Assalamulaikum,
Jika makmum masbuq mendapati Imam melakukan sujud sahwi, dia hendaklah mengikuti Imam atas alasan Imam itu wajib diikuti. Jika dia mengetahui kecacatan solat Imam, maka dia tidak wajib ikut sujud sahwi.
Soalan 1- apakah maksud mengetahui kecacatan imam.
Tindakan sahabat anda yg tetap berdiri itu pun betul dgn syarat dia berniat mufaraqah (berpisah dari Imam). Jika dia tidak niat mufaraqah, maka solatnya batal. Fiqh Islami
Soalan 2 - bagaimana kafiat niat mufaraqah.
JKK
Jwb:
1. Maksud mengetahui kecacatan solat Imam ialah si makmum itu mengetahui sebab-sebab Imam melakukan sujud sahwi, misalnya Imam terlupa membaca tasyahud awal atau terlebih raka'at. Itulah maksud kecacatan solat bukannya kecacatan Imam dari segi bacaan atau fizikalnya.
2. Kaifiat niat mufaraqah. Tidak ada kaifiatnya, ia adalah suatu lintasan hati bahawa anda sekarang solat secara solo bukanlah mengikut Imam. Ketetapan dari asSunnah, urusan niat tidak memerlukan lafaz dan usyalli. Fiqh Sunnah
WaLlahu a'alam