SJ-05-0089 : Seputar Persoalan Niat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0089 : Seputar Persoalan Niat

Assalamualaikum w.b.t,
Saya telah membaca soalan/jawapan terdahulu sepintas lalu, dan saya sendiri mempunyai beberapa persoalan yg hendak diajukan, tetapi maaf sekiranya kedapatan soalan yang berulang. Soalannya:

1. Seperti yg saya pelajari, niat untuk solat adalah dalam takbiratul ihram, yang bermaksud niat perlu disertakan dgn perlakuan. Begitu juga dlm ibadat2 lain, contohnya mengambil wudhuk, dan mandi hadath di mana ketika kena sahaja air maka berniat. Tetapi berdasarkan jawapan2 panel, niat didahulukan daripada perbuatan (atas kefahaman saya). Cthnya mandi hadath, niat mandi hadath, lepas itu baru jirus air. Bagaimanakah yg sebenarnya?

2. Di manakah letaknya niat ketika mengambil wudhuk, sama ada ketika membasuh tangan, atau ketika membasuh muka?

3. Seperti jawapan panel juga menyatakan tunai/qadha tidak perlu disertakan dalam niat solat. Sekiranya solat tunai, memang saya ketahui tidak perlu, tetapi adakah keadaan yg sama pada solat qadha. Sahkah solat qadha tanpa niat qadha?

4. Panel ada menyatakan juga bahawa terdapat satu perbincangan khusus tentang niat, sebelum ini. Tetapi saya tidak menemuinya. Mohon berikan link/url ke page tersebut atau ulangkannya pada jawapan.

5. Apakah rukun bagi niat mandi hadath? Cukupkah sekadar diniatkan 'Aku mandi hadath' tanpa menyebut 'wajib'.

SJ-05-0089 : Seputar Persoalan Niat

:wassalam

alJawab:

1. Niat solat bersama dalam takbiratul Ihram atau niat wudhu' dan mandi bersamaan dengan jirusan pertama. Itu semua merupakan pendapat fuqaha' madzhab dan tidaklah ia didasarkan kepada ruh fiqih, iaitu kemudahan. Dr Qardhawi, Fiqh Taharah dan Dr Umar Sulaiman alAsqar (Hakikat Niyyat fil Ibadah) menafikan hal ini. Syaikh Abu Ubaydah Masyhur alSalman (alQawl alMubin/99) menolak akan persamaan niat dengan amal. Pendapat yang rajih ialah Niat cumalah lintasan hati dan boleh diniatkan sebelum amal.

2. Niat wudhu' juga tidak ditetapkan bila. Hatta ketika menuju bilik air dengan qasad mengambil wudhu' sudah dikira niat. Ini kerana niat tidak terikat dengan lafaz tertentu dan persamaan dengan curahan air. Tidak pernah kaum salaf mengajarkan hal yg sulit begitu.

3. Niat tidak disyari'atkan qadha' dan tunai. Ini sesuatu yang diada-adakan oleh kaum yang terkemudian. Allah bukannya pelupa hingga perlu menyebut tunai dan kredit (hutang).

4. Saya tidak mengendalikan Archive. Kemungkina ia hilang ada juga kerana al-Ahkam agak vulnarable kepada aktiviti hacking.

5. Tiada apa yang dinamakan Rukun Niat mandi. yang disebut/dibahas apakah niat itu rukun atau syarat mandian? Maka ketika berniat mandi, tidak perlu terikat dengan susunan ayat-ayat dengan lafadz2 yg tertetu, wajib atau sunnat. Niat hanya lintasan hati sahaja. Ini kerana orang kafir pun mandi, muslim pun mandi. bedzanya adalah niat sahaja.

sekian