:salam
Maaf jika soalan berulang...tapi dah usaha cari dlm arkib...tp tak berjumpa plak...
Cam nie...menurut pengetahuan saya yg cetek nie...ngaji dah bab nie...tp tak itqan bebenorr...
1) Kalo kita safar sebelum terbit fajar(maknanya sebelum subuh)...kita terlepas kewajipan solat jumaat....Betul ker???...kita bleh solat jamak dan qasarkan solat zohor dan asar....
2) Situasi ke-2 plak....camana kalo kita safar pas terbit fajar(pas subuh)...adakah kita wajib solat jumaat??? camana kalo kita tinggalkan solat jumaat tu???...dan kita buat solat jamak zohor dan asar serta qasarkannya...bleh ker camni????
3) Dlm dok diskus ngan kawan2...kewajipan solat jumaat nie...hanya org yg mula safar selepas solat jumaat....kalo safar sebelum jumaat....yakni tak kira ler sebelum atau selepas subuh seperti di situasi pertama...kira tak wajip solat jumaat....mana saya yg asah????confius skit.....
:wassalam
wa'alaikumussalam.
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr anakMINANG04 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Pada umumnya ruhsah yang diberikan kepada mereka yang bermusafir ialah melakukan solat secara Qasar dan Jama' dengan memenuhi syarat2 tertentu seperti :- perjalanan perlu 2 marhalah (87km). Bagi menghadiri diri untuk solat Jumaat juga, salah satu syaratnya ialah : bermukim di tempat Jumaat didirkan. Dengan kata lain, tidak wajib Jumaat kepada mereka yang bermusafir. Maknanya, mereka yang bermusafir dibenarkan melakukan Jama' Ta'khir; iaitu menjama'' dan qasar solat Zohor didalam waktu Asar. Akan tetapi kelonggaran bermusafir ini mempunyai kondisinya sendiri menurut beberapa pandangan Mazhab2 Fiqh. Berikut diringkas beberapa pandangan Mazhab bagi mereka musafir yang tidak diwajibkan solat Jumaat :-
a. Mazhab Syafie : - Boleh keluar bermusafir sebelum Fajar dan dia berada ditempat yang tidak didengari azan Jumaat.
b. Mazhab Maliki : - Dibolehkan musafir sebelum Fajar, Makruh selepas Fajar akan tetapi tidak dilarang perjalanannya.
c. Mazhab Hanbali :- Makruh musafir sebelum Fajar, di haramkan selepas tergelincir matahari melainkan keadaan ketakutan atau dalurat atau kemudharatan.
d. Mazhab Hanafi : - Tidak makruh musafir sebelum tergelincir matahari.
Begitulah pandangan ulama' mengenai hukum Solat Jumaat bagi mereka yang bermusafir, iaitu mereka yang bermusafir pada hari Jumaat. Dirumuskan bahawa tidak wajib Jumaat musafir sebelum hari Jumaat, bagi yang bermusafir selepas fajar maka wajib Jumaat keatasnya menurut setengah ulama' dan tidak wajib bagi sebahagian yang lain.
------------------------
Terdapat juga ulama2 lain seperti Ibn Taimiyah rh. mengatakan bahawa tidak wajib Jumaat bagi sesiapa sahaja yang bermusafir tanpa sebarang syarat.
Komentar bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar, Atiyah Saqr mengenai pandangan diatas (pandangan empat mahzab) ialah ; Aku melihat ruhsah bagi mereka yang bermusafir walaupun ia (Solat Jumaat) tidak wajib, kerana ganjarannya yang besar, dan jika ia melangkaui batasan solat Zohor semasa bermusafir panjang atau pendek, maka lakukanlah Solat secara Qasar atau Jama' jika ianya permusafiran yang jauh sebagaimana yang dinayatakan didalam fiqh.
Fatwa IslamOnline didalam mengulas fatwa Atiyah Saqr menyatakan :-
Menurut Prof Dr Ahmad Yusuf Sulaiman pula :-
-------------
Kesimpulannya, Solat Jumaat tidak wajib semasa musafir. Akan tetapi, jika seseorang itu sempat melakukan Solat Jumaat, maka itu merupakan satu kelebihan baginya. Pandangan ini lebih hampir kepada fiqh yang taisir (mudah) dan ruhsah (keringanan). Ada juga yang berpegang bahawa larangan bermusafir pada hari Jumaat ini sebagai ibadat, dimana Syiekh Nasyiruddin al-Albani menyenaraikan larangan ini sebagai bid'ah hari Jumaat, katanya : "Al-Ta'bud dengan meninggalkan bermusafir pada hari Jumaat" (ÇáÊÚÈÏ ÈÊÑß ÇáÓÝÑ íæã ÇáÌãÚÉ). :aklam
wassalam
==============
Rujukan
1. Syiekh Atiyah Saqr ÕáÇÉ ÇáÌãÚÉ ááãÓÇÝÑ. URL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=41790
2. Syiekh Dr Ahmad Yusuf Sulaiman ÃÍßÇã ÇáÕáÇÉ ÃËäÇÁ ÇáÓÝÑ . URL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=46372
خيرالأمين