Mohon jasa baik panel alAlhkam untuk terangkan hukum forward gambar2 org yg sdg buat maksiat.
Contohnya perbuatan menghampiri zina dan dalam keadaan mereka yg melakukan perbuatan tersebut sedar (gambar diambil scr terang2an, bukan menghendap dsbnya)
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ - 3252 : [G] Hukum forward gambar org buat maksiat
Primary tabs
Thu, 15/01/2004 - 11:51pm
#1
SJ - 3252 : [G] Hukum forward gambar org buat maksiat
:salam
Hukum melihat gambar itu harus selagi intinya juga dibercanggah dgn syara'. Adapun gambar maksiat, pasti ia bercanggah dgn syara' dan seorang muslim itu dilarang utk melihatnya. Kalaulah melihat pun dilarang, apatah lagi menyebarkan kpd org lain yg akan membuatkan lebih ramai org mendapat dosa krn melihatnya. [Fatawa Muasirah - Dr Yusuf al-Qaradhawi]
:wassalam
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.
Wa'alaikumussalam.
Alhamdulillah. JKK Ustaz Gayat. Menurut Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi ha., hukum Allah banyak diringankan bagi orang yang melakukan maksiat secara tersembunyi sebagaimana yang disebut didalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra :-
Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi ha. menjelaskan bahawa maksiat yang dilakukan secara terbuka (menzahirkan kemungkaran - [="#0000ff" size="4"] ÙåæÑ ÇáãäßÑ) merupakan salah satu syarat bahawa maksiat itu perlu dicegah, sebagaimana hadith yang dipaparkan oileh Al-Hafiz Imam Al-Nawawi didalam buku Hadith 40nya, hadith no:34:-
Menurut Al-Qaradhawi frasa "barangsiapa yang melihat" ([="#800000" size="4"]ãä ÑÃì) adalah lafaz umum, meliputi semua orang yang melihat kemungkaran adalah dituntut mencegahnya dengan keupayaan mereka. Hadith diatas ini memerintahkan kita melakukan pencegahan kepada maksiat yang dilakukan secara terbuka, dan bukan menforward maksiat yang mereka lakukan. Mereka yang menforwardkan gambar-gambar dosa ini sebenarnya memanjang-manjangkan lagi dosa-dosa yang dilakukan oleh orang tersebut.
Dosa melihat gambar maksiat
Pertama-tamanya, mereka yang melihat gambar seperti ini hendaklah memohon ampun kepada Allah swt dan melakukan taubat. Sesungguhnya setiap anggota manusia tidak kira samada pendengaran atau penglihatan yang melakukan kerja-kerja mungkar, seperti melihat gambar maksiat, lucah dsb, akan ditanya di akhirat nanti. Firman Allah swt :-
Mata yang melihat keseronakan kemungkaran disifatkan oleh Nabi saw sebagai melakukan ZINA. Sabda baginda saw :-
Mata kita juga harus dijaga daripada melihat perkara-perkata maksiat. Kita diseru didalam hadith diatas agar mencegah kemungkaran didalam kapasiti yang ada pada kita sebagai seorang Islam. Sebagai contoh, apabila melihat seorang melakukan maksiat dan kemungkaran, hendaklah dimelapurkan kepada pihak yang berkuasa atau menasihati mereka yang melakukan pekerjaan tersebut, sehinggalah selemah-lemah iman iaitu membenci kemungkaran tersebut didalam hati! Bukannya kita disuruh mengambil gambar dan mengedarkan gambar perbuatan tersebut. Janganlah kita memanjang-manjangkan amalan buruk ini kepada orang lain melalui rawi rantaian e-mail yang menempahkan tempat duduk kita di neraka Allah, wa nauzubillah. wallahu'alam
wassalam.
--------------
Rujukan :-
1. Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fataawa Mu'asyirah - II. cetakan ke 3. Dar Al-Wafaa', 1994. ms 687.
خيرالأمين