SJ-13-0204 : Cetak Rompak 2

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0204 : Cetak Rompak 2

:salam

Merujuk kepada "SJ-13-0011 : Cetak rompak" saya masih ada beberapa kemusykilan untuk ditanya..

Saya seorang yang rajin mendalami ilmu2 kewangan dan bisnes. Dan kebanyakan rujukan bagi buku2 tersebut adalah dalam bahasa Inggeris dan kebanyakannya adalah dari Amerika Syarikat. Pada akhir2 ini terdapat teknologi untuk mencetak rompak buku2 tersebut ke dalam bentuk E-book dan diedarkan secara percuma di internet.

Persoalan yang pertama,
Sekiranya kita menggunakan ilmu2 yang terdapat dalam buku2 tersebut untuk mencari rezeki, apakah status rezki yang kita perolehi itu? Ini kerana dengan mengamalkan ilmu yang ada dalam buku itu saya boleh membuat banyak duit malah boleh dapat sehingga berjuta2 ringgit.. Untuk pengetahuan ustaz buku2 tersebut tidaklah mahal sangat dan masih boleh dibeli di kedai atau didapati di perpustakaan.

Persoalan yang kedua,
Adakah ia termasuk dalam kategori "Negara Harbi"? Adakah kerana negara tersebut negara harbi maka kita juga melabelkan semua rakyatnya adalah kafir harbi dan boleh menggunakan apa sahaja milik mereka untuk dicetak rompak?

Persoalan ketiga,
Apakah hukumnya saya mendownload e-book2 tersebut untuk kegunaan peribadi sedangkan di Malaysia, kita tidak mencela perbuatan tersebut? Adakah ia dikira sebagai menggalakkan industri cetak rompak?

Sekian saja soalan saya yang musykil ini ::roll: .. Wassalam

SJ-13-0204 : Cetak Rompak 2

:wassalam

alJawab:

Jawapan pertama:

Hukum copyright buku ialah larangan memindahkan isikandungan buku tersebut samada dalam bentuk percetakan (print) atau secara e-book, di mana ia merugikan pengarang asalnya.
Adapun mengamalkan ilmu yang diajar dalam buku bisnes itu dan berjaya mendapat keuntungan jutaan ringgit adalah harus. Contoh: anda mebeli sebuah buku mengenai cara-cara mendirikan sebuah perniagaan Francais, maka anda ikuti langkah-langkah itu dan akhirnya anda menjadi seorang tokey Francais. Anda membeli sebuah buku bagaimana memulakan sebuah bisnes secara Online. Kemudian anda pun memulakan bisnes Online atau bisnes dot com dan mengaut keuntungan berjuta ringgit. Cuma pastikan ia bisnes yang halal bukan TOTO (tolong orang tipu orang) atau pyramiding atau skim cepat kaya atau internet scam. Maka pindahkan ilmu dari buku yang anda beli atau ilmu yang anda perolehi dari kursus-kursus usahawan atau cara menjadi Jutawan ke alam realiti tidaklah menjadi apa-apa masalah dengan perundangan copyright.

Jawapan kedua:

Peristiharan negara Harbi hanya boleh dilakukan oleh Khalifah atau amirull mukminin negara Islam atau Dawlah Islamiyah. Mana-mana pihak yang berkepentingan tidak boleh sewenang-wenangnya mengisytiharkan mana-mana negara itu negara harbi sedangkan pemerintah yang sah tidak pun berbuat demikian.

Jawapan ketiga:

apa-apa bahan internet yang ujud secara e-book di mana-mana website mereka, hendaklah dibaca dengan teliti syarat-syarat downloadnya. Ini kerana isu copyright telah dimasukkan dalam agenda WTO (world trade organization) dan Malaysia terikat dengan organisasi tsb. jika ia mensyaratkan download itu utk kegunaan peribadi bukan salinan komersial, maka itulah hak2 hakcipta yang perlu dihormati.

Rujukan :
Undang-undang Kontrak: dasar, Konsep dan masalah, Muhammad Arifin, DBP, tahun 2000

sekian