SJ-13-0268 : Mencerca org lain sbg 'anak h*r*m'

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0268 : Mencerca org lain sbg 'anak h*r*m'

Saya mendpt tahu jika kita mengatakan seseorang 'anak h*r*m' atau 'son of a b****', jatuhlah hukum hudud keatas kita kerana implikasi spt menuduh ibunya berzina. Soalannya, jika seseorang berada dalam keadaan marah dan terlintas kata2 sedemikian hanya di dalam hati/minda terhadap kawannya iaitu:-

Q1: seorang muslim, apakah jatuh hukumnya?
Q2: seorang kafir, apakah jatuh hukumnya?

Bagaimana pula bergosip/mengumpat/backbite tentang seorang kafir (selagi mana tidak mendatangkan mudarat kepadanya), apakah dibolehkan?

jkk :wassalam

SJ-13-0268 : Mencerca org lain sbg 'anak h*r*m'

Quote:
Saya mendpt tahu jika kita mengatakan seseorang 'anak h*r*m' atau 'son of a b****', jatuhlah hukum hudud keatas kita kerana implikasi spt menuduh ibunya berzina

memanggil seseorang dengan panggilan 'anak haram' tidak termasuk lafaz tuduhan zina yang jelas. tetapi ia termasuk dalam lafaz tuduhan zina secara kinayah.

lafaz tuduhan zina terbahagi kepada 3 jenis:
1) lafaz sorih (terang dan jelas) seperti: kamu berzina, dia seorang penzina, dll. maka dikenakan hukuman hudud qazaf.

2) lafaz kinayah (secara sindiran) seperti: kamu seorang fasiq, atau suka berkhalwat dgn wanita. maka ditanya adakah dia bermaksud tuduhan zina atau tidak. kalau dia tidak mengaku, maka diterima pengakuannya dengan sumpah.

3) lafaz secara isyarat: seperti seorang berkata kepada seseorang: "Aku bukannya penzina", atau "hai anak halal". maka ini bukannya tuduhan zina dan tak dikenakan apa2.

lafaz "Anak Haram" termasuk dalam bahagian kedua, iaitu kinayah. mesti ditanya penuturnya apakah maksudnya, adakah tuduhan zina kepada ibunya atau tidak.

Quote:
Soalannya, jika seseorang berada dalam keadaan marah dan terlintas kata2 sedemikian hanya di dalam hati/minda terhadap kawannya iaitu:-

syarat tuduhan zina ialah menuturkannya dengan lafaz. jika di dalam hati, maka tidak dikenakan apa2. sabda Nabi:
"Sesungguhnya ALlah memaafkan bagi umatku apa yang terlintas dalam diri mereka, selagi mana tidak bercakap dengannya atau melakukannya". -hadis sahih Bukhari Muslim.

Quote:
Q1: seorang muslim, apakah jatuh hukumnya?

kembali kepada perincian yang disebutkan di atas.

Quote:
Q2: seorang kafir, apakah jatuh hukumnya?

soalan ini ada dua maksud yg berkemungkinan:
1) yang menuduh zina itu seorang kafir.
hukumnya: sama dengan orang Islam. iaitu apabila cukup syarat2nya, maka dikenakan hukuman hudud.

2) yang dituduh zina itu seorang kafir.
menuduh zina terhadap seorang kafir tidak dikenakan hukuman hudud. kerana syarat orang yang dituduh mestilah IHSHAN, iaitu:
-mukallaf
-merdeka
-Islam
-Tidak ternoda

Quote:
Bagaimana pula bergosip/mengumpat/backbite tentang seorang kafir (selagi mana tidak mendatangkan mudarat kepadanya), apakah dibolehkan?

zahir daripada ayat quran (surah Hujurat) dan hadis2 tentang larangan mengumpat: menunjukkan larangan mengumpat terhadap saudara seISLAM.
pun begitu, dikecualikan terhadap mereka yang menyerlahkan kemaksiatan atau kefasadannya di hadapan umum samada muslim atau kafir.
sebab itu Imam Bukhari membuat tajuk dalam kitab Sahihnya: Bab keharusan mengumpat terhadap golongan fasad.

adapun, orang yg melakukan maksiat secara tersembunyi, maka tidak boleh mengumpatnya sekalipun dia kafir. sebagaimana disebut oleh Ibn Battal dalam syarah sahih bukhari.

wallahu a'lam.