:salam
i) Apakah cara perkahwinan nabi saw & siti khadijah r.a? 'Aqad nikah macamana digunakan? Sedangkan islam pd waktu itu belum muncul...
ii) Apakah pegangan nabi saw SEBELUM mendpt wahyu? Adakah baginda saw percayakan Allah SWT memandangkan org2 Arab jahiliyah pd masa itu juga bertuhankan Allah
iii) Benarkah kenyataan seorg ustaz di tmpt sy ni kononnya sebelum terima wahyu/AQ, nabi pernah menjadi hakim lantaran kepercayaan penduduk makkah akan kejujurannya. Namun, penghakimannya yg bersumberkan kitab Taurat/Injil (probably yg dah dimodify tu) tetap tidak dpt membendung masalah sosial di kalangan masyarakat spt bunuh anak, arak, zina dsb. Disebabkan nabi saw gundah & gusar akan hal tsb, baginda lalu pergi bertapa di gua hira' utk mencari ketenangan / ilham. (~ kalu ikut storyline dia mmg ada flow & logik. Tapi bener ke??)
jkk
ÈÓã Çááå
æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
i) Islam mengiktiraf akad perkahwinan yang dilakukan oleh setiap agama sebagai perkahwinan yang sah. Kerana itu Nabi bersabda:
"Aku tidak dilahirkan daripada zina ahli Jahiliyyah. Aku tidak dilahirkan melainkan melalui perkahwinan seperti perkahwinan Islam". HR Baihaqi (no: 13854).
Difahami, semua datuk nenek Nabi SAW adalah melalui perkahwinan yang sah mengikut syariat dan agama masing-masing. Maka Nabi SAW juga berkahwin dengan Khadijah dengan akad yang diterima pakai oleh masyarakat pada waktu itu. Dan perkahwinan Nabi disempurnakan oleh bapa saudara Khadihah dan disaksikan oleh Bani Hasyim dan pemimpin-pemimpin Bani Mudhar.
ii) Di dalam hadis masyhur, Nabi SAW bertahannuth yakni: beribadah di gua Hira'. HR Bukhari (no: 6581) dan Muslim (no: 160).
Para ulama menjelaskan: Nabi ketika itu beribadah dengan agama Nabi Ibrahim a.s.
rujukan:
-Fathul Bari 1/23
-Al-Dibaj Ala Muslim 1/184
iii) Tidak kami temui dalam buku2 sejarah Nabi SAW, bahawa baginda pernah berhukum dengan kitab Taurat dan Injil.
Malahan, kalangan sejarawan Islam ada yang berpendapat bahawa Nabi SAW sebelum diutus sebagai rasul, tidak mengikut mana-mana syariat, kerana tidak dinukilkan dalam sirah, bahawa baginda pernah mengamalkan ajaran Injil dan Taurat, apatah lagi menjadi hakim dan berhukum dengannya.
Lagipun, seseorang yang mahu dijadikan penghulu segala rasul, dan penasakh segala syariat, tidak boleh lah dia di kalangan seorang penganut Yahudi atau Nasrani. Kerana, kalau dia seorang Yahudi atau Nasrani, kemudian mendakwa membawa ajaran baru, maka orang ini dianggap kafir terhadap agama asalnya.
Oleh itu, kami menganggap cerita yg dibawakan oleh ustaz itu tidak berseumberkan rujukan yang sahih. Wallahu A'lam.
rujukan:
-Subulul Huda Wa al-Rasyad 8/71
http://abuumair1.wordpress.com