:salam
nak tanye, bolehkah kami (muslimah) bersolat zohor pd hari jumaat berimamkan lelaki yg tidak menghadiri solat jumaat? dan benarkah lelaki yg tidak bersolat jumaat hanya boleh solat zohor setelah tamat solat jumaat di masjid berdekatan?
sy bertanya dlm konteks komuniti muslim di negara yg majoritinya bukan islam. lelaki tu tidak bersolat jumaat bukan krn malas dsb, tapi krn kesempitan waktu (kelas berjalan semasa solat jumaat dilakukan).
jkkk atas perhatian.
wa'alaikumussalam.
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdri MissCadbury dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Mengerjakan solat zohor bagi mereka yang tidak menunaikan solat Jumaat adalah apabila masuk waktu zohor. Bagi lelaki yang terhalang atau uzur, bolehlah melakukan solat Zohor sebaik sahaja masuk waktu, tanpa perlu menunggu sehingga solat Jumaat selesai. Solat Zohor tersebut boleh dilakukan secara berjemaah. Dalam kes sdri MissCadbury, solat berjemaah Zohor itu sah.
Cuma apa yang ingin disentuh disini adalah, bagi kaum lelaki yang tersepit diantara kelas dan solat Jumaat, Syiekh Ahmad Kutty (pensyarah utama di Islamic Institute of Toronto) menasihatkan agar lelaki tersebut tidak meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali. Sabda Nabi :saw :-
Saranan Syiekh Ahmad Kutty :
a. Jika kelas tersebut bukan merupakan 'core subject', bolehlah lelaki tersebut 'skip' (ponteng) beberapa kelas tersebut, agar dia tidak meninggalkan lebih dari 2 Jumaat.
b. Boleh juga bertukar ganti dengan classmate untuk skip Jumaat, agar nota-nota kuliah boleh diambil atau di rakamkan.
b. Cuba sedaya upaya menukar atau mengubah memilih waktu-waktu yang tidak melibatkan hari waktu solat Jumaat. Atau berbincang dengan pensyarah.
Usaha diatas ini menunjukkan betapa pentingnya solat Jumaat kepada mereka yang di wajibkan. Firman Allah swt :-
Dari Ibn Umar ra. dan Abu Hurairah ra. bahawa Nabi :saw bersabda :-
Berdasarkan dalil diatas, seseorang itu hendaklah tidak meninggalkan solat Jumaat (tanpa keuzuran) dengan sengaja. Bagi pelajar yang tersepit diantara kelas dan solat Jumaat, cubalah sedaya upaya tidak meninggalkan solat Jumaat lebih dari 2 kali. Ketahuilah bahawa solat Jumaat ini merupakan Fardu 'Ain kepada mereka. WA.
Sila rujuk fatwa berikut (dalam B.Inggeris) :-
1. Classes Coincide with Jumu`ah Prayer
URL : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503549234
2. Torn Between Friday Prayer and Classes!
URL : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503545940
Sekian, wassalam
خيرالأمين