:salam
Terdapat segelintir perawat gangguan jin dan sihir cuba menafsir mimpi-mimpi pesakitnya untuk mengetahui kebenaran adanya gangguan, apakah jenis gangguan, perkembangan keberkesanan rawatan dan sebagainya. Adakah ia dibolehkan dan tidak termasuk dalam larangan ini?
Contoh tafsiran mimpi yang pernah saya jumpa:
- sering mimpi hamil, melahirkan anak, mendukung bayi, berkahwin: jin jatuh cinta pada manusia[/*:m]
- sering mimpi jatuh dari tempat tinggi: sihir gagal nikah / pelalau[/*:m]
- mimpi hujan lebat: telah menerima rahmat Alloh, tanda gangguan akan berakhir[/*:m]
Dalil Larangan
Mimpi buruk berasal daripada syaiton. Abu Qatadah Radhiyallohu`anhu mengatakan, Saya mendengar Rosululloh :selawat bersabda,
"Mimpi yang baik adalah dari Allah, sedangkan mimpi yang menakutkan berasal dari syaiton. Jika seseorang di antara kamu mendapat mimpi yang menakutkan, hendaklah dia meludah ke sebelah kirinya dan berlindunglah kepada Alloh dari keburukannya, maka mimpi itu tidak akan membahayakannya."
(HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Dari Jabir Radhiyallohu'anhu, dia mengatakan, Seorang Badwi datang kepada Nabi :selawat lalu berkata,
"Wahai Rosululloh, aku melihat dalam mimpiku, seakan-akan kepalaku dipukul hingga aku tergelincir dan merasa sakit."
Mendengar itu Rosululloh :selawat lalu berkata kepada Badwi tersebut,
"Janganlah kamu sampaikan kepada orang lain perbuatan syaiton yang mempermainkanmu."
Jabir lalu berkata, Setelah itu aku mendengar Nabi berkhutbah dan berkata,
"Janganlah sekali-kali seseorang di antara kalian bercerita tentang perbuatan syaiton yang mempermainkannya di dalam tidurnya."
(HR Muslim)
[/]
:wassalam
al-Jawab:
Terimakasih kerana bersabar menunggu giliran jawaban anda dari kami. Kelewatan ini bukanlah disengajakan.
Adapun masaalah anda ni, ada dua isu:
Pertama: isu tafsir mimpi
Kedua: isu perdukunan
Pertama: isu tafsir mimpi, dibolehkan jika mimpi itu mimpi yang baik-baik sahaja. Adapun jurutafsirnya hendaklah mereka yang memiliki ilmu AQ dan asSunnah yg kuat dan wara' peribadinya. Hujahnya: Imam alBukhari dalam kitab sahihnya menceritakan bahawa menjadi kebiasaan Nabi SAW dan para sahabat mentafsir mimpi di kalangan penduduk Madinah
Manakala mimpi yang menakutkan atau mimpi yang buruk seperti yang anda kemukakan nas-nasnya, ditegah menceritakan kepada sesiapa pun.
Kedua: mendatangi pengamal perubatan dan menceritakan mimpi-mimpi terutamanya yang buruk termasuklah larangan, kerana hukumnya ialah haramnya mendatangi dukun dan membenarkan ramalannya.
Hadith Imam Ahmad dan al-Hakim dari Abu Hurayra ra'
" B/siapa yang mengunjungi tukang ramal, kemudian membenarkan ramalannya, sungguh ia telah ingkar terhadap apa yang diturunkan kpd Muhammad." (dinilai sahih oleh al-Albani dalam Ghayatul Maram #290)
Ruj: Dr Abu Ameenah Bilal Phillips, Ta'bair arRu'ya, syarjah, 1996