SJ - 1884 : GARA-GARA DOSA , PAHALA PUN TERLEPAS JUA

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 1884 : GARA-GARA DOSA , PAHALA PUN TERLEPAS JUA

Assalamu'alaikum Warah MatuLlah
Ini adalah petikan dari satu artikel, Adakah terdapat kebenarannya ?

"ORANG-ORANG YANG SULIT MELAKSANAKAN SHALAT ISYA BERJAMAAH dan
SULIT BANGUN PAGI UNTUK MELAKSANAKAN SHALAT SUBUH DI MASJID, ITU TANDANYA
BAHWA DIA MEMILIKI BANYAK DOSA. DOSA-DOSANYA TELAH MENAHANNYA UNTUK TIDAK
DATANG KE MASJID BERSILATURAHIM DI RUMAH ALLAH, MENEGAKKAN KEBAJIKAN DAN
MENJAUHKAN KEMUNGKARAN !"

JazakaLlah

Re: SJ - 1884 : GARA-GARA DOSA , PAHALA PUN TERLEPAS JUA

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Kami memohon maaf kerana tidak dapat mencari hadist yang serupa dengan apa yang dinyatakan di dalam artikel tersebut. Namun, kami mengharapkan saudara dapat melihat hadist berikut , yang mana ianya juga ada kaitan dengan isi soalan saudara itu .

Sabda Baginda RasululLah s.a.w :

Úóäú ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó Úóäú ÑóÓõæáö Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó Åöäøó ÇáúÚóÈúÏó ÅöÐóÇ ÃóÎúØóÃó ÎóØöíÆóÉð äõßöÊóÊú Ýöí ÞóáúÈöåö äõßúÊóÉñ ÓóæúÏóÇÁõ ÝóÅöÐóÇ åõæó äóÒóÚó æóÇÓúÊóÛúÝóÑó æóÊóÇÈó ÓõÞöáó ÞóáúÈõåõ æóÅöäú ÚóÇÏó ÒöíÏó ÝöíåóÇ ÍóÊøóì ÊóÚúáõæó ÞóáúÈóåõ æóåõæó ÇáÑøóÇäõ ÇáøóÐöí ÐóßóÑó Çááøóåõ ( ßóáøóÇ Èóáú ÑóÇäó Úóáóì ÞõáõæÈöåöãú ãóÇ ßóÇäõæÇ íóßúÓöÈõæäó ) ÞóÇáó åóÐóÇ ÍóÏöíËñ ÍóÓóäñ ÕóÍöíÍñ

Ertinya : “ Sesungguhnya seorang hamba itu , apabila dia melakukan satu dosa , terbentuklah di dalam hatinya satu titik yang berwarna hitam , dan apabila si hamba itu meninggalkannya dan bertaubat , suci-murnilah hatinya. Dan jika dia kembali melakukan dosa tersebut , makin bertambahlah titik hitam itu, hingga titik hitam itu memenuhi hatinya , dan itulah yang dia “ TUTUPAN “ sebagaimana Firman Allah Ta’ala ~ di dalam Surah Al-Muthoffifin : Ayat ke-14 : “ Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka “ – Imam At-Tirmidzie menyatakan bahawa darjat hadist ini ialah Hasan Sahih.

PERHATIAN :

Syarikat SAKHR Software Corporation , Cairo , sebuah syarikat perisian komputer yang terkenal , telah menyenaraikan hadist ini di dalam “ MAU’SU’AH AL-HADIST ASY-SYARIF “ ( Edisi 1,22 ) yang memuatkan hadist-hadist daripada Sunan Tis’ah ( 9 Kitab Hadist Yang Terkemuka ) dan menyatakan hadits di atas diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzie di dalam sunannya – Hadist ke-3257 , Kitab Tafsir Al-Quran . Dan ini sebenarnya TIDAK TEPAT .

Yang tepatnya ialah nombor hadist tersebut ialah hadist ke-3334 , di dalam Kitab Tafsir al-Quran , Bab : Wa Min Suroh Wailu Lil Muthoffifin ~ SILA RUJUK : TUHFAH AL-AHWADZIE SYARAH JAMIE’ AT-TIRMIDZIE oleh Al-‘Allamah Al-Mubarakfury Al-Hindiy , Jilid ke- 9 , halaman 205, terbitan Darul Fikr , Beirut.

Harap maklum dan dapat dibetulkan ralat tersebut kerana amanah di dalam menyampaikan ilmu itu wajib !.

*********************
Apa yang berlaku kepada orang yang dinyatakan oleh petikan artikel tersebut – ialah HALANGAN . Dan halangan ini disebut sebagai ‘ AQABAH ( rintangan @ halangan ) menurut ulama’ Tasawwuf , seperti Imam Al-Ghazali rh.

Halangan daripada menunaikan Solat ‘Isyak berjemaah dan Solat Subuh berjemaah , sehingga bukan pahala solat berjemaah sahaja yang tidak dapat dicapai , bahkan pahala kerana memakmurkan rumah Allah Ta’ala , pahala bersilatur-rahim , dan pahala melakukan kebajikan , turut sama tidak dapat dicapai lantaran adanya halangan tersebut.

Halangan tersebut bukanlah halangan yang dapat dilihat secara zahir seumpama halangan jalan itu ( road-block ) , tetapi halangan di sini ialah halangan yang dirasai oleh batin ( hati ) seseorang itu lantaran melakukan dosa-dosa yang banyak , sehingga dosa-dosa itu turut sama berfungsi menghalangnya daripada melakukan kebajikan-kebajikan ( pahala ).

Sehubungan dengan itulah Imam Al-Ghazali rh telah menyatakan di dalam kitabnya yang terkenal : “ MINHAJUL ‘ABIDIN “ , katanya yang bermaksud :

“ ….Jika kita melihatnya ( ibadat ) dan memerhatikannya , dari peringkat permulaannya sehinggalah ke peringkat tujuannya ( kesudahan ) yang menjadi cita-cita setiap orang yang melaluinya , maka kita akan dapati bahawa jalan ibadah itu ternyata sebuah jalan yang sukar, laluan yang payah dan banyak pula rintangannya……dan sememangnya patutlah jalan itu sedemikian rupa kerana ia merupakan jalan ke syurga , dan semua bentuk kesukaran ini merupakan realiti kepada apa yang pernah Baginda RasululLah s.a.w nyatakan , yang ertinya : “ Sesungguhnya syurga itu dipenuhi oleh perkara-perkara yang dibenci oleh manusia , dan neraka itu pula dipenuhi oleh perkara-perkara yang diingini oleh manusia ( syahwat ) “.

**************************************

Seorang tokoh ilmuan Islam yang sangat terkenal , dan juga merupakan tokoh besar di dalam dunia Tasawwuf , Al-Imam Fudhayl Bin ‘Iyadh rh pernah berkata : “ Andainya engkau tidak berupaya untuk melakukan qiyamullail dan tidak juga berupaya melakukan puasa sunat di siang hari , maka ketahuilah olehmu , bahawa engkau sebenarnya telah diikat oleh dosa-dosa engkau ! “.

**************************************

Seorang lelaki pernah mengadu kepada Imam Al-Hasan Basri ( seorang tokoh yang terkenal kerana ilmunya dan amalnya , lagi seorang tabi’en ) , katanya : “ Wahai Abu Sa’id ! Saya ini seorang yang suka kepada keampunan di malam hari , dan juga suka melakukan qiamullail , dan saya juga telah bersiap-sedia untuk melakukannya , tetapi saya jadi malas hingga tidak berupaya untuk meneruskan niat tersebut, adakah ini ada sebabnya ? “ . Maka jawab Al-Imam : “ Sesungguhnya dosa-dosamu lah yang telah mengikat dirimu – menghalangmu daripada melakukan niat tersebut ! “.

**************************************

Seorang lelaki pernah bertanya kepada salah seorang hukamak , katanya : “ Saya ini benar-benar lemah untuk mengerjakan qiamullail , apakah sebabnya dan apakah ubatnya ? “. Lalu dijawab : “ Wahai saudaraku ! Janganlah dikau mengerjakan maksiat – derhaka kepada Allah Ta’ala – di siang hari hinggakan kau tidak dapat menghidupkan malammu dengan beribadat kepada Allah Ta’ala ! “.

Mudah-mudahan Allah Ta’ala sentiasa menyelamatkan kita daripada halangan-halangan dan rintangan-rintangan di dalam beribadah sehingga kita berupaya sentiasa untuk mendekatkan diri kita kepada-Nya. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

**************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN :

1 - TUHFAH AL-AHWADZIE SYARAH JAMIE’ AT-TIRMIDZIE
oleh Al-‘Allamah Al-Mubarakfury Al-Hindiy , Jilid ke- 9 , halaman 205, terbitan Darul Fikr , Beirut.

2- SIRAJUT THOLIBIN SYARAH MINHAJUL ‘ABIDIN
oleh Asy-Syeikh Dahlan Al-Kadiry , ms 19 , 142 – 146 – Terbitan : Darul Fikr, Beirut.

3 - MAU’SU’AH AL-HADIST ASY-SYARIF ( Edisi 1, 22 )
Syarikat SAKHR Software Corporation , Cairo

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

3 / Sya’aban / 1423 H
10 / September / 2002 M

Khamis – Bandaraya Kaherah