SJ - 3252 : [G] Hukum forward gambar org buat maksiat

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3252 : [G] Hukum forward gambar org buat maksiat

Mohon jasa baik panel alAlhkam untuk terangkan hukum forward gambar2 org yg sdg buat maksiat.
Contohnya perbuatan menghampiri zina dan dalam keadaan mereka yg melakukan perbuatan tersebut sedar (gambar diambil scr terang2an, bukan menghendap dsbnya)

Re: Hukum forward gambar org buat maksiat

:salam

Hukum melihat gambar itu harus selagi intinya juga dibercanggah dgn syara'. Adapun gambar maksiat, pasti ia bercanggah dgn syara' dan seorang muslim itu dilarang utk melihatnya. Kalaulah melihat pun dilarang, apatah lagi menyebarkan kpd org lain yg akan membuatkan lebih ramai org mendapat dosa krn melihatnya. [Fatawa Muasirah - Dr Yusuf al-Qaradhawi]

:wassalam

Re: SJ - 3252 : [G] Hukum forward gambar org buat maksiat

Wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. JKK Ustaz Gayat. Menurut Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi ha., hukum Allah banyak diringankan bagi orang yang melakukan maksiat secara tersembunyi sebagaimana yang disebut didalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra :-

[="#800000" size="3"]ÓãÚÊ ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã íÞæá : " ßá ÃãÊí ãÚÇÝì ÅáÇ ÇáãÌÇåÑíä ¡ æÅä ãä ÇáãÌÇåÑÉ Ãä íÚãá ÇáÑÌá ÈÇááíá ÚãáÇð Ëã íÕÈÍ æÞÏ ÓÊÑå Çááå Úáíå ÝíÞæá íÇ ÝáÇä ÚãáÊ ÇáÈÇÑÍÉ ßÐÇ æßÐÇ æÞÏ ÈÇÊ íÓÊÑå ÑÈå æíÕÈÍ íßÔÝ ÓÊÑ Çááå Úäå
"Aku mendengar Rasulullah saw bersabda : 'Semua umatku akan diampuni kecuali mereka yang melakukan maksiat secara terbuka. Adalah merupakan dosa yang terbuka jika seorang lelaki melakukan sesuatu pada malam hari, dan apabila tiba paginya Allah akan menutup dosanya, akan tetapi dia berkata : 'Wahai si fulan, aku melakukan begitu dan begini malam tadi,' apabila tuhannya telah menutupnya (sitar) , tetapi dipagi hari dia mendedahkan apa yang Allah tutupkan darinya" - [Hadith riwayat al-Bukhaari #5721; Muslim 2990].

Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi ha. menjelaskan bahawa maksiat yang dilakukan secara terbuka (menzahirkan kemungkaran - [="#0000ff" size="4"] ÙåæÑ ÇáãäßÑ) merupakan salah satu syarat bahawa maksiat itu perlu dicegah, sebagaimana hadith yang dipaparkan oileh Al-Hafiz Imam Al-Nawawi didalam buku Hadith 40nya, hadith no:34:-

[="#800000" size="3"]Úä ÃÈí ÓÚíÏ ÇáÎÏÑí ÑÖí Çááå Úäå ¡ ÞÇá : ÓãÚÊ ÑÓæá Çááå Õáí Çááå Úáíå æÓáã íÞæá : ( ãä ÑÃì ãäßã ãäßÑðÇ ÝáÛíÑå ÈíÏå ¡ ÝÅä áã íÓÊØÚ ÝÈáÓÇäå ¡ ÝÅä áã íÓÊØÚ ÝÈÞáÈå ¡ æÐáß ÃÖÚÜÝ ÇáÅíãÇä ). ÑæÇå ãÓáã [ ÑÞã : 49 ].
"Dari Abi Sa'id Al-Khudri r.a. telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda :"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". - [Di riwayatkan oleh Imam Muslim #49]

Menurut Al-Qaradhawi frasa "barangsiapa yang melihat" ([="#800000" size="4"]ãä ÑÃì) adalah lafaz umum, meliputi semua orang yang melihat kemungkaran adalah dituntut mencegahnya dengan keupayaan mereka. Hadith diatas ini memerintahkan kita melakukan pencegahan kepada maksiat yang dilakukan secara terbuka, dan bukan menforward maksiat yang mereka lakukan. Mereka yang menforwardkan gambar-gambar dosa ini sebenarnya memanjang-manjangkan lagi dosa-dosa yang dilakukan oleh orang tersebut.

Dosa melihat gambar maksiat

Pertama-tamanya, mereka yang melihat gambar seperti ini hendaklah memohon ampun kepada Allah swt dan melakukan taubat. Sesungguhnya setiap anggota manusia tidak kira samada pendengaran atau penglihatan yang melakukan kerja-kerja mungkar, seperti melihat gambar maksiat, lucah dsb, akan ditanya di akhirat nanti. Firman Allah swt :-

[="#ff00000" size="3"]Åöäøó ÇáÓøóãúÚó æóÇáúÈóÕóÑó æóÇáúÝõÄóÇÏó ßõáøõ ÃõæáóÆößó ßóÇäó Úóäúåõ ãóÓúÆõæáðÇ
"sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. "-[surah al-Israa' 17:36].

Mata yang melihat keseronakan kemungkaran disifatkan oleh Nabi saw sebagai melakukan ZINA. Sabda baginda saw :-

[="#800000" size="3"]æÇáÚóíúäõ ÊóÒúäöí æóÒöäóÇåÇ ÇáäøóÙÑ
"Mata melakukan zina, dan zinanya adalah kerana melihat." - [Hadith riwayat oleh al-Bukhaari, al-Isti'dhaan, #5774).

Mata kita juga harus dijaga daripada melihat perkara-perkata maksiat. Kita diseru didalam hadith diatas agar mencegah kemungkaran didalam kapasiti yang ada pada kita sebagai seorang Islam. Sebagai contoh, apabila melihat seorang melakukan maksiat dan kemungkaran, hendaklah dimelapurkan kepada pihak yang berkuasa atau menasihati mereka yang melakukan pekerjaan tersebut, sehinggalah selemah-lemah iman iaitu membenci kemungkaran tersebut didalam hati! Bukannya kita disuruh mengambil gambar dan mengedarkan gambar perbuatan tersebut. Janganlah kita memanjang-manjangkan amalan buruk ini kepada orang lain melalui rawi rantaian e-mail yang menempahkan tempat duduk kita di neraka Allah, wa nauzubillah. wallahu'alam

wassalam.
--------------
Rujukan :-

1. Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fataawa Mu'asyirah - II. cetakan ke 3. Dar Al-Wafaa', 1994. ms 687.

خيرالأمين