SJ-05-0013 : ADZAN DARI MUADZDZIN YANG TIDAK DIANGKAT

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0013 : ADZAN DARI MUADZDZIN YANG TIDAK DIANGKAT

:salam

saya qoute dari ruangan fiqh sunnah:
Tidak boleh orang lain adzan tanpa izin dan muadzdzin yang telah ditetapkan, juga tidak boleh orang lain itu adzan bila muadzdzin terlambat, karena takut akan luputnya waktu adzan.

Disini saya keliru atau tak faham :bingung: camner kalu muadzdzin tu tak mai dan kalu terlambat apa tindakan saya? berapa lama harus saya tunggu.
Minta ustaz perjelaskan akan kekeliruan atau tak paham saya nih!

terima kasih

SJ-05-0013 : ADZAN DARI MUADZDZIN YANG TIDAK DIANGKAT

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr hulubalang dengan kemampuan yang ada, Insyaallah.

Perkataan diatas merupakan petikan dari Bab Azan dari kitab Fiqh Al-Sunnah di bawah tajuk : Azan selain dari Muazzin Al-Raatib (dilantik yang bergaji), dimana Dr. al-Sayyid Sabiq berkata :

áÇ íÌæÒ Ãä íÄÐä ÛíÑ ÇáãÄÐä ÇáÑÇÊÈ ÅáÇ ÈÅÐäå¡ Ãæ Ãä íÊÎáÝ ÝíÄÐä ÛíÑå ãÎÇÝÉ ÝæÇÊ æÞÊ ÇáÊÃÐíä.
Maksudnya : "Tidak boleh mengazan selain dari Muazzin Raatib (bergaji) melainkan dengan izinnya, atau tidak boleh azan jika muazzin terlewat kerana takut luput waktu solat". (Dr Al-Sayyid Saabiq. Fiqh Al-Sunnah - 1. cetakan khas. Kansas City : Manar International, 1995.ms 134)

Secara umumnya, didalam pentadbiran sebuah masjid jami', terdapat jawatan-jawatan khas yang diperuntukan bagi melaksanakan aktiviti masjid setiap hari, tanpa mengira cuti atau tidak. Disana kita akan melihat 2 jawatan penting yang menjadi tunggak aktiviti masjid, iaitu : Imam dan Muazzin., yang juga kita gelar sebagai Imam Ratib dan Muazzin Ratib. Secara tradisinya didalam sejarah Islam, Imam-Imam dan muazzin ini dilantik oleh pemerintah, atau sekarang dikenali sebagai jawatankuasa masjid, ataupun pihak yang berkuasa keatas Hal-Ehwal Agama Islam.

Apa yang dinyatakan oleh Dr. al-Sayyid Sabiq ialah : Tidak boleh seorang itu melakukan azan di masjid jami' tanpa kebenaran Muazzin yang bertugas. Kenyataan ini berkait rapat dengan isu mengadakan solat jemaah yang kedua (apabila lambat ke masjid dsb) didalam sebuah masjid yang telah ada Imam yang dilantik (Raatib). Imam Al-Syafie sendiri didalam al-Umm telah menceritakan dengan panjang lebar berkenaan pandangan beliau mengenai hal ini. Kata beliau :-

æÅä ßÇä áÑÌá ãÓÌÏ íÌãÚ Ýíå ¡ ÝÝÇÊÊå ÇáÕáÇÉ ¡ ÝÅä ÃÊì ãÓÌÏ ÌãÇÚÉ ÛíÑå ßÇä ÃÍÈ Åáí ¡ áÃä áã íÃÊå æÕáì Ýí ãÓÌÏå ãäÝÑÏÇ ¡ ÝÍÓä ¡ æÅÐÇ ßÇä ááãÓÌÏ ÅãÇã ÑÇÊÈ ¡ ÝÝÇÊÊ ÑÌáÇ Ãæ ÑÌÇáÇ Ýíå ÇáÕáÇÉ ¡ ÕáæÇ ÝÑÇÏì ¡ æáÇ ÃÍÈ Ãä íÕáæÇ Ýíå ÌãÇÚÉ ¡ ÝÅä ÝÚáæÇ ÃÌÒÃÊåã ÇáÌãÇÚÉ Ýíå ¡ æÅäãÇ ßÑåÊ Ðáß áåã áÃäå áíÓ ããÇ ÝÚá ÇáÓáÝ ÞÈáäÇ ¡ Èá ÞÏ ÚÇÈå ÈÚÖåã ¡ æÃÍÓÈ ßÑÇåíÉ ãä ßÑå Ðáß ã ãäåã ÅäãÇ ßÇä áÊÝÑÞÉ ÇáßáãÉ ¡ æÃä íÑÛÈ ÑÌá Úä ÇáÕáÇÉ ÎáÝ ÅãÇã ÇáÌãÇÚÉ ¡ ÝíÊÎáÝ åæ æãä ÃÑÇÏ Úä ÇáãÓÌÏ Ýí æÞÊ ÇáÕáÇÉ ¡ ÝÅÐÇ ÞÖíÊ ÏÎáæÇ ÝÌãÚæÇ ¡ Ýíßæä ÈåÐÇ ÇÎÊáÇÝ æÊÝÑÞ ÇáßáãÉ ¡ æÝíåãÇ ÇáãßÑæå ¡ æÅäãÇ ÃßÑå åÐÇ Ýí ßá ãÓÌÏ áå ÅãÇã æãÄÐä
"Apabila seorang lelaki yang mempunyai masjid untuk bersolat jemaah didalamnya, pada ketika itu dia ketinggalan solatnya, maka jika dia datang ke masjid lain. Itu lebih saya suka. Jika ia tidak mendatanginya maka solat bersendirian adalah lebih baik. Jika masjid tersebut mempunyai Imam Ratib, maka seorang atau beberapa orang yang tertinggal solatnya, solatlah secara bersendirian, Saya tidak menyukai mereka bersolat jemaah, walaupun mereka melakukannya dengan ganjaran jemaah didalamnya, kerana sesungguhnya aku benci cara begitu kerana sesungguhnya perbuatan itu bukan dari kalangan salaf sebelum kami, bahkan sebahagian mereka mencelanya. Saya mempunyai alasan membenci kerana ia akan memecah belahkan kata-kata. Saya tidak gembira dengan mereka yang tidak mahu bersolat dibelakang Imam berjemaah, lalu bersama yang lain menangguhkan bersolat semasa waktu diadakan solat. Dan setelah selesai solat, mereka masuk dan mendirikan jemaah (lain). Perkara ini yang menimbulkan perselisihan dan memecah belahkan kata-kata. Maka pada kedua-duanya adalah MAKRUH. Sesungguhnya aku tidak suka perkara berlaku didalam setiap masjid yang ada didalamnya Imam dan Muazzin yang tetap" (Al-Umm 1/136)

Imam Syafie membenci akan adanya jemaah (solat) yang lain, selain dari jemaah yang di Imamkan oleh Imam Ratib, begitulah juga melakukan azan jika terdapatnya muazzin yang ratib. Ini adalah kerana Islam mahu mengekalkan perpaduan didalam orang Islam, selagi mana Imam dan muazzin tersebut tidak dilihat melakukan kesalahan yang menyalahi Islam. Jika Muazzin tadi memberi kebenaran/keizinan, maka boleh pihak yang mendapat keizinan tadi melakukan azan.

Persoalan yang timbul ialah jika Muazzin tidak timbul-timbul? Adalah merupakan tugas Imam memanggil muazzin yang standby bagi melaungkan azan. Sudah menjadi tradisi Islam mempunyai muazzin lebih dari satu. Semasa zaman Nabi Muhammad saw, beliau mempunyai 2 tukang azan : Bilal ra dan Ibn Ummi Makhtum ra. Manakala pada zaman Saidina Uthman ra, beliau mempunyai 4 orang tukang azan. Tidak timbul bimbang akan tiada muazzin semasa masuk waktu solat. Imam juga boleh melantik sesiapa yang dikehendaki ketika itu jika kesemua muazzin tadi tidak kelihatan.

Bagaimana pula dengan masjid atau surau, contohnya di R&R atau di pejabat, yang tidak mempunyai Imam dan Muazzin yang bergaji. Kata Imam Al-Syafie lagi didalam mukasurat yang sama :

ÝÃãÇ ãÓÌÏ Èäí Úáì ÙåÑ ÇáØÑíÞ Ãæ äÇÍíÉ áÇ íÄÐä Ýíå ãÄÐä ÑÇÊÈ ¡ æáÇ íßæä áå ÅãÇã ÑÇÊÈ ¡ æíÕáí Ýíå ÇáãÇÑÉ ¡ æíÓÊÙáæä ¡ ÝáÇ ÃßÑå Ðáß ¡ áÃäå áíÓ Ýíå ÇáãÚäì ÇáÐí æÕÝÊ ãä ÊÝÑÞ ÇáßáãÉ ¡ æÃä íÑÛÈ ÑÌÇá Úä ÅãÇãÉ ÑÌá ÝíÊÎÐæä ÅãÇãÇ ÛíÑå
"Bagi masjid yang dibina ditepi-tepi jalan atau ditempat yang tidak diazan oleh muazzin Raatib dan tidak mempunyai Imam Raatib, orang yang lalu (musafir) disana bersolat, begitu juga dengan yang berihat (mencari perlindungan), maka tidaklah aku benci, kerana sesungguhnya bukan bermaksud mensifatkannya sebagai memecah belahkan kata-kata (perselisihan), dan tidak juga bererti lelaki yang tidak suka diimamkan oleh Imam tersebut dan mencari Imam yang lain" (Al-Umm 1/136).

Kesimpulan yang dapat kita ambil ialah, tugas mengazan bagi masjid jami' yang mempunyai muazzin yang bergaji, hendaklah dilakukan oleh orang yang ditugaskan. Kesemua ini dilakukan bagi mengelakkan perselisihan diantara umat Islam. Begitu juga dengan Solat Jemaah; hanya boleh dilakukan sekali sahaja oleh Imam Raatib, dan makruh hukumnya menurut Imam Syafie bagi mereka yang melakukan solat jemaah yang lain dari yang di imamkan oleh Imam Raatib. WA.

wassalam

خيرالأمين