SJ-12-0214 : Perihal kelayakan jadi WALI, SAKSI & PEMERI

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0214 : Perihal kelayakan jadi WALI, SAKSI & PEMERI

:salam

i) Benarkah seseorang yg berdosa besar akibat sesuatu maksiat TIDAK LAYAK LAGI menjadi wali dan saksi selepas itu?
Wali di sini dalam kes mengahwinkan anak perempuannya. Saksi pula spt saksi dlm perbicaraan kes org lain, etc

ii) Ada penceramah pernah menyebut dalam sistem perundangan Islam, soal-siasat/perbicaraan/kehakimannya adalah amat komprehensif, sehingga kalau si saksi adalah seorg perokok pun tidak diterima/invalid kesaksiannya (memandangkan merokok = HARAM!!!).
Malah ada yang kata, si perokok atau pelaku kefasikan yg lain pun takkan diberi darjah kebolehpercayaan di atas persaksian mereka walaupun maksiat yg mereka persaksikan itu adalah bener2 kejadian.
Apa bener?

iii) Anak luar nikah pula diceritakan tidak boleh menjadi pemimpin, otherwise rosak binasa akhirnya. Kononnya diharamkan juga si anak kpd anak luar nikah drpd jd pemerintah. Ada yg kata cuma generasi ke-3@cucu itu baru sah kalau memerintah. Camne tu?

jkk

:wassalam

SJ-12-0214 : Perihal kelayakan jadi WALI, SAKSI & PEMERI

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

i) Yang dikatakan hilang kelayakan menjadi wali nikah, dan menjadi saksi dalam perbicaraan mahkamah, ialah: orang yang dihukum FASIK. Bukan setiap orang yang buat maksiat akan lucut kelayakan itu, kerana tiada manusia yang terlepas dari maksiat selain yang maksum.

Pun begitu, di sana ada khilaf dalam masalah wali fasik, adakah sah atau tidak nikah itu. Telah dijawab dalam soal jawab lalu: ISU WALI FASIK http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33530

Maksiat yang menyebabkan pelakunya dihukum FASIK ialah: Dosa Besar, ataupun berterusan di dalam melakukan dosa kecil.

ii) Syariat Islam yang maha adil sangat berhati-hati dalam menyelesaikan kes2 mahkamah supaya tidak berlaku kezaliman. Bagaimana kita boleh menerima kesaksian orang yang fasik, kalau hak-hak Allah pun dia berani langgar, maka tidak mustahil dia berani menzalimi hak-hak manusia.

Sebab itu, dalam Islam, kesilapan membebaskan pesalah LEBIH RINGAN daripada kesilapan menghukum orang yang tak bersalah.

Bagaimanapun, secara perincian adakah merokok itu menjatuhkan kefasikan, maka ia dirujuk kepada mahkamah untuk menilainya.

iii) Nasab tidak disyaratkan untuk menjadi pemimpin. Kerana Nabi SAW memerintahkan supaya dengar dan taat sekalipun yang menjadi pemimpin ialah hamba berkulit hitam. Oleh itu, anak luar nikah jika dia naik menjadi pemimpin, maka wajib atas rakyat dengar dan taat kepadanya.

Walaubagaimanapun, demi menjaga kehormatan nagara, jika terdapat pemimpin yang lebih afdhal dari segi agama, dan nasab, maka lebih baik dilantik yang lebih sempurna nasabnya.

Wallahu A'lam.