: STUDI: APAKAH SUCI DARI NAJIS ITU SYARAT SAH SOLAT?
Namun, sekiranya sdr ingin memegang kpd pendapat yg mengatakan najis itu salah satu dari syarat sah solat, darah yg keluar ketika perang misalnya, kita kembali kpd kaedah fiqh iaitu ‘Kesukaran membawa kpd kemudahan.’ Maka darah tersebut adalah dimaafkan krn berada dalam keadaan dharurat. Firman Allah
Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. [2:185]
Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur. [5:6]
Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.[22:78]
Sekian. WA.
:wassalam
RUJUKAN
Fiqhul Manhaji 'ala Mazhabil Imam asy-Syafi'i
[Kitab Fiqh Mazhab Syafi'i]
Dr Mustofa al-Khin, Dr Mustofa al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji
Perbahasan Kaedah Fiqh
Ustaz Abd Latif & Ustazah Rosmawati Ali
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.
:wassalam
Tahqeeq/Tarjeehan
Hal ini boleh ditemukan dalam kitab Fiqh Sunnah, Jld 1: bab Najis.
a. Allamah Sayyid Sabiq menerangkan HR alBukhari dari alHasan (bin Ali ra), "kaum muslimin tetap solat walaupun mereka dalam keadaan luka."
alMuhaddith alAlbani (Tamamul Minnah) mengatakan hadis ini tidak bersanad (mu'allaq); manakala Ibn Abi Syaibah mengatakan hadis ini bersambung/bersanad (dipetik oleh Syaikhul Islam Ibn Hajar (alFath: 1/211)
b. Umar alKhattab ra meneruskan solatnya selepas ditikam oleh Abu Lu'luah walaupun darahnya banyak yg mengalir (Ibn Hajar, alFath, ibid)
c. Kisah seterusnya, Sayyid Sabiq menulis bahawa Abu Hurairah ra ada berkata tidak mengapa, orang solat terkeluar darah satu tetes atau dua.
Koreksi AlAlbani (Tamamul Minnah): Hadis ini lemah (dha'ef) kerana terdapat perawi bernama Syarik bin Abdullah alqadhi yg lemah hafadzannya.
Pendapat Imam alMuhaddith AlAlbani mengenai darah manusia yg keluar semasa solat. Walaupun dalil2 dalam Fiqh Sunnah itu ada kecacatannya, darah dihukumkan tidak NAJIS kerana tidak dinyatakan secara jelas dalam AQ dan asSunnah. WA
:wassalam