SJ-11-0012: Riba ke?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0012: Riba ke?

Saya seorang peniaga. Baru-baru ini memerlukan bantuan RM 20,000 untuk membeli mesin sulam. Jika saya ingin meminjam dengan seseorang dengan membuat perjanjian seperti ini " Insyallah saya akan jelaskan hutang saya dengan membayar RM 500 hingga RM 1000 sebulan. Dan hasil dari business sulam itu saya bercadang untuk beri 10% keuntungan pada dia sehinggalah hutang saya selesai". 10% itu saya harap akan diberi bantuan kewangan tersebut. Adakah saguhati atau join venture agreement itu riba? Bunyinya macam - bagi RM 20,000 dapat 10% keuntungan hasil jualan dari mesin sulam. Wassalam. :?:

SJ-11-0012: Riba ke?

:salam

Dlm fiqh muamalat, ada 2 dimensi di sini:
1. Qiradh (ÞÑÖ)
2. Al-Qardhul Hassan (ÇáÞÑÖ ÇáÍÓä )

Qirad/Mudharabah (pemberian modal)

Qirad (ÞÑÖ) sebutan bagi ahli hijaz (mekah dan madinah). Ahli iraq menyebut Mudharabah. Qirad dari segi lughawi membawa maksud putus. Dari segi syarak:
"aqad penyerahan harta kpd seseorang utk berdagang (berurusniaga) dgn untung diterima bersama dan rugi ditanggung bersama. Aqad ini adalah suatu bentuk perkongsian dan hampir sama dgn aqad syirkah. Namun ia berbeza sedikit dgn aqad syirkah dari segi modal perkongsian. Modal yg dikongsi adalah wang dan usaha. Aqad qirad wang bagi satu pihak dan usaha bagi satu pihak yg lain. Wang tersebut akan digunakan oleh pengusaha dlm perniagaan utk tujuan bagi mendapatkan keuntungan. Keuntungan akan dikongsi bersama di antara pengusaha dan pemodal. Begitu juga dgn kerugian. Pemodal menanggung kerugian wang dan pengusaha menanggung penat lelah dan kerugian masa.

Rukun qirad/mudharabah ada 5 perkara:
1. Harta
2. Pengusaha/amil
3. Keuntungan
4. Sighah/lafaz
5. ijab dan qabul

Qirad mempunyai 4 syarat:
1. Modalnya merupakan dlm bentuk matawang
2. Pemilik modal memberi izin secara mutlak kpd amil dlm bertasarruf atau dlm barang2 yg ghalibnya tidak terputus wujudnya (selalu ada).
3. Pemilik modal harus memberi syarat (menjanjikan) kpd amil utk memberi bahagian tertentu dari keuntungan
4. Dan qirad itu tidak boleh dibatasi dgn waktu, dan tidak wajib mengganti kerugian bagi amil kecuali kerana kelalaian atau kecuaian. Bila terjadi keuntungan dan kerugian, maka kerugian itu ditutup dgn keuntungan

Dalil:

ËáÇËÉ Ýíåä ÇáÈÑßÉ: ÇáÈíÚ Åáí ÃÌá æÇáãÞÇÑÖÉ æÇÎÊáÇØ ÇáÈÑ ÈÇáÔÚíÑ áÇ ááÈíÚ (ÑæÇå ÇÈä ãÇÌå)

Nabi S.A.W bersabda: “3 usaha yg ada berkatnya ialah jual beli dgn waktu tenggang (tidak sorek), bermudharabah (berbahagi keuntungan dan kerugian) dan mencampur antara gandum dgn gandum tidak utk berdagang.” (riwayat ibn majah)

Manakala Al-Qardhul Hassan (ÇáÞÑÖ ÇáÍÓä) merujuk kpd pinjaman yg diberikan kpd seseorang, kmdn si peminjam membayar kembali jumlah pinjamannya itu tanpa faedah atau pulangan lebihan atau kurang dlm bentuk rugi atau untung. ttp sekiranya wang saguhati disertakan sbg token kpd orang yg memberi pinjaman. Ia tidak dikira riba sekiranya ia tidak diletakkan sbg syarat. Ia harus dilakukan secara sukarela oleh si peminjam. Ini disebut dlm al-muwaththa’ dari Jabir bin Abdullah R.A.

Rujukan:
Asas-asas muamalat dlm Islam, Muhammad Su'ud.