:salam
::D Persoalan ttg bgmn para ulama' fuqaha mentakhrijkan fatwa2 mereka:-
i) mengikut mazhab Malikiyyah, dibenarkan makan katak sedangkan kalau x silap saya diharamkan haiwan 2 alam. Sementara mazhab syafi'iyyah membolehkan daging kucing & keldai liar, dsb (MAAF jika sy tersilap fakta ::? ). Soalannya, mcmn mereka berijtihad sedemikian, adakah mereka menggunakan perspektif agama semata2 atau mereka pernah consult mana2 pakar perubatan/sains/philosopher di zaman mereka?
ii) Maulana Asri Yusoff pernah berkata (portal hadith) dlm fiqh taisir, kalau sorang non-muslim biasa makan katak, bila dah masuk Islam, TIDAK perlu haramkan terus dia drpd mkn katak, viz. biarkan dia makan sbb mazhab malikiyyah endorse. Soalannya, adakah dibolehkan baginya terus bergizi mcm tu smpai bila2 & sesuka hatinya? ke.. ada limit??
iii) Difahami bhw sebab larangan memkn khinzir adalah 'Sebab Allah suruh mcm tu!', viz. utamakan dalil naqli drpd aqli. Situasi: sy pernah disoal oleh sorang kafir kenapa Islam haramkan pork, so sy jwb spt diataslah. Lpas tu dia tnya, "sy mkn pork sampai sikalang tada sakit pun, olang putih makan tada apa2 pun? Apa guna agama suruh haram??". Soalan lagi, mestikah hanya boleh bergantung kpd naqli shj? Bolehkah terus gunakan dalil aqli (cth: sebab ada cacing dsb) stlh disoal sebegitu?? Masalahnya, kalau bgtau dia sbb cacing tu pun, dia akan tetap kata 'tada sakit apa pun'
jkk
ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå
æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå
HAIWAN DUA ALAM
pengharaman haiwan 2 alam adalah perincian dalam mazhab syafie, sebagaimana dalam kitab Fathul Aziz (Rafie), Raudhah Talibin (nawawi) dan dimuktamadkan oleh Ramli.
Kebanyakan ulama pula memilih bahawa haiwan lautan/air adalah halal sekalipun boleh hidup di daratan. Dan ini yg dipilih oleh Imam Nawawi dalam Majmuk. dan dipilih oleh Khatib Syarbini, Ibn Hajar Haitami dll. Dan ini yg dilihat lebih rajih, Wallahu A'lam.
MAKAN KATAK
Imam Malik mengharuskan makan katak kerana berdalilkan umum nas2 yg mengharuskan makan haiwan laut. Nas2 itu umum termasuklah katak.
Manakala jumhur berpegang kepada dalil khas yg menunjukkan haram bunuh katak. Haram bunuh haiwan bererti haram memakannya sebagaimana kaedah yg masyhur.
MAKAN KUCING
Wallahu A'lam, Setakat yg saya temui dalam kitab2 mazhab syafie, hukum makan kucing adalah HARAM. cuma ada pendapat dhaif dalam mazhab yg menghalalkannya.
MAKAN KELDAI LIAR
Asalnya keldai adalah halal dimakan, samada keldai liar atau keldai kampung. Tetapi selepas peperangan Khaibar, syarak telah mengharamkan keldai kampung. Maka keldai liar kekal dengan hukum asalnya iaitu HALAL dimakan. ini adalah mazhab syfaie dan mazhab2 lain.
hukum2 feqah diambil daripada dalil2 syarak yg sumbernya adalah wahyu Allah Taala.
Terjadinya perbezaan antara pendapat, disebabkan banyak faktor, seperti:
-perbezaan ilmu antara mereka. ada ulama yg tidak sampai kepadanya sesetengah hadis, atau sampai hadis tetapi mereka berselisih pula pada statusnya.
-perbezaan usul mazhab mereka. selain usul2 yg disepakati iaitu quran sunah ijmak dan qiyas, di sana ada banyak usul2 yg diperselisihkan antara imam spt: istihsan, kata2 sahabat, istishab, sadd zara'ie dll. perbezaan usul ini membawa perbezaan pada furuk feqah.
Dalam konteks dakwah dan menjaga maslahah, amat wajar dan tepat apa yg disarankan oleh Maulana asri. Lebih2 lagi berkaitan dengan makan katak yg merupakan persoalan kecil dan furuk, dan tidak ada dalil yg kuat dan disepakati berkaitan dengannya.
Limitnya?
Sehingga mereka bersedia untuk belajar dan boleh menerimanya. Ia perlu dirujuk kepada maslahah dan kebijaksanaan pendakwah itu sendiri.
http://abuumair1.wordpress.com