SJ-13-0167 : jati diri.

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0167 : jati diri.

saya minta tolong ahli panel menerangkan tentang:

jati diri remaja dalam menghadapi globalisasi.
-berdasarkan hadis yang sahih.
-berdasarkan pendapat ulama' yang muktabar.
-fatwa semasa

SJ-13-0167 : jati diri.

alJawab:

Kami agak termenung bila menerima soalan anda kerana pertanyaan anda itu adalah sebuah soalan makro atau soalan yang terlalu besar untuk ruangan soaljawab feqah al-Ahkam versi siber yang hanya lebih fokus kepada soalan yang bersifat mikro atau spesifik. Ini kerana soalan anda memerlukan suatu wacana atau suatu seminar peringkat antarabangsa di mana tokoh yang sepatutnya datang adalah spt Prof Dr al-Qardhawi. Namun demi tidak menghampakan anda, kami akan menyentuh sedikit sebanyak dan akan menyenaraikan beberapa cadangan jodol buku yang perlu anda miliki dan membacanya.

1.0 Apa itu Globalisasi? Globalisasi atau dalam bahasa arabnya ialah 'Awlamah' bukanlah suatu yang asing dalam Islam kerana Islam sebenarnya sudah lama global, cuma Melayu sahaja yang ingin menjadi bangsa Glokal (bangsa global dalam acuan lokal).

Dalil-dalil globalisasi Islami:

a. " al-Qur:an itu tidak lain melainkan peringatan global." AQT 81: 27
b. " alQur:an itu tidak lain hanyalah peringatan global." AQT 38: 87
c. " dan tiadalah Kami mengutus kamu melainkan sebagai rahmat global" AQT 21:107
d. " Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dgn membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama" AQ 61: 09

Dalil hadith pulak:
khutbah Nabi saw yg masyhur pd Khutbah Haji Wada':
" Wahai seluruh manusia, ketahuilah bahawa Rabb kamu adalah satu, bapak kamu satu, tidak ada kelebihan bangsa Arab ke atas non-Arab, juga tidak ada kelebihan non-Arab ke atas Arab, tidak pula yg berkulit merah ke atas yg kulit hitam maupun sebaliknya, kecuali dgn taqwa..."

(al-Albani mensahihkan dari kitab Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, Iqtidha' siratul Mustaqim]

Itulah maksud global (awlamah) atau jiwa alamiah yang diterapkan oleh Islam kepada penganutnya, menduniakan Islam, memelihara dan memakmurkan dunia dengan petunjuk dan keadilan sejagat.

Adapun globalisasi tajaan Barat adalah sebaliknya. Ia adalah lanjutan gerakan Freemasonary (alMasuniah), nama lain kepada Imprealisme (penjajahan dan dominasi), Liberalisme, Demokrasi Barat, meleburkan nilai bangsa, agama, sistem nilai menjadi satu masyarakat dunia yg liberal.

2. Objektif globalisasi ialah maklumat tanpa sempadan (ICT/internet), menghapuskan semua batasan dan sempadan, meruntuhkan nilai kekeluargaan, budaya dan nilai. Sasaran utama globalisasi Barat ialah liberalisasi ekonomi berasaskan riba (yg sebenarnya ekonomi dikuasai oleh negara terkaya G7), globalisasi kebudayaan (sebenarnya dikongkong oleh Hollywood), globalisasi politik atas nama HAM (hak asasi manusia, demokrasi dan memerangi keganasan), dan globalisasi sosial yg fokus kepada seks bebas dan pembebasan wanita yg mutlak.

3. Jatidiri remaja dan umat Islam umumnya dalam menghadapi arus globalisasi:

Kita bersikap moderat terhadap globalisasi. Ini kerana kita sedar kita tidak mampu menghalangnya 100% atau menentangnya kerana kelemahan dan kemunduran kita. langkah2 membina jatidiri ummat ialah:

1. mengembalikan kesedaran umat
2. memanfa'atkan apa yg baik yang datang dari globalisasi spt internet untuk kita lebih pantas menyibarkan Islam dgn mendirikan lebih banyak websites dan perisian Islam utk masyarakat global yang semakin ingin tahu mengenai Islam.

Resolusi Seminar Persedian strategik untuk Milinea baru yang berlangsung di Kuwait City pada 20-24 Nov 1999:

1. Saranan Umum menghadapi globalisasi;

a. berpegang teguh kepada kitab Allah dan Sunnah
b. bersikap moderat kepada globalisasi
c. mengadakan rombakan dan kajian kepada korikulum pendidikan kita supaya ia releven dgn globalisasi
d. berusaha menghapuskan kejahilan dalam semua aspek dan mendaulatkan bahasa arab
e. memanfa'atlan internet dan informasi utk Islam dan masyarakat dunia
f. memberi perhatian kepada isu2 wanita supaya tidak dipengaruhi oleh arus globalisasi liberalisme
g. menggerakkan dan mengujudkan badan2 dakwah dan penyibaran maklumat yg kuat, canggih dan berkesan
h. mendirikan pelbagai institut dan penyelidikan utk menghadapi kesan globalisasi

Kami hentikan di sini dan anda boleh mendapatkan beberapa kitab dan kami cadangkan dua jodol yg khusus membicarakan impak globalisasi dan cara mengatasinya: (kitab2 ini sudah ada dalam pasaran Malaysia)

1. Dr alQardhawi, alMuslimuun wa 'Awlamah (Islam dan Globalisasi), Daar atTawzi', Cairo, 2001, terjemahan Indonesia oleh Pustaka alkautsar (2001)

2. Jam'iyah al-Isylah alIjtima'iy Kuwait, al Awlamah fil Mizan alIslam (Globalisasi dalam Timbangan Islam), terbitan Kuwait. 2001 terjemahan Indonesia oleh Intermedia, jakarta. 2002

sekian

SJ-13-0167 : jati diri.

assalamu'alaikum

sedikit tambahan :-

Berikut dipaparkan fatwa Kaunselor Syiekh Faisal Moulawi, Naib Presiden Majlis Fatwa Eropah mengenai mechanisme menghadapi cabaran pembangunan dan globalisasi dari pelbagai tahap. :

"Telah terzahir akan pembangunan masa kini dan globalisasi menyerlinap didalam setiap aspek penghidupan manusia.

Bukanlah dituntut oleh orang Islam menghadapi semua penzahiran ini, bahkan adalah wajib dia menguasai cara pengendaliannya dengan mereka dibawah naungan ketetapan aqidah (konstant), maka dia akan memahami undang-undang dan membentuknya menurut pulangan yang memunafaatkannya, sambil merealisasikan makna sebenar mengenai Allah di muka bumi, dan tanggung jawab manusia didalam pembangunan mereka, dan mengeksploitasi semua aset2nya sehingga dia dapat mencapai tugas-tugas yang di cipta untuknya.

Dari ekspresi yang kita katakan : kelajuan didalam bidang pembangunan dan globalisasi, dalamnya pengaruh kepada kehidupan manusia, menjadikan individu kurang cekap mengendalikannya dengan positif, sehinggalah keseluruhan masyarakat sama ada dari segi sosial atau ekonomi tidak dapat berdepan dengan cabaran-cabaran ini melainkan terhad didalam mengambil munafaat (istifadah) darinya.

Sesungguhnya tidak mungkin didalam zaman pembangunan dan globalisasi berlaku dengan tujuan interaksi positif melainkan melalui negara yang memiliki sendiri semua instrumen-instrumen (alat2) , dapat melaksanakan dan mempengaruhi.

Elemen yang terpenting melayakkan negara masakini bagi menyertainya secara positif didalam skop pembangunan dan globalisasi adalam kestabilan politik yang dapat menghalang umatnya dipecah-pecahkan kepada kumpulan yang berlawan dengan pihak berkuasa, dan membenarkan perlumbaan semua bidang kerja positif yang menjadikan umat melaksanakan peranan utama (pioneer role) dibawah globalisasi.

Kestabilan politik bukan sahaja bergantung hanya kepada kekuatan regim yang menghubungkan kamu dengan negara dan masyarakat awam, bahkan sistem tersebut kemungkinan akan membazirkan tenaga rakyat hanya bagi tujuan mempertahankan kewujudan mereka.

Stability bergantung kepada regim politik yang dipilih oleh rakyat dengan kepuasan (satisfaction) mereka, dan dengan itu sahaja negara akan memberi tenaga kepada pemerintah, dengan rakyat bertenaga membina dan membangun, malahan kita memasuki era globalisasi dengan bermakna.

Alat kedua bagi menghadapi era pembangunan dan globalisasi, adalah mencantumkan kerja-kerja enterprise.

Merasakan sedih untuknya di era ini yang bergantung sangat kepada blok-blok besar, kita menghadapi entiti-entiti kecil yang tidak memiliki alasan akan kewujudan atau keberadaannya, maka kita pura-pura menerima alasan-alasan begitu. Diantara yang terpenting penzahiran didalam order dunia baru adalah blok komersial dan antarabangsa, kita menjadikan ianya memotong kerjasama ekonomi Arab kita menurut entiti-entiti yang terpisah.

Badan-badan Liga Arab dan OIC (Organization of Islamic Conference), dan pencarian pasaran bersama (common market) dikalangan negara Arab dan Islam menjadikan kita berupaya memasuki persaingan ekonomi antara bangsa dengan berjaya.

Bagi media dan perluasan siaran-siaran satellite, maka kita umat yang dapat dibezakan dengan budaya-budaya tertentu, dan salah satu kewajipannya adalah memaklumkan dunia mengenai mereka.

Terdapat langkah-langkah yang menonjol telah ditulis didalam menzahirkan kesedaran kepada program-program intelektual, akan tetapi ia masih lagi didalam bahasa arab.

Saya mengajak kepada semua orang didalam dunia dengan pelbagai bahasa bagi tujuan menzahirkan program-program ini untuk menyatakan pendirian Islam dan budaya-budaya individu kita. Dan saya tidak mahu menghadapi media-media murahan didalam berapa siaran-siaran kita meningkat dan mereka menguasai semua channel (siaran) yang bergantung kepada globalisasi budaya biadap seks mereka.

walllahu'alam"

sumber : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528613470
-----------


áÞÏ ÃÕÈÍÊ ãÙÇåÑ ÇáÊØæøÑ ÇáãÚÇÕÑ æÇáÚæáãÉ ÊÕÈÛ ßáø ÌæÇäÈ ÇáÍíÇÉ ÇáÅäÓÇäíÉ.

æáíÓ ÇáãØáæÈ ãä ÇáãÓáã Ãä íæÇÌå ßáø åÐå ÇáãÙÇåÑ¡ Èá ÇáæÇÌÈ Ãä íÍÓä ÇáÊÚÇãá ãÚåÇ Ýí ÖæÁ ËæÇÈÊå ÇáÚÞÇÆÏíÉ¡ ÝíÝåã ÞæÇäíäåÇ æíØæøÑåÇ ÈÏæÑå æíÓÊËãÑ äÊÇÆÌåÇ ÝíãÇ íäÝÚ¡ æÝíãÇ íÍÞøÞ ãÚäì ÇáÎáÇÝÉ Úä Çááå Ýí ÇáÃÑÖ¡ æÊßáíÝ ÇáÅäÓÇä ÈÚãÇÑÊåÇ¡ æÊÓÎíÑ ßáø ÇáãæÌæÏÇÊ áå ÍÊøì íÓÊØíÚ ÊÍÞíÞ ÇáãåãøÉ ÇáÊí ÎáÞ áåÇ.

æãä ÇáÈÏåí Ãä äÞæá: Åäø ÊÓÇÑÚ ãÌÇá ÇáÊØæøÑ æÇáÚæáãÉ¡ æÚãÞ ÊÃËíÑå Úáì ÍíÇÉ ÇáäÇÓ¡ íÌÚá ÇáÝÑÏ ÚÇÌÒÇð Úä ÇáÊÚÇãá ãÚå ÈÅíÌÇÈíÉ¡ æÍÊøì ÇáãÄÓÓÇÊ ÇáÃåáíÉ ÓæÇÁ ßÇäÊ ÇÌÊãÇÚíÉ Ãæ ÇÞÊÕÇÏíÉ¡ áÇ ÊÓÊØíÚ ãæÇÌåÉ åÐå ÇáÊÍÏøíÇÊ ÅáÇø Ýí ÍÏæÏ ãÏì ÇáÇÓÊÝÇÏÉ ãäåÇ.

Åäøå áÇ íãßä ÇáÏÎæá Ýí ÚÕÑ ÇáÊØæøÑ æÇáÚæáãÉ ÈÞÕÏ ÇáÊÝÇÚá ÇáÅíÌÇÈí ÅáÇø ãä ÎáÇá ÇáÏæáÉ ÇáÊí Êãáß æÍÏåÇ ßáø ÃÏæÇÊ ÇáÝÚá æÇáÊÃËíÑ.

Åäø Ãåã ÚäÕÑ íÄåøá ÇáÏæáÉ ÇáãÚÇÕÑÉ Åáì ÇáãÔÇÑßÉ ÇáÅíÌÇÈíÉ Ýí äØÇÞ ÇáÊØæøÑ æÇáÚæáãÉ åæ ÇáÇÓÊÞÑÇÑ ÇáÓíÇÓí ÇáÐí íãäÚ ÊãÒøÞ ÇáÃãøÉ Åáì ãÌãæÚÇÊ ÊÊÕÇÑÚ Úáì ÇáÓáØÉ¡ æíÊíÍ ÊÓÇÈÞ ÇáÌãíÚ Ýí ãÌÇá ÇáÚãá ÇáÅíÌÇÈí ÇáÐí íÍÝÙ áÃãøÊäÇ ÏæÑåÇ ÇáÑíÇÏí Ýí Ùáø ÇáÚæáãÉ.

æÇáÇÓÊÞÑÇÑ ÇáÓíÇÓí áÇ íÞæã Úáì ãÌÑøÏ äÙÇã Þæí íãÓß ÈÇáÏæáÉ æÈÇáãÌÊãÚ ÇáÃåáí¡ Èá Åäø ãËá åÐÇ ÇáäÙÇã ÛÇáÈÇð ãÇ íÈÏøÏ ØÇÞÇÊ ÇáÃãøÉ Ýí ÓÈíá ÇáãÍÇÝÙÉ Úáì æÌæÏå.

Åäø ÇáÇÓÊÞÑÇÑ íÞæã Úáì äÙÇã ÓíÇÓí íÎÊÇÑå ÇáäÇÓ ÈÑÖÇåã¡ æÚäÏ Ðáß ÝÞØ ÊÊæÌøå ØÇÞÇÊ ÇáÏæáÉ¡ ãÚ ØÇÞÇÊ ÇáäÇÓ Åáì ÇáÈäÇÁ æÇáÊØæøÑ¡ æÈÐáß äÏÎá ÚÕÑ ÇáÚæáãÉ ÈÌÏÇÑÉ.
ÃãøÇ ÇáÂáíÉ ÇáËÇäíÉ áãæÇÌåÉ ÚÕÑ ÇáÊØæøÑ æÇáÚæáãÉ¡ Ýåí ãÄÓÓÇÊ ÇáÚãá ÇáãÔÊÑß.

æããøÇ íÄÓÝ áå Ãäø åÐÇ ÇáÚÕÑ ÇáÐí íÞæã Úáì ÊßÊøáÇÊ ßÈíÑÉ¡ äæÇÌåå äÍä ÈßíÇäÇÊ ÕÛíÑÉ áÇ Êãáß ÓÈÈ æÌæÏåÇ Ãæ ÈÞÇÆåÇ¡ ÝäÕØäÚ áåÇ ãä ÇáÃÓÈÇÈ ãÇ ííÑøÑ Ðáß. Åäø ãä Ãåãø ãÙÇåÑ ÇáäÙÇã ÇáÚÇáãí ÇáÌÏíÏ ÇáÊßÊøáÇÊ ÇáÊÌÇÑíÉ æÇáÇÞÊÕÇÏíÉ ÇáÚÇáãíÉ¡ æäÍä äÚãá Ýí ÊÞØíÚ ÃæÕÇá ÇÞÊÕÇÏäÇ ÇáÚÑÈí ÍÓÈ ßíÇäÇÊäÇ ÇáÞØÑíÉ.

Åäø ÊÝÚíá ãÄÓÓÇÊ ÇáÌÇãÚÉ ÇáÚÑÈíÉ æãäÙãÉ ÇáãÄÊãÑ ÇáÅÓáÇãí ¡ æÅíÌÇÏ ÇáÓæÞ ÇáÚÑÈíÉ æÇáÅÓáÇãíÉ ÇáãÔÊÑßÉ íÌÚáäÇ ÃÞÏÑ Úáì ÏÎæá ÓæÞ ÇáãäÇÝÓÉ ÇáÇÞÊÕÇÏíÉ ÇáÚÇáãíÉ ÈäÌÇÍ.
æÈÇáäÓÈÉ ááÅÚáÇã æÈÚÏ ÔíæÚ ÇáÞäæÇÊ ÇáÝÖÇÆíÉ¡ ÝäÍä ÃãøÉ ÊÊãíøÒ ÈÎÕæÕíøÇÊ ÍÖÇÑíÉ¡ æãä æÇÌÈäÇ Ãä äÚÑøÝ ÇáÚÇáã ÈåÇ.

æáÞÏ ÎØÊ ÈÚÖ ÝÖÇÆíÇÊäÇ ÎØæÇÊ ããíøÒÉ Ýí ÊÞÏíã ÈÑÇãÌ ÝßÑíÉ æÇÚíÉ¡ áßäøåÇ áÇ ÊÒÇá ãÍÕæÑÉ ÈÇááÛÉ ÇáÚÑÈíÉ.

æÅäøäí ÃÏÚæ Åáì ÇáÊæÌøå ááÚÇáã ÈáÛÇÊå ÇáãÎÊáÝÉ ãä ÃÌá ÊÞÏíã åÐå ÇáÈÑÇãÌ ÇáÊí ÊÚÈøÑ Úä ËæÇÈÊäÇ ÇáÅÓáÇãíÉ æÎÕæÕíøÇÊäÇ ÇáÍÖÇÑíÉ. æáÇ ÃÑíÏ Ãä ÃÊäÇæá ÇáÅÚáÇã ÇáÑÎíÕ ÇáãÈÊÐá ÇáÐí ÊÊÓÇÈÞ Ýíå ÈÚÖ ÞäæÇÊäÇ ÇáÝÖÇÆíÉ æÊÓÈÞ ÓÇÆÑ ÇáÞäæÇÊ ÇáÊí ÊÞæã Úáì ÚæáãÉ ËÞÇÝÉ ÇáÌäÓ ÇáãÈÊÐáÉ.

æÇááå ÃÚáã

خيرالأمين