SJ-06-0035 : Mahu belajar solat Jama' dan Qasar

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0035 : Mahu belajar solat Jama' dan Qasar

Saya tinggal di Bangi dan keluar rumah sekitar jam 8.00 pagi dan memandu kereta mengikut Lebuhraya Utara Selatan utk menuju ke Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan (melawat saudara). Perjalanan saya adalah sejauh 125KM (satu hala) dan mengambil masa 2 jam.

Oleh kerana saya tidak yakin akan kefahaman saya tentang solat Jama' dan Qasar, maka pada kebiasaannya saya akan menunaikan solat Zohor disana dengan 4 rakaat dan juga solat Asar sebanyak 4 rakaat; sebelum menaiki kereta untuk pulang kerumah sejurus kemudian.

JIKA SAYA INGIN MENGQASARKAN ZOHOR DAN ASAR
Soalah 1: Jika saya ingin menunaikan solat Zohor dan Asar secara Qasar, di manakah saya perlu melafazkan niatnya ? Maksud saya, apakah wajib bagi saya untuk berniat semasa saya sedang memandu (contoh, semasa melepasi kawasan Nilai atau Seremban) dan bagaimanakah lafaz niat tersebut? Apakah ini boleh dilakukan sebelum masuk waktu?

Soalan 2: Semasa berada di Bandar Seri Jempol, dan bersolat Zohor/Asar secara bersendirian, bagaimanakah lafaz niat solat Zohor/Asar (Qasar)?

Soalan 3: Semasa berada di Bandar Seri Jempol, dan bersolat Zohor secara berjemaah, bolehkah saya solat Zohor secara Qasar dan bagaimankah lafaz niatnya? Selepas memberi salam, apakah saya perlu niat utk mengQasarkan solat Asar? Niat nya?

JIKA SAYA INGIN MENJAMA' DAN MENGQASARKAN ZOHOR DAN ASAR
Soalah 4: Jika saya ingin menunai solat Zohor dan Asar secara Jama' dan Qasar, di manakah saya perlu melafazkan niatnya ? Maksud saya, apakah wajib bagi saya untuk berniat semasa saya sedang memandu (contoh, semasa melepasi kawasan Nilai atau Seremban) dan bagaimanakah lafaz niat tersebut?

Soalan 5: Semasa berada di Bandar Seri Jempol, dan bersolat Zohor secara bersendirian, bagaimanakah lafaz niat solat Jama' Takdim?
Selepas memberi salam pada rakaat kedua, apakah saya perlu niat sewaktu takbiratul ihram untuk solat Asar nya?

Soalan 6: Semasa berada di Bandar Seri Jempol, dan bersolat Zohor secara berjemaah, bagaimanakah lafaz niatnya? Apakah saya wajib solat Zohor seperti biasa sebagai makmum (4 rakaat) dan kemudian solat Asar secara Qasar secara bersendirian?

JIKA SAYA BERTOLAK DARIPADA BANGI SEKITAR JAM 3 PETANG UNTUK KE BANDAR SERI JEMPOLSoalan 7: Bolehkah saya solat Zohor berjemaah di Bangi (4 rakaat) dan selepas salam, solat Asar secara Qasar? Lafaz niat nya?

SJ-06-0035 : Mahu belajar solat Jama' dan Qasar

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan bubuk dengan kadar yang termampu, Insya-Allah.

Ulama' berselisih pendapat mengenai hukum Solat Qasar (musafir) ini. Ada dikalangan mereka yang mewajibkan solat Qasar sewaktu bermusafir. Maknanya, mereka yang sedang bermusafir tetapi tidak menunaikan solat secara Qasar telah dianggap berdosa. Menurut bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syeikh Ibn Utsaimin rh berpendapat bahawa :-

"

æÇáÕÍíÍ Ãä ÇáÞÕÑ ãäÏæÈ æáíÓ ÈæÇÌÈ ¡ æÅä ßÇä ãä ÇáäÕæÕ ãÇ ÙÇåÑå ÇáæÌæÈ ¡ æáßä åäÇß äÕæÕ ÃÎÑì ÊÏá Úáì Ãäå áíÓ ÈæÇÌÈ
dir="ltr">pandangan yang benar adalah Solat Qasar hukumnya sunnat, dan bukan wajib, walaupun terdapat beberapa nas yang menunjukkan seolah2 ia wajib, dan terdapat juga nas yang menunjukkan ia tidak wajib" [Sharh Mumthi' 'ala Zaaddil Mustaqni', Jld 2]

Bagi Ibn Utsaimin, pandangan yang rajih (lebih benar) adalah solat yang penuh/tamam hanyalah MAKRUH dan bukanlah haram, dan sesiapa yang melakukan solat penuh, bukanlah dia melakukan maksiat (æÇáÐí íÊÑÌÍ áí æáíÓ ÊÑÌÍÇð ßÈíÑÇð åæ Ãä ÇáÅöÊãÇã ãßÑæå æáíÓ ÈÍÑÇã¡ æÃä ãä ÃÊã ÝÅäå áÇ íßæä ÚÇÕíÇð).

Bagi menjawab soalan bubuk, kami berpandukan buku "al-Fiqh al-Manhaji 'ala Mazhab al-Imam al-Syafie - 1, bab Solat Musafir,cetakan Dar al-Qalam, cet ke 4, 2000, karangan Dr Mustafa al-Khin dan lain2".

Quote:
Soalah 1: Jika saya ingin menunaikan solat Zohor dan Asar secara Qasar, di manakah saya perlu melafazkan niatnya ? Maksud saya, apakah wajib bagi saya untuk berniat semasa saya sedang memandu (contoh, semasa melepasi kawasan Nilai atau Seremban) dan bagaimanakah lafaz niat tersebut? Apakah ini boleh dilakukan sebelum masuk waktu?

Jawapan 1 : Niat solat Qasar menurut Mazhab Syafie adalah semasa melakukan Takbiratul Ihram. Tidak perlu memasang niat semasa bermusafir. Solat Qasar tersebut hanya boleh dilakukan apabila seseorang yang bermusafir melintasi sempadan pekannya atau Qaryahnya. Solat Qasar dilakukan pada waktunya.

Quote:
Soalan 2: Semasa berada di Bandar Seri Jempol, dan bersolat Zohor/Asar secara bersendirian, bagaimanakah lafaz niat solat Zohor/Asar (Qasar)?

Jawapan 2 : Seperti Jawapan 1 tadi, niatkan solat Zohor atau Asar 2 rakaat semasa melakukan Takbiratul Ihram sebagaimana yang di kehendaki didalam mazhab Syafie.

Quote:
Soalan 3: Semasa berada di Bandar Seri Jempol, dan bersolat Zohor secara berjemaah, bolehkah saya solat Zohor secara Qasar dan bagaimankah lafaz niatnya? Selepas memberi salam, apakah saya perlu niat utk mengQasarkan solat Asar? Niat nya?

Jawapan 3 : Jika Imam dan Makmum bersolat Qasar, niatlah solat berjemaah 2 rakaat sahaja. Akan tetapi, jika Imam merupakan mereka yang bermukim, iaitu Imam yang bersolat 4 rakaat (penuh), anda perlu bersolat penuh mengikut Imam. Makmum yang Qasar solat, tidak boleh berimamkan Imam yang solat penuh (tamam).

Tidak perlu niat untuk mengqasarkan solat Asar. Apabila masuk waktu Asar, maka solatlah Asar secara Qasar dan berniat semasa Takbiratul Ihram.

Quote:
Soalah 4: Jika saya ingin menunai solat Zohor dan Asar secara Jama' dan Qasar, di manakah saya perlu melafazkan niatnya ? Maksud saya, apakah wajib bagi saya untuk berniat semasa saya sedang memandu (contoh, semasa melepasi kawasan Nilai atau Seremban) dan bagaimanakah lafaz niat tersebut?

Jawapan 4 : Bagi Mazhab Syafie, niat Jamak dilakukan dalam solat pertama, iaitu sebelum selesai solat pertama. Dengan kata lain, sebelum selesai memberi salam Solat pertama (Zohor misalnya), bolehlah berniat untuk menjama'kan Solat kedua. Disukai lagi jika niat itu dilakukan pada Takbiratul Ihram Solat pertama tadi (tapi flexibilitinya sebelum memberi salam solat pertama).

Apabila bangun untuk Solat kedua (Asar misalnya), Niat sahaja Qasar pada Takbiratul Ihram (tidak perlu niat jamak lagi).

Quote:
Soalan 5: Semasa berada di Bandar Seri Jempol, dan bersolat Zohor secara bersendirian, bagaimanakah lafaz niat solat Jama' Takdim?
Selepas memberi salam pada rakaat kedua, apakah saya perlu niat sewaktu takbiratul ihram untuk solat Asar nya?

Jawapan 5 : Tidak perlu melafazkan niat. Memadai berniat semasa Takbiratul Ihram. Contoh praktikalnya ; Berniat solat Zohor secara Qasar (Niat bermaksudnya Azam) dan sebelum memberi salam, Niat jamak akan Solat kedua (eg: Asar). Kemudian, selepas salam solat pertama (Zohor misalnya), bangun untuk melakukan solat kedua (Asar misalnya) dengan niat Qasar.

Quote:
Soalan 6: Semasa berada di Bandar Seri Jempol, dan bersolat Zohor secara berjemaah, bagaimanakah lafaz niatnya? Apakah saya wajib solat Zohor seperti biasa sebagai makmum (4 rakaat) dan kemudian solat Asar secara Qasar secara bersendirian?

Jawapan 6: Benar, Solat Zohor berjamaah 4 rakaat seperti biasa mengikut Imam, kemudian bangun Solat bersendirian Asar secara Qasar.

Quote:
JIKA SAYA BERTOLAK DARIPADA BANGI SEKITAR JAM 3 PETANG UNTUK KE BANDAR SERI JEMPOLSoalan 7: Bolehkah saya solat Zohor berjemaah di Bangi (4 rakaat) dan selepas salam, solat Asar secara Qasar? Lafaz niat nya?

Jawapan 7 : Anda tidak boleh bersolat Qasar di Bangi, kerana syarat Solat Qasar adalah anda hendaklah melepasi sempadan bandar/qaryah anda. Alternatif didalam hal ini :- Solat Zohor berjemaah di Bangi. Dalam perjalanan (setelah keluar dari sempadan Bangi) ke Jempol, apabila masuk waktu Asar, maka bolehlah Solat Asar secara Qasar.

WA.
Sekian, wassalam

خيرالأمين