:salam
ana adasoalan utk ditanya;
(1),adakah benar bhw jika kita mucapkan salam sblm sblm habis salam kedua imam smbyg kita btl? yg betulnya beri salam slps imam habis ucap slm yg ke2.tetapi apa yg ana biasa tngok ramai org beri salam slps imam siap bg salam yg pertama .maklumat ini ana dpt ddp seorg ust yg alim. Dia mmbentangkan 1 hadith nabi saw sbg hujah.Ana ingin minta pandangan al ahkam ttg hal ini? :confused:
ANA ADALAH INSAN YG LEMAH, TEGURILAH&BANTULAH SAUDARAMU INI...
SEKIAN :wassalam :bash
:salam
Kami memohon maaf krn lewat menjawab soalan sdr. Insya Allah kami akan cuba meleraikan kekusutan sdr setakat mana yg kami mampu.
Persoalan sdr menyentuh perihal hukum mengikuti imam. Fuqaha’ telah membahaskan bab ini dgn panjang lebar skali sehinggakan berlaku juga perselisihan pendapat di kalangan ulama’ syafi’iyyah sendiri.
Sblm saya menjawab soalan sdr mengenai salam ini, adalah lebih baik kiranya saya melampirkan beberapa mafhum hadis yg melarang kita mendahului imam ini.
Abu Hurairah ra mengatakan, “Bahawasanya Rasulullah saw bersabda, “Dijadikan imam itu hanyalah untuk kamu mengikutinya. Krn itu, janganlah kamu menyalahinya. Maka apabila ia bertakbir, bertakbirlah kamu dan apabila kamu ruku’, ruku’lah kamu dan apabila ia telah membaca ‘sami’allahu liman hamidah’, bacalah ‘allahumma rabbana lakal hamdu’, dan apabila ia telah sujud, sujudlah kamu, apabila ia sembahyang sambil duduk, bersembahyanglah kamu semuanya sambil duduk.””[HR Bukhari dan Muslim]
Abu Hurairah ra berkata, “Rasulullah saw bersabda, “Apabila seseorang kamu tidka takut, - apabila ia mengangkat kepalanya sebelum imam-, akan dipalingkan Allah kepalanya menjadi kepala keldai, atau dipalingkan Allah rupanya menjadi rupa keldai.””[HR al-Jamaah]
Terdapat byk lagi hadis lain yg menunjukkan ke arah larangan mendahului imam. Namun saya tidak menjumpai sebrang dalil yg khusus mengenai salam. Namun begitu, berdasarkan dalil2 hadis ini, Syafi’iyyah secara umumnya terbahagi kpd dua pendapat iaitu:
1. Sembahyang itu tidak batal jika seiringan(serentak) selain takbiratul ihram. Mengiringi salam hukumnya makruh.
2. Sembahyang itu tidak batal jika seiringan(serentak) selain takbiratul ihram dan salam
Pendapat yg pertama ini adalah pendapat yg terpilih sptmana yg dinukilkan oleh Dr Wahbah al-Zuhaily dalam bukunya, fiqh Islami wa-Adillatuhu yg mana beliau petik dari Mughni Muhtaj, al-Muhadzab dan al-Hadramiyyah. Iaitu solat hanya batal jika seiringan ketika takbiratul ihram. Jika seiringan dgn salam hukumnya makruh. Ttp, makruh ini hanya serentak, jika imam telah salam yg kedua, kitapun salam yg pertama, tidaklah pula makruh hukumnya.
Sekian. WA.
:wassalam
fiqh Islami wa-Adillatuhu
(Fiqh & Perudangan Islam Jld 2)
Dr Wahbah al-Zuhaily
Fathul Bari
Ibn Hajar al-Asqallani
Koleksi Hadis2 Hukum 4
TM Hasbi
Fiqh Manhaji
(Kitab Fikah Mazhab Syafi’I)
Dr Mustofa al-Khin, Dr Mustofa al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji)
Hadis2 Hukum Mengenai Bersuci dan Solat
Abu Soleh Nasaruddin
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.
Wa'alaikumussalam.
Alhamdulillah. JKK Ustaz Gayat. Bagi merumuskan jawapan diatas, kami memetik kenyataan seorang ulama', Sheikh Ibn Utsaimin, katanya :
wallahu'alam, wassalam
خيرالأمين