SJ-13-0257 : Apa hukum perjuangan bangsa?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0257 : Apa hukum perjuangan bangsa?

Biasa kite lihat dan dengar orang ramai membincangkan isu bersifat kebangsaan (misalnye isu orang Melayu), sampai sesetengahnye tu melebihkan isu bangsa berbanding agama. Jadi, apakah hukum melakukan perjuangan bangsa ni?
Tak dikira as-sobiyyah ke? ::?:

SJ-13-0257 : Apa hukum perjuangan bangsa?

al-Jawab:

Pertama kita kena memahami dua istilah yang anda kemukakan:

1. Kebangsaan atau nasionalisma
Ia berasal dari kalimah latin, "natio" yang bermaksud "kelahiran". Dari kalimah `natio', lahirlah istilah `nation' (bangsa), `nationality' (kebangsaan), `national' (kerakyatan sesebuah negara), `nation-state' (negara bangsa) dan `nationalization' (memiliknegarakan aset) (AC Kapoor, Principles of Political Science, New Delhi: S Chand. 1981, ms 126).
Dalam bahasa arab, kebangsaan ini dinamakan al-wathaniyah (semangat cintakan tanah air)

2. Asobiyah.
Dalam al-Qur:an, ditemui lima perkataan yang ada kaitan dgn asobiyah.
Usbah sebanyak 4 kali dan Asib sekali. Usbah maksudnya seketurunan atau sekumpulan, manakala 'asib pula ialah ertinya dahsyat atau merbahaya. Usbah, misalnya dalam surah Yusof, ayat 8 dan 14 dan surah anNur: 11. Dari kalimah usbah ini lahirlah istilah asobiyah (perkauman) dan ta'assub (fanatisma puak)
Apakah kebangsaan sama erti dgn asobiyah?

Syaikh mujaddid Nusantara, A Hasan Bandung (w. 1958) dalam kitab pentingnya "Islam dan Kebangsaan", Bangil: Persis, cetakan ke 3, 1972) menjelaskan, sebelum Indonesia mencapai kemerdekaan, ada beberapa golongan yang berjuang untuk memerdekakan Indonesia. Dua aliran besar ialah, pertama: golongan kebangsaan tulin, yakni perjuang kemerdekaan Indonesia semata-mata di atas kepentingan bangsa Indonesia tanpa mempedulikan kepentingan agama Islam bahkan melarang Islam dijadikan dasar perjuangan dan negarabangsa. Di satu pihak yang lain, ada golongan yang menjadikan agama sebagai dasar perjuangan dan menjurus kepada penegakkan negara dan syari'at. Perjuangan kebangsaan tulin (tanpa ruh agama) itu tertolak dan itulah maksudnya perjuangan asobiyah yang disebut oleh hadith-hadith yg mencela kejelikan asobiyah.
Rumusan: A Hasan Bandung menolak perjuangan kebangsaan yang tidak menjadikan agama sebagai dasar dan tujuan akhirnya untuk mendaulatkan Islam, perjuangan di atas semangat kerana bangsa semata-mata adalah perjuangan asobiyah yang tercela. sekian

Ustaz almursyid Hasan al-Banna rh (Mursyid pertama pergerakan Ikhwan Mesir, w. 1949) pula sezaman dengan A Hasan Bandung yakni ketika bumi Islam sedang menderita di bawah penjajahan dan munculnya gerakan kemerdekaan. Seperti juga Indonesia yang dijajah Belanda, Mesir dijajah oleh Inggeris, maka pergerakan kemerdekaan Mesir berpaksikan samada nasionalisme atau Islam. Prof. Dr al-Qardhawi (YDP Majlis Ulama Sedunia) ketika mensyarahkan Usyul 20, usyul Pertama dari Usyul 20 al-Banna, bahawa Pergerakan Ikhwani alBanna dituduh sebagai tidak patriotik dan tidak berjiwa nasionalis. Maka Ust al-Banna tampil menjelaskan bahawa tuduhan puak nasionalis mesir ketika itu tidak benar dalam Muktamar ke Lima Ikhwan di Cairo.

" sesungguhnya pergerakan Ikhwan mencintai negeri mereka (Mesir), inginkan kesatuan dan persatuan umat , tidak menghalangi sesiapapun utk setia dan patriotik kepada negerinya, malah kami bersama pejuang nasionalis, sebab cintakan watan adalah sebahagian dari citra Islam. Perbedaan antara kita dengan nasionalis ialah kita melihat nasionalis membataskan perjuangan mereka terhad pada batas-batas sempadan geografi dan peta bumi, kami pula memandang sempadan perjuangan dengan sempadan akidah. [Risalah Muktamar Khamis, Majmu' Rasail Hasan al-Banna].

Ulas al-Qardhawi, Imam Hasan menjawab tuduhan puak nasionalis bahawa sebenarnya para da'iy Islam juga cintakan tanahairnya dan inginkan kebaikan pada tanah airnya. Yang ditolak oleh para da'iy ialah asobiyah sempit dan semangat patriotik atau nasionalis yang melampaui yang mengganti agama sebagai dasar dan menjadikan watan sebagai berhala, menukar emosi keagamaan kepada emosi patriotisma. Ketahuilah, para da'iy adalah orang yang paling ikhlas menjaga dan membangun negaranya berbanding dengan kaum nasionalis sempit.

Itulah penjelasan kita kepada dua istilah yg anda ajukan, maksud nasionalisma dan asobiyah. Rumusan: nasionalisma atau semangat cintakan negara adalah fitrah, yang ditolak ialah semangat kebangsaan yang menolak agama dan akidah dan memuja kebangsaan semata-mata. WA