Antara isikandungan video ialah:
• Sistem Pondok dan aliran pengajian Hadis, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.
• Lulusan sistem Pondok berkemahiran dalam ilmu alat, seperti Nahu dan Sorof.
• Aliran Pondok telah banyak menabur jasa dalam bidang dakwah.
• Mereka belajar mazhab masyarakat setempat, iaiatu mazhab al-Syafii. Berbanding dengan aliran pengajian Hadis di Deoband India. Mereka belajar mazhab Hanafi.
• Menuntut ilmu di pelbagai aliran akan membuatkan lebih bersikap terbuka dalam menangani isu perselisihan mazhab.
- Yang terbaik ialah menggabungkan aliran Pondok dan Hadis.
- Kelebihan pengajian Hadis ialah tidak mengikat diri dengan satu pendapat secara mutlak.
- Antara kelemahan sistem pondok ialah terhenti terhadap kajian silam, tanpa melihat kajian kontemporari.
- Keperibadian yang baik di kalangan tokoh Pondok sangat mempengaruhi masyarakat sekeliling.
- Sekalipun kita ada berbeza pendapat dengan aliran pondok, namun kita mesti menghormati mereka. Kita tidak boleh bermusuh dengan mereka sekalipun mereka salah menurut pandangan kita.
- Kisah menarik kehebatan ilmu Nahu Tok Kenali semasa pergi ke Mesir.
- Jika mahu mahir dan mendalam dalam bidang hadis perlu menuntut ilmu dari aliran Hadis.
- Tok guru pondok menguasai banyak bidang ilmu. Bukan sahaja dalam bidang agama tetapi dalam bidang lain juga.
{youtube width="550" height="470"}19d7H2wfKa8{/youtube}