SJ-1897: Emas putih

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1897: Emas putih

assalamualaikum,
saya ingin mendapat kepastian berkenaan hukum pemakaian emas putih oleh orang lelaki. Adakah haram ke atas lelaki yang memakai emas putih ini sama seperti emas 916 dan emas 999 yang ada di pasaran? Terima Kasih.

Re: SJ-1897: Emas putih


Jawab:

Hukum yg telah diputuskan oleh jumhur: Haramnya emas bagi lelaki dan harusnya perak. Emas yg diharamkan itu ialah emas kuning.
Platinum atau emas putih tidak termasuk pengharaman emas ke atas lelaki kerana logam ini tidak dikenali di zaman dahulu. Maka ia kembali pada hukum asal: asal sestiap sesuatu adalah mubah (harus) kecuali ada nas yg mengharamkannya. Adapun emas 916 dan emas 999 itu adalah emas kuning yg diharamkan (melalui nas). Prof AlQardhawi (halal wal Haram fil Islam) memberi ingatan tentang bahaya kemewahan dengan dalil alQur'an," dan pabila Kami hendak menghancurkan suatu kamung itu (negara), maka Kami berikan kekuasaan kepada orang2 yg bergelumang dgn kemewahan.." al_Isra':16
Jadi walaupun hukumnya didiamkan oleh syara' tapi jika ia barang2 mewah, maka ia diberi teguran secara umum melalui ayat tadi. WaLlahu a'alam