SJ-12-0060: Lahirkan zuriat guna mani arwah suami

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0060: Lahirkan zuriat guna mani arwah suami

Saya ada persoalan yang nak diutarakan rentetan daripada isu bayi tabung uji. Permasalahannya begini. Dunia perbankan semakin berkembang dan nanti akan muncul satu lagi jenis bank iaitu Bank Sperma. Situasinya macam ni. Ada sepasang suami isteri ni baru berkahwin. Tiba-tiba didapati suaminya baru menghidap sejenis penyakit kronik yang dijangka hanya mampu bertahan dalam tempoh setahun je lebih kurang. Di awal perkahwinan mereka telah merancang untuk memiliki cahaya mata seramai 10 orang. Dan ditakdirkan selepas 1 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia dan mereka hanya sempat memiliki 2 orang anak sahaja. Sebelum meninggal dunia si suami telah pun menyimpan spermanya di Bank Sperma supaya si isteri boleh melahirkan anak lagi setelah ketiadaanya. Selepas beberapa tahun kematian suami, si isteri tadi teringin untuk mempunyai anak lagi daripada benih arwah suaminya tadi lalu pergi ke Bank Sperma untuk ambil sperma arwah suaminya tadi dan melalui beberapa proses benih yang dah disenyawakan tadi dimasukkan ke dalam rahimnya sampailah bilangan anaknya cukup 10. Jadi apa hukumnya tentang permasalahan yang saya utarakan ni. Sudah adakah perbahasan di kalangan ulamak atau pun fatwa tentang permasalahan ini.

Re: Bank Sperma ?

:bismillah
:salam
Saya telah menjawab permasalahan ini di soaljawab no 318, barangkali 4 atau 5 tahun yang lalu.

Berikut ini saya paste-kan jawapannya:

Quote:
Isteri yang kematian suaminya ingin mendapat zuriat dengan menggunakan sperma yang diselamatkan oleh doktor sebelum suaminya meninggal dunia

Nama penuh: norazida bt mohd nor
E-email:

Soalan: Saya sedang membuat kajian tentang pandangan dalam agama mengenai :- seorang isteri yang kematian suaminya ingin mendapat zuriat dengan menggunakan sperma yang diselamatkan oleh doktor sebelum suaminya meninggal dunia...Apa pendapat tuan dari segi agama dan masyarakat malaysia mengenai cerita tersebut.
(kes ini berlaku di florida)

Terima kasih

Jawab
Alhamdulillah, inilah jawapanya:
Iaitu meletakkan benih lelaki pada rahim perempuan, atau mensenyawakan benih lelaki dengan benih perempuan melalui cara buatan, iaitu tidak melalui hubungan jenis secara langsung.

Hukum mengenainya dapat diringkaskan sebagai berikut:
Masalah 1:
Pensenyawaan tersebut, jika ia dari benih dari suami dan isteri, maka syarak tidak melarangnya. Ia dapat menjadi satu cara untuk ibubapa menimang cahaya mata apabila cara biasa gagal. Manakala jika benih itu bukan dari suaminya, maka hukumnya adalah haram. Kerana di dalamnya terdapat satu rupa bentuk perzinaan yang terjadi percampuran nasab, melemahkan pertalian keluarga, menghilangkan hak, menimbulkan bibit-bibit hasad, dengki dan perkelahian.

Anak yang lahir dari pensenyawaan yang dilakukan antara benih suami dan isteri, maka sabit dan sahlah nasab kepada dua suami isteri itu (boleh dibinkan kepada bapanya). Manakala yang bukan dari benih suaminya, maka ia seperti hukum anak zina.

Hukum di atas adalah termasuk:
1. Meletakkan benih lelaki dalam rahim perempuan, atau
2. Disenyawakan di dalam tabung uji, kemudian dimasukkan kembali ke dalam rahim.

Masalah 2:
Mensenyawakan antara benih lelaki dan perempuan, kemudian di masukkan ke dalam rahim seorang perempuan yang lain untuk disempurnakan perkembangannya. Boleh jadi perempuan pertama itu (tuanpunya benih) tidak mampu untuk hamil, atau kerana mandul atau atas sebab-sebab lain.

Perbuatan ini ternyata haram. Kerana, pada masalah pertama ialah memasukkan benih lelaki sahaja (yg bukan suaminya) ke dalam rahimnya sudah dihukumkan haram, apatah lagi pada masalah ini, iaitu dengan memasukkan dua benih lelaki dan perempuan ke dalam rahimnya. Maka sudah tentu lebih diharamkan lagi. Anak yang dilahirkan adalah seperti hukum anak zina.

Masalah 3:
Masalah: Membekukan benih suami supaya ia berada dalam keadaan yang baik untuk disimpan dalam tempoh yang lama. Kemudian apabila suaminya meninggal dunia, isterinya ini mensenyawakan benih tersebut dengan benihnya? Apa hukumnya?

Jawab: Hukumnya adalah haram. Di mana jika ia melakukan pensenyawaan itu selepas habis tempoh iddahnya, dia dan suaminya adalah ajnabi. Dia sendiri boleh dikahwini oleh lelaki lain. Manakala jika ia dilakukan sebelum tamat tempoh iddahnya, maka ia adalah seperti hukum perempuan yang ditalaq dengan talaq ba'in, di mana suaminya tidak boleh rujuk kembali.

Anak yang dilahirkan itu nanti, adalah seperti hukum anak zina. Ia hendaklah dinasabkan (dibinkan) kepada ibunya.

(Lihat Ahsanul Kalam Fil Fatawa Wal Ahkam, vol. 1, hal.113 - 115)

-----------
Masalah: Saya sedang membuat kajian tentang pandangan dalam agama mengenai :- seorang isteri yang kematian suaminya ingin mendapat zuriat dengan menggunakan sperma yang diselamatkan oleh doktor sebelum suaminya meninggal dunia...Apa pendapat tuan dari segi agama dan masyarakat malaysia mengenai cerita tersebut.
(kes ini berlaku di florida)

Jawab: Hukumnya adalah haram, dan anak yang dilahirkan adalah anak zina kerana tidak terdapat `firasy' ketika ia dilahirkan.

Wallahu a'lam.
zain y.s.