Assalamualaikum, bagaimanakah caranya untuk mengikut jemaah yang sedang sembahyang sedangkan ianya sudah ketinggalan satu atau dua rakaat. Bagaimana hendak memulakan sembahyangnya & apa pulak niat sembahyangnya?
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan saudara dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Adalah mustahab (digalakkan) apabila seseorang ingin menyertai jemaah yang sedang bersolat, hendaklah dia menyertai mereka dalam apa keadaan sekalipun, samada dalam keadaan berdiri (qiam), ruku', sujud atau pun duduk diantara sujud. Anda tidak perlu menunggu sehingga Imam berada didalam keadaan berdiri (qiam). Sabda Nabi :saw :-
dir="ltr">"Apabila kamu datang menyertai solat dan kami sedang sujud, maka hendaklah kamu sujud, akan tetapi rakaat tersebut tidak dikira. Barangsiapa mendapatkan satu rakaat(ruku' bersama Imam), maka dia telah mendapat satu rakaat didalam solat" [Hadith di Riwayatkan oleh Abu Daud #893].
dir="ltr">"Apabila kamu menyertai solat hendaklah dalam keadaan tenang (sakinah), apa sahaja yang dapat anda sertai, maka solatlah, dan apa sahaja yang anda tertinggal, sempurnakan" [Hadith Riwayat al-Bukhari #635].
Di riwayatkan dari Muaz ibn Jabal berkata : Nabi :saw bersabda :-
dir="ltr">"Apabila salah seorang diantara kamu mendatangi solat dan Imam dalam keadaan apa sekalipun, maka lakukan sebagai yang dilakukan oleh Imam" [Hadith Riwayat Timudzi, #591].
Kesimpulan dari 3 hadith diatas :-
a. Adalah digalakkan anda menyertai Imam dalam apa sekali posisi yang dia lakukan. Anda boleh menyertai Imam dalam keadaan berdiri, ruku' sujud dan duduk diantara sujud.
b. Jika anda dapat menyertai Imam pada posisi RUKU', maka anda telah dikira mendapat 1 rakaat bersama Imam, (Imam Nawawi; al-Majmoo, 4/215, Fataawa Syeikh Abdul Aziz bin Baaz, 11/245-246].
c. Dalam menyertai Imam semasa sedang ruku', satu Takbir sudah mencukupi; misalnya takbir al-ihram dikira sebagai takbir ruku'. Ini merupakan pandangan Zayed ibn Thaabit Ibn Umar, Ibrahim al-Nakhaie. Ia juga merupakan pandangan keempat2 Imam Mazhab dan juga Abu Daud. [Masaa'il al-Imam Ahmad, ms 35].
d. Setelah bersama Imam sebanyak 2 rakaat misalnya didalam solat Zohor, setelah Imam memberi salam, (tanpa anda memberi salam) maka sempurnakan 2 rakaat yang selebihnya. Kemudia selesaikan dengan tashahud akhir dan salam.
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan saudara dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Adalah mustahab (digalakkan) apabila seseorang ingin menyertai jemaah yang sedang bersolat, hendaklah dia menyertai mereka dalam apa keadaan sekalipun, samada dalam keadaan berdiri (qiam), ruku', sujud atau pun duduk diantara sujud. Anda tidak perlu menunggu sehingga Imam berada didalam keadaan berdiri (qiam). Sabda Nabi :saw :-
Didalam hadith lain, Nabi :saw bersabda :-
Di riwayatkan dari Muaz ibn Jabal berkata : Nabi :saw bersabda :-
Kesimpulan dari 3 hadith diatas :-
a. Adalah digalakkan anda menyertai Imam dalam apa sekali posisi yang dia lakukan. Anda boleh menyertai Imam dalam keadaan berdiri, ruku' sujud dan duduk diantara sujud.
b. Jika anda dapat menyertai Imam pada posisi RUKU', maka anda telah dikira mendapat 1 rakaat bersama Imam, (Imam Nawawi; al-Majmoo, 4/215, Fataawa Syeikh Abdul Aziz bin Baaz, 11/245-246].
c. Dalam menyertai Imam semasa sedang ruku', satu Takbir sudah mencukupi; misalnya takbir al-ihram dikira sebagai takbir ruku'. Ini merupakan pandangan Zayed ibn Thaabit Ibn Umar, Ibrahim al-Nakhaie. Ia juga merupakan pandangan keempat2 Imam Mazhab dan juga Abu Daud. [Masaa'il al-Imam Ahmad, ms 35].
d. Setelah bersama Imam sebanyak 2 rakaat misalnya didalam solat Zohor, setelah Imam memberi salam, (tanpa anda memberi salam) maka sempurnakan 2 rakaat yang selebihnya. Kemudia selesaikan dengan tashahud akhir dan salam.
Sekian, wassalam
خيرالأمين