Assalamu'alaikum ahli panel Al-Ahkam dan para sahabat sekelian.
Alhamdulillah, sekali lagi saya datang hendak mengemukakan beberapa soalan tentang saf dlm solat berjemaah. Semoga dapat membantu kekeliruan ini.
Menyentuh mengenai saf dalam solat berjemaah. Selama ini saya cuma mendengar dan mengikut saja. Walaupun ianya kecil tetapi bila timbul masalah, ianya mendatangkan sedikit 'gangguan' di dalam hati saya semasa solat.
Berada di Kota Bharu, saya terasa kelainan sedikit sewaktu solat berjemaah berbanding dengan tempat2 lain.
Ditempat asal saya, biasanya dibentangkan kain putih panjang untuk setiap saf tak kira lelaki atau perempuan. Tetapi di Kelantan saya dapati (buat masa ni cuma 2 masjid saja yg saya pernah pergi), rata2 wanita membawa sejadah sendiri ke masjid. Dan disebabkan saiz sejadah yang berbeza2, bila dibentangkan selalunya menyebabkan saf tidak seragam, ada yang rapat dan ada yang tak rapat. Adakalanya terlalu renggang.
Mungkin tempat baru, cara pun berlainan. Saya sendiri tidak pasti tetapi saya perhatikan, ianya tidak pula berlaku kepada jemaah lelaki. Perkara ini selalu membuatkan saya rasa sedikit gelisah. Untuk itu saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan hal ini. Soalan saya:
1. Apakah hukum serta hikmahnya melurus dan merapatkan saf di dalam solat berjemaah?
2. Bagaimana jika saf tidak lurus dan tidak rapat?
3. Saya pernah juga mencuit jemaah disebelah untuk merapatkan saf, tapi kadang2 seolah2 dia 'sayang' nak tinggalkan sejadahnya. Wallahualam. Jadi bagaimanakah caranya untuk saya menegur kerana rata2 jemaahnya dari kalangan orang tua?
4. Atau jika saya silap (masih baru dlm mendekatkan diri ke masjid) bagaimana untuk saya menghilangkan 'gangguan' di dalam hati saya tentang hal ini?
Harap dapat membantu. Terima kasih.
Jwb:
Memang menjadi tradisi kaum wanita Kelantan membawa sejadah ke mesjid/musalla/balaisah kerana dalam gulungan sejadah itu ada bersama pakaian solat mereka. Ada wanita yg menyimpan sejadah dan pakaian mereka di mesjid. Jika mereka menggunakan sejadah peribadi bermakna mereka was-was dgn kebersihan carpet dan tempat sujud sebab itu mereka lebih selesa dan yakin dgn sejadah sendiri. Ini kerana pemahaman taharah (kebersihan) dalam masyarakat awam amat rigid sekali kerana taklid mereka adalah taklid tulin. Adapun masalah kesempurnaan solat di kalangan awam (dalam serba serbi) termasuk soal susunan saf mereka memang ia merupakan suatu yg masih banyak perlu diperbaiki, bukan di Kelantan saja malah sejak zaman salaf asoleh lagi, masalah saf yg tidak rapat dan saf yg tidak lurus ini menjadi isu ummah sejagat. Isu disiplin dan etika merupakan isu yg rumit dan ia perlu dilatih dan diperingatkan dari masa ke semasa. Bukankah Nabi itu diutus untuk menyempurnakan budipekerti yg baik?
1. Hukum dan hikmat meluruskan dan merapatkan saf.
Hukum yg paling adil ialah sunat, namun ahli tahqeeq spt Syaykh Nasiruddin Albani meletakkan hukum wajib kerana kerasnya hadis2 yg mana Nabi merintahkan saf dipenuhi dan diluruskan dan ancaman jika ingkar (Hadis riwayat Nu'man bin Bashir ra, di mana Nabi memerintahkan supaya meluruskan saf 3 kali dan jika kamu tidak meluruskan saf, atau Allah akan mencerai-beraikan hati-hati kamu (Imam2 Abu Daud, Ibn Hibban, Ahmad, Daruqutni dan Bukhari.))
Hikmat melurus dan merapatkan saf:
a. menta'ati Sunnah
b. barisan yg padu dan rapat akan melahirkan sifat kesatuan hati
c. mendapat pahala solat jama'ah yg besar (HR Ahmad, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaymah (Sesungguhnya Allah dan para Malaikat memberi selawat kepada orng2 yg menyambung saf)
2. Jika saf tidak lurus dan tidak rapat. Maka kembalilah kepada hadis Nu'man bin Basyir tadi (jika saf tidak rapat dan kucarkacir, maka ditakuti Allah akan mencerai-beraikan hati-hati mereka)
3. Ditegur melalui kuliah, ceramah, dan Imam yg sentiasa memperingati makmum agar berbuat demikian. WaLlahu a'alam