:salam
saya ada satu persoalan yang baru tadi say dengar..tadi masa p dengar ceramah ustaz hussien yee kat sungai ara,dia ada memberi jawapan terhadap seorang perempuan yg bertanya padanya mengenai hal ini..perempuan itu tanya adakah benar solat duha nabi ada buat sebab dia kata dia ada terjumapa sebuah hadith yang amat bertentangan mengatakan bahawa nabi tak pernah melakukan solat sunat duha...dan hadith tersebut sahih...dan ustaz husein yee menjawab bahwa kita ken mengguanak kaedah2 yang tertentu apabila wujud pertentangan antara hadith2 nabi....belaaaa...kesimpulannya dia kata boleh diamalkan dengan mengeluarkn hadith yg menyatakan bahawa nabi tak pernah tinggal solat duha walau sekalipun....
masalahnya adakah benar wujud hadith yg menyatakan nabi tak pernah buat solat sunat duha..??
minta komentar...
:salam
Mmg benar terdapat hadis yg mengatakan Nabi saw tidak pernah melakukan solat tersebut. Ia diriwayatkan oleh Bukhari drpd Aisyah ra yg mengatakan bhw jika Nabi saw mengerjakan solat itu, pasti beliau juga mengerjakannya.
Perihal wujud atau tidaknya solat ini, Ibn Qayyim dalam Zaadul Maad telah membahagikan kpd 4 pendpt yg antaranya membolehkannya yg mana menggunakan kaedah memenangkan hadis yg menetapkan dari hadis yg menafikan.
Oleh itu, saya katakan ia adalah khilaf dan setiap org berhak memilih pendpt yg mereka rasakan kuat. WA.
:wassalam
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.
Assalamu'alaikum
Terima kasih ustaz g@y@t diatas respon diatas. Soalan ini pernah di forwardkan ke yahoo egroup alFikrah, dan telah diajwab oleh Ustaz thtl. Berikut adalah jawapannya untuk tatapan bersama :
> jwp saya:
>
> aslm wbt di dlm kitab blughul maram(BM) hadith 372:
> Dari Aisyah RA dia berkata: Rasulullah SAW mengerjakan solat
Dhuhah 4
> rakaat dan menambah sebanyak yg dikehendaki Allah (HR Muslim)
>
> BM 373:
> Bagi Imam Muslim dari Aisyah, Aisyah RA ditanya: Adakah Rasulullah
SAW
> menegrjakan solat Dhuha? Jawan Aisyah: Tidak, kecuali baginda saw
> datang dr berpergian
>
> BM 374:
> Bagi Imam Muslim dr Aisyah: Aku tidak melihat Rasulullah SAW
> menegrjakan solat sunat Dhuha, akan tetapi aku telah melakukannya.
>
> note:
> dr hadith no 372 kita dpt lihat bhw solat dhuha adalah minimanya 4
> rakaat...
> dr hadith 373 dan hadith 374 maka kita boleh simpulkan bhw solat
> dhuha itu sunat...
>
> harap sheikh fiqh kita dpt jwb dgn lebih terang kpd yg
> bertanya..diatas ini hanya jwp saya drpd keterangan yg saya fahami
di
> dlm terjemahan BM oleh Dr H.Mohd Rifau a.qusyairi Misbah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Reply
Imam2 ahli hadith menyatakan: jika kamu temui hadis2 yg kelihatan
bercanggah antara satu sama lain maka hendaklha dirujuk kepada ahli
hadis utk diselaraskan kerana dasar keimanan yg perlu sentiasa
tersemat kukuh di dada orang beriman ialah nas-nas yg sahih tidak
bercanggah antara satu sama lain. Utk menyelaraskan percanggahan itu
hendaklah dikembalikan kepada yang ahli.
Oleh kerana orang awam hanya memiliki kitab Bulugh Maram, tanpa
memiliki kitab syarahnya, maka sudah tentu dia akan bingung. Spt
kita buka alQur:an terjemahan, maka sudah tentu orang awam akan
bingung kerana mereka tidak ada kitab tafsirnya
Maka bagi adinda Masri dah terlanjur ada kitab Bulugh Maram, maka
kena belilah pulak kitab Subulus Salam oleh Imam Syun'ani, yg
merupakan kitab syarah pada Bulugh Maram. Maka dalam kitab Subul
asSalam itu dijelaskan pelbagai pendapat fuqaha' dan muhaddith
mengenai kenapa Aisyah di satu ketika menafikan adanya solat Dhuha.
dan diwaktu yang sama menyatakan adanya solat dhuha'.
Syaikh Baz juga ada kitab syarah Bulugh Maram.
Kata Syaikh Baz. cara kita menyelaraskan dua bentuk hadis yg nampak
bertentangan ini ada dua kaedah:
1. Apa yg dilapurkan oleh Aisyah hanya terbatas dalam lingkungan
beliau sahaja (di rumah), sedangkan apa yg dilapurkan oleh sahabat
lebih luas. Cth lain: Aisyah kata, Nabi saw tidak pernah kencing
berdiri. Tapi sahabat yg selalu bermusafir dgn baginda melapurkan
baginda pernah kencing berdiri.
jadi begitulah dgn hadis solat dhuha.
2. Apabila berlaku penetapan dan nafi. Dalam ulum hadis, penetapan
diungguli dari penafian. maksudnya pada mulanya Aisyah menetapkan
adanya solat Dhuha (ini adalah penetapan), kemudian jika ada datang
pulak penafian, maka ia tidak menggoncang hukum penetapan yg
sudahpun ditetapkan.
thtl
sumber : http://groups.yahoo.com/group/alFikrah/message/2054
خيرالأمين