SJ-05-0272 : ulangi solat jumaat...

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0272 : ulangi solat jumaat...

:salam

baru sekejap td,dalam solat jumaat sound system not functioning well, so dalam keadaan kami (makmum) sujud pertama, tiba2 kami terdengar imam membaca fatihah pada R2. So semua makmum pun terus bangkit dari sujud (duduk antara 2 sujud), sujud 1x lg dan lantas qiyam pada R2.

Apa yg menjadi masalah, selepas imam memberikan salam, beliau mengarahkan supaya solat diulangi. Ada makmum mengatakan Imam berbuat demikian kerana

1) Imam hanya sujud sekali dan terus bangun untuk R2. jadi solat td tidak sah..

ada yg mengatakan

2) Imam telah meninggalkan makmum sebyk bbrp rukun (krn sound system x ok pd sujud), terputusnya hbgn antara imam dan makmum.

jadi, ape komen ahli panel, adakah solat perlu diulang berdasarkan alasan 1) @ 2)..sedangkan imam tidak membetiahu kpd makmum sbb perlu diulangi..sekian, terima kasih

:wassalam

SJ-05-0272 : ulangi solat jumaat...

:wassalam

alJawab:

Imam itu diangkat utk diikuti (HR syaikhan dari Abu Hurairah). Maka bila dia suruh ulang, maka ulang ajelah. Dia memiliki sebab tersendiri utk berbuat demikian menurut ijtihadnya. Kemungkinan ia merasakan bila terputusnya sound system telah menimbulkan kekeliruan pada makmum, maka jalan terbaik ialah dia memutuskan utk melakukan sekali lagi bila alat PA sudah diperbaiki. sekian