ok ...
ana ada lagi kemusyikilan lagi...ana rasa pasal hadis tu, walupun dlm sanadnya ada kecacatan sedikit, tetapi Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan dgn tegas bahwa ia adalah mutawatir ma'na, malah dikuatkan pulak dgn hadis lain yg sama makna dgn sanad yg lebih kuat. Jangan dok amik kalam Albani dan Ibn Hazm sampai tolak tepi pandangan ulamak lain plak eh..
Malah hadis tersebut sama sekali tidak bercanggah dgn al-quran dan hadis.. Apa yg dimaksudkan di sana adalah perselisihan yg semestinya berlaku di kalangan ummat di dalam batasan yg telah berlaku sejak zaman rasulullah lagi.
Dgn mendalami fiqh ikhtilaf perselisihan pendpat takkan membawa perpecahan yg dilarang dlm qur'an dan masih dpt membentuk ummat yg bersatu padu yg dituntut dlm al-quran, seperti ulamak salaf terdahulu.
adakah apa yg ana perkatakn ini ada kebenarannya,,,..?minta komentar...
:salam
Jawab
1 Status Hadis
' Ikhtilafu ummati Rahmatun' = Perselisihan ummatku adalah rahmat
Imam alAlbani (w 1999) almuhaddith terhebat abad ini menyatakan hadis ini ' La asyla lah' maksudnya hadis yg tidak diketahui sumbernya. Begitu juga kata Imam asSubki (alMunawi, Faidhul Qadir (1/212). Status Hadis ini menurut alAlbani adalah Dha'ef (adDha'eefah no 57)
Manakala ada versi panjang matannya (teks hadis) yg ditemui dalam kitab alMadkhal oleh alBaihaqee, kitab alKifayah oleh Imam Khatib alBaghdadi, juga dalam Musnad alFirdaus (alDailami dan dalam koleksi Ibn Asakir. Ia bersanad dan sampai kepada Ibn Abbas.
Imam alAlbani memeriksa rantaiannya dan terdapat 3 orang perawi yg bermasalah dan beliau berkata hadis versi kedua ini adalah Palsu (maudhu').
Maka tugas ahli Hadis telah selesai di sini bahawa status dua hadis yg matannya ' perselisihan ummatku adalah rahmat" itu satu Tiada sumber periwayatan dan satu lagi ada perawinya yg cacat yg parah.
Maka hadis ini tidak sah dijadikan dalil atau hujah.
Selesai isu yg pertama. Kita rumuskan:
Ulama' yg paling keras menentang hadis ini ialah Imam Ibn Hazm (alIhkam fi usyul alAhkam), beliau menyifatkan hadis tsb sebagai seburuk-buruk kata-kata. Kerana ia membawa suatu mesej yg negatif, di mana Islam sentiasa menganjurkan perpaduan dan setiakawan, perpaduan ummah dan bersatupadu adalah kekuatan ummat;
sedangkan matan hadis2 tsb adalah sebaliknya. jika perselisihan itu rahmat, maka apakah status perpaduan? apakah ia suatu bala kepada Ummat? Statement yg benar menurut Ibn Hazm ialah perpaduan dan setiakawan adalah rahmat, perselisihan adalah azab. Kebenaran itu satu sahaja.
>>>>> part 2
2. Jalan tengah Prof alQardhawi
Oleh kerana Hadis ini menimbulkan kekeliruan kepada umat, maka Mujtahid Ulung Kontemporer, Dr al_Imam Abu Abdullah Yusof alQardhawi, seorang syaikhul Islam dan Mufti Umat Islam menulis sebuah kitab khas berjodol Fiqh Ikhtilaf pada tahun 1989. Sebelum itu, Dr Taha Jabir alUlwani juga menulis sebuah kitab berjodol, 'Adabul Ikhtilaf fil Islam'. Maka lahirlah istilah ' Fiqh Ikhtilaf' atau Seni dan sains berbeda pendapat dalam Islam.
Walaupun hadis 'Ikhtilafu ummati rahmatun' itu ditolak oleh Qardhawi sendiri kerana kecacatannya, tapi maksudnya hadis itu atau contentnya atau maknawi atau ruhnya adalah benar. Ini kerana Islam mengharuskan perbedaan pendapat dan hasil dari kepelbagaian pendapat para Imam dan mujtahis ini menghasilkan madhab-madzhab fiqih dan memudahkan umat Islam yg bertebaran di segenap pelusuk alam dan berjumlah 1.2 bilion hari ini. Jika pintu perbedzaan pendapat ini dilarang oleh Islam, maka rusaklah umat dan sulitlah mereka dalam beramal dgn syari'at.
Dalam kitabnya itu Dr Qardhawi membawa banyak dalil2 lain utk mendokong adanya ruang berbeda pendapat dalam Islam. antaranya:
hadis # 30 dalam matan arba'en anNawawiah:
"...............Dia (Allah) juga telah mendiamkan banyak masalah sbg rahmat bg kamu bukan kerana lupa, maka janganlah kamu mencarinya."
Rumusan:
Imam alAjluni, Kasyaf alKhafa' (cet Beirut), 1983, 1/66 menjelaskan maksud kita tidak boleh berpecah dan berbantah ialah dalam masalah usyul atau prinsip agama; manakala dalam masalah furu' ad Deen, atau masalah khilafiyah adalah tidak dapat dielakkan dan ia terjadi sebagai rahmat dari Allah SWT.
Maka:
Hadis 'perselisihan umatku adalah rahmat' bukanlah dalil untuk umat Islam berpecahbelah dan sentiasa berselisih. Dalam perkara usyul atau prinsip agama, kita sentiasa kena bersatu padu dan tidak boleh berselisih. Jika kita berselisih, maka berlakulah bid'ah. Manakala dalam perkara2 ranting agama, perselisihan berlaku namun ia tidak menjejaskan perpaduan, bahkan ia sebagai rahmat Allah kepada umat Islam.
sekian
thtl