Assalamualaikum.w.b.t
Saya sudah cuba untuk menanya soalan nie di website Al-ahkam.com.my tetapi tidak boleh so alternatif yer saya menggunakan email ustaz.
Soalan.
Boleh ustaz terangkan hukum berkenaan pakai yang lembab (nak kata basah tak jugak nak kata kering pun tak jugak) hanya di bahagian tentu/tompok2 terkena semasa ambil air solat (wudhu').
Soalannya. semasa solat di masjid saya ternampak di hadapan saya (bahagian berhampiran lutut ketika sujud) terdapat objek seperti habuk... dan sebagainya. hati saya memikirkan masalah itu cuba mengelak ketika sujud dan duduk antara dua sujud.
setelah habis solat baru lah saya mengenai pasti bahawa itu adalah taik cicak yang sudah kering menjadi habuk/debu. Apa yg membimbangkan saya solat saya itu dan setahu saya jika kain kering dan taik itu kering ia diharuskan
Dapatkan ustaz memberitahu masalah ini dan macamana
saya nak tujukan soalan di panel al-ahkam. sekian terima kasih
Dari cipun_2000
:wassalam
Jawab:
Ia termasuk daerah kema'afan. Ia di kategorikan umum albalwa sesuatu najis yg tidak diketahui, kuantiti yg sedikit, kelupaan atau dia tidak sanggup menghilang atau menghindarinya, maka ia tidak perlu mengulangi solatnya. Dalilnya," maksud Firman Allah," dan tidaklah kamu berdosa mengenai hal2 yg kamu khilaf padanya (tidak sengajakan)." alAhzab: 05 (Fiqh Sunnah, bab taharah)