'Selepas anak selamat dilahirkan, ia hendaklah segera diazankan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya. Dalam satu riwayat oleh Abu Rafi yang bermaksud: "Aku melihat sendiri Rasulullah mengazankan Hasan bin Ali di telinganya ketika dia baru dilahirkan oleh Fatimah. (Riwayat Bukhari dan Muslim)'
petikan yg ana amik dari bh.
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Agama/20070105002526/Article/
1]soalan nya,benarkah ini hadis dari bukhari dan muslim.sbb selama ni ana pernah terbaca artikel yg mengatakan setiap hadis mengenai azan dan iqamat di telinga bayi adalah daif dan daif jiddan. mohon pencerahan.
2]syiah zaidiyyah di yaman dan mazhab ibadhiyyah di oman, adakah mereka termasuk dlm aswj?. kalau bukan aswj, siapakah mereka?
3]apakah sebenar takrifan aswj? sape kah yg beri penakrifan aswj?
[benarkah mazhab aqidah khalaf itu adalah aswj]
adakah mazhab aqidah salaf itu sebenarnya mewakilli aqidah sunnah wal jamaah,aswj????
mohon pertolongan.
Terlebih dahulu syukaran.
alJawab:
1) Memang benar sekali, bahawa hadith Abu Rafi' itu bukanlah dari Sahihain (Bukhari-Muslim). Kalaulah dari Bukhari-Muslim, maka sudah tentu tidak ada perbahasan dan khilaf dalam isu azan dan qamat semasa menyambut kelahiran. Ia diriwayatkan oleh Imam-Imam hadith yang lain. Statusnya ia adalah dha'if jiddan (amat dhaif) menurut Imam alMuhaddith al-Albani (Silsilah adDha'ifah (1/493) Oleh kerana amalan ini masyhur, maka ia boleh dilakukan cuma tidak boleh dikaitkan dengan Nabi SAW.
2) Syi'ah Zaydiah menurut Prof Dr al-Imam Muhammad Abu Zahrah adalah paling hampir dgn ASWJ. Ini kerana Imam Zayd bin Ali bin Husin bin Ali bin Abi Thalib tidak mencerca khalifah-khalifah yang lain. Maka ia bukanlah syi'ah rafidhah (Madzhaahibul Islamiyah); Ibadiah pula ialah golongan moderat dari aliran Khawarij, satu golongan yang hanya berhukum dgn zahir nas (spt golongan muktazilah dan Zahiri). Kedua-dua mereka tidak dianggap terkeluar dari ASWJ
3) Siapakah ASWJ adalah satu perbahasan yang panjang, apa yang kami boleh ringkaskan ialah istilah yg dipopularkan ketika Islam di ancam oleh aliran pemikiran Muktazilah di abad ke 3 hijriah. Maka yang bangkit memerangi Muktazilah ialah Salafiyah, Asya'irah dan maturidiah. Salafiyah ialah aliran hadith pimpinan Imam Ahmad ibn Hanbal. Selepas itu berlakulah pergeseran antara salafi, asya'irah dan maturidiah. Namun nak senang cerita, salaf dan khalaf ni sebenarnya masih lagi satu keluarga Islam yang besar. sekian