:salam
Dalam Al-Quran, nabi & rasul yang diceritakan semuanya dari Timur Tengah seperti Mesir, Israel, Arab ect. Ada tak Nabi & Rasul yang dilantik di tempat2 lain di kalangan orang2 di Amerika Selatan, Australia, Nusantara etc. dulu2 memandangkan masyarakat di tempat2 lain ini dulu2 pun tak tau mengenai dunia lain dan terlalu jauh dari Timur Tengah. Sebagai contoh, jika sewaktu tamaddun Mesir purba sedang meningkat, Allah lantik Nabi Musa as. sebagai nabi & rasul umat Mesir ketika itu. Adakah zaman tamadun Aztec dan Maya sedang maju di Amerika Tengah dan Selatan ribuan tahun dulu juga ada manusia yg menyeru kepada agama Allah? Jika tiada, maknanya mereka semua itu mati kafir tanpa mendapat apa2 seruan dan terus masuk ke neraka?
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-13-0234 : Nabi Rasul benua lain
Primary tabs
Thu, 26/04/2007 - 12:40pm
#1
SJ-13-0234 : Nabi Rasul benua lain
:wassalam
al-Jawab:
Dua ayat berikut sudah cukup menjawab kemusykilan anda.
Ayat pertama:
" Dan sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang rasul sebelum kamu, di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka pula yang tidak Kami ceritakan padamu." AQT 40 (alMukmin) 78
Syarah: Nah, itulah pendekatan al-Qur:an, Allah memutuskan AQ tidak perlu menyiarkan kesemua nabi-nabi dan rasul yang pernah diutuskan dalam sejarah anak Adam. Ada yang disiarkan dan kebetulannya kebanyakan dari Timur Tengah sahaja. Kemungkinan itulah kawasan yang mana ada impak kepada orang arab, kalau diceritakan pergolakan di Amerika Latin, sudah tentulah umat arab ketika itu tidak akan memberi makna kerana tiada kemudahan pengangkutan yang akan membawa mereka ke sana ketika itu.
Ayat kedua:
" Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap ummat (utk menyerukan) "Sembahlah Allah dan jauhilah Taghoot itu." AQT 16 (anNahlu) 36
Syarah: Ini menjawab kemusykilan anda tentang ummat terdahulu yang hanya tinggal kesan sejarah sahaja spt tamaddun Aztec dan Maya di Amerika Latin. Allah dah beri jaminan, pada setiap umat itu sudahpun diutus perwakilan utk membawa ajaran tawhid. Demikianlah apa yang ada dalam bab Beriman kepada Rasul-Rasul. Kita beriman bahawa jumlah nabi-nabi itu banyak, ada yang disebut dalam AQ dan ada yang tidak disebut. kita juga beriman, pada setiap umat Allah telah mengutuskan rasul-Nya. sekian WA