Assalamu'alaikum Warahmatullah...
Minta pendapat ahli panel ttg masalah ini.,
Jiran sy berbangsa india dan mungkin agamanya hindu.(kalu tidak silap sebabnya patung2 tuhannya sy lihat melebihi kebanyakan kaum hindu yg lain). masalahnya ialah setiap waktu petang menjelang malam (maghrib) pasti dia akan memasang colok yang amatlah menyesakkan baunya sehingga menimbulkan ketidaksenangan kpd jiran2 disebelahnya.
Jadi sy sebagai jirannya hanya inginkan pandangan atau pendapat drpd panelis cara 'terbaik' menurut Al-Quran dan As-Sunnah utk menegur aktiviti rutin keagamaannya itu.
sekian,
JKK di atas perhatian AAN..
wa'alaikumussalam wbt.
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda sekadar mana yang kami mampu, Insya-Allah.
Agama Islam menggalakkan kerjasama diantara agama. Firman Allah swt :-
Dr. Muzammil Siddiqi mengatakan bahawa : "Islam mengajar Toleransi dalam semua peringkat: individu, kumpulan dan daerah/negeri. Ia hendaklah menjadi keperluan politik dan perundangan. Toleransi ialah satu mekanisma yang menegakkan hak asasi kemanusian, pluraisme dan perundangan." (fatwa IslamOnline, Spirit of Tolerance in Islam).
Firman Allah swt :-
Agama Islam merupakan satu-satunya agama yang menitik beratkan toleransi. Skop toleransi Islam boleh mencakupi toleransi :-
a. diantara ahli keluarga, suami isteri, ibu-bapa dan anak-anak, dsb.;
b. diantara ahli-ahli masyarakat, jiran, komuniti, persatuan. Tolerasi dari aspek pandangan dan pendapat. Begitu juga toleransi diantara mazhab-mazhab, gerakan dakwah dsb;
c. diantara Islam dan bukan Islam; baik dari aspek [perhubungan diantara kepercayaan agama, dialog, kerjasama dsb).
Berbalik kepada persoalan diatas, penggunaan colok atau setanggi itu tidaklah ada pertentangan dengan agama, cuma barangkali baunya sahaja yang tidak menyenangkan. Ada diantara masjid-masjid yang menggunakan setanggi ini untuk mewangikan masjid, sehinggakan ada jemaah pernah bertanya dengan bekas Mufti Saudi, syeikh Ibn Utsaimin rh berkenaan dengan bersolat dihadapannya terdapat tempat bakar setanggi dan beliau menjawab :-
Disebabkan ia hanya melibatkan bau yang tidak menyenangkan, adalah lebih baik anda berbincang dengan jiran secara berhikmah, agar tidak mengecilkan hati jiran. Ini memerlukan skil negotiation yang baik. Mungkin boleh sarankan agar dia mengubah posisi meletakkan colok atau setangginya. Disebabkan dia adalah jiran anda, anda lebih kenal hati budinya dari kami, maka rancangkan cara yang bersesuaian. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين