:salam
Apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran anak kita sedangkan kita boleh mendapatkan khidmat doktor wanita untuk tujuan berkenaan.
Walau bagaimanapun, apabila ditanya kepada si isteri, beliau menyatakan beliau takut dengan dengan doktor wanita kerana pengalaman beliau yang tidak baik dengan doktor wanita, ganas, kasar, tak friendly, dan sebagainya.
Kelahiran kedua pula disambut oleh Doktor lelaki yang lebih lembut dan memahami. Alasan ini dijadikan sebab untuk memilih doktor lelaki untuk kelahiran seterusnya.
Adakah alasan ini dibenarkan syara'?
wa'alaikumussalam
Melihat aurat seseorang itu adalah dilarang didalam Islam. Aurat sesama jenis pun dilarang, inikan pula aurat lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Sabda Nabi :saw :-
Asal hukumnya, pesakit wanita hanya boleh berjumpa dengan doktor wanita, melainkan :-
a. Jika kurangnya kepakaran yang terdapat pada doktor wanita tersebut, maka dibenarkan memilih doktor lelaki. Mahramnya dikehendaki berada disampingnya semasa berjumpa dengan doktor tersebut.
b. Jika tiba-tiba sahaja ingin bersalin dan hanya doktor lelaki sahaja yang berada di hospital pada masa itu, maka dibenarkan doktor lelaki merawatnya atas dasar kecemasan.
Berkata bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh :-
'Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa' ".[Fataawa 'Aajilah li Mansuubii al-Sihhah, ms 29].
Didalam kes anda, alasan bahawa doktor wanita ganas, kasar dan sebagainya tidak boleh dijadikan alasan untuk memilih doktor lelaki, melainkan ia memudharatkan. Dalam zaman sekarang, kedapatan ramai doktor wanita yang mempunyai kepakaran didalam bidang gynaecology dan dikalangan mereka juga ada yang sabar dan lembut melayan pesakit. Carilah doktor wanita yang baik bagi menyambut kelahiran bayi anda.
Sekian, wassalam
خيرالأمين