1]benarkah lelaki muslim pakai mutiara misalnya melalui cincin?
2]ana x pasti,tapi lelaki boleh pakai emas putih.tapi ade pendapt lain sebut kalau ade logam lain selain emas yg lagi mahal dari emas,maka logam tersebut haram di pakai oleh lelaki.
cth:platinum dan emas putih[mcm 2 benda yg sama rasanya]
mohon pencerahan.
syukran.
alJawab:
1] Boleh, tiada nas yang melarangnya, cuma kata al-Qardhawi (halal & haram), kena dilihat dua perkara:
a. menyerupai perempuan
b. bukanlah perkara yang mewah (extravaganza) dan kesombongan.
Imam alBaihaqi dalam bab alKhawatim, berkata tiada larangan lelaki memakai cincin perak yang dikenakan batu-batu yang berharga.
Bagi saya, mutiara (cultured pearl) adalah perhiasan perempuan. Ia amat feminin.
2] Fatwa Arab saudi (Lajnah Daimah melalui laman web Islam QNA) mengharamkan emas putih kerana menurut mereka emas itu sebenarnya masih ada campuran emas kuning.
Saya berpendapat platinum atau Pt adalah logam yang tersendiri dan ia lebih mahal dari emas kuning. Syaikh Uthaimin (fatwa #4021, Islam QNA) dan al-Qardhawi (Halal & Haram) pula adalah sebaliknya, mereka berkata lelaki harus memakai apa jua metal selain emas. Wbmnp, logam yang sunnah buat lelaki ialah perak kerana cincin Nabi adalah dari logam perak, maka contohilah baginda. sekian