:salam
bolehkah/patutkah seseorg hamba meletakkan 'syarat' pada niat? cth niat utk puasa (sunat) keesokan hari kalau Allah izin utk bgn awal dan sahur. skali sedar masa tak cukup utk buat kopi, maka dia membatalkan niatnya utk berpuasa pd hari itu. kenapa?- sbb kalau tak minum kopi waktu pg dia akan sakit kepala sepanjang hari (tiada dalil, cuma kebiasaannya begitu).
adakah jwpnnya lain jika niatnya adalah utk puasa wajib (qadha)?
jzkk
:wassalam
:wassalam
al-Jawab:
Niat ni tak ada syarat dan tak ada lafaz. Jika anda nak puasa, dan makan atau minum kopi semasa bersahur itu suatu kemestian bagi anda, maka anda lakukan puasa ketika anda mampu bersahur dan minum kopi kegemaran anda. Inilah maksud, " Allah tidak membebankan seseorang setimpal dgn kemampuannya" alBaqarah
Nabi saw pula, berniat di siang hari. Jika beliau mendapati Aisyah tiada sesuatu untuk breakfast, maka Nabi berkata, " oleh kerana tak ada apa nak makan, maka kita posa ajelah hari ni." maksudnya kalau puasa sunat, nak niat waktu pagi selepas subuh pun boleh. Itu taraf Nabi, tak sahur dan tak pekena kopi pun tak jadi masalah.
Kalau kita mahu berpuasa sunat atau qadha, hanya jika mampu bersahur dan minum kopi dulu, tak jadi masalah. Gunakanlah segala kemudahan yg ada, jam loceng ada, handfon yang ada jam alarm pun ada. Pastikan anda dapat makan sahur dan berniatlah ketika itu. Kalau miss sahur, maka tak payah puasa. Islam itu mudah.