SJ-05-0278 : TARAWIH 2 RAKAAT SAJA

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0278 : TARAWIH 2 RAKAAT SAJA

Bagaimana dengan orang yg terlalu letih bekerja atau kepenatan berpuasa, maka dia hanya solat tarawih 2 rakaat saja seorang diri.

Apakah ia dianggap solat tarawih?

SJ-05-0278 : TARAWIH 2 RAKAAT SAJA

al-Jawab:

solat malam Ramadhan atau tarawih itu diamalkan pada masa RasuluLlah saw dan Abu Bakar ialah 11 Raka'at secara sendirian.
Tiba masa Umar alKhattab, beliau memerintahkan secara berjama'ah sebanyak 20 raka'at. Itulah maksud tarawih Ramadhan sempena maksud istilah tsb yg bermaksud solat dan diselangi dgn waktu rehat.

Bagi orang yang keletihan, dia boleh melakukan sendirian di rumah selepas tidur terlebih dahulu dan bangun ketika isterinya bangkit utk memasak makanan sahur dan solat seberapa raka'at yang disukainya tapi kena lebih dari 2 raka'at. Kalau cuma 2 raka'at aje, maka itu cuma solat sunat biasa saja. sekian