Kematian Sheikh al-Buty : hentikan kritikan keatas beliau

Primary tabs

القرضاوي : النظام السوري هو الذي قتل البوطي ومن معه

كلمات البوطي الأخيرة قبل رحيله..مؤثر

Dunia dikejutkan dengan kematian Shiekh Ramadhan al-Buty yang dikatakan mati akibat letupan pengebom berani mati yang memasuki ruangan Masjid al-Iman tempat beliau mengajar. Banyak yang mendo’akan kerahmatan dan keampunan keatas beliau. Namun tidak kurang juga mesej-mesej yang kurang enak didengari, yang tidak layak disangkutkan keatas seorang yang begitu alim yang mutakhashish didalam ilmu-ilmu Islam. Diantara bunyi SMS nya : “Musailamah al-Bouti telah mati di bom”, seolah-olah bergembira diatas kematian Sheikh Al-Buty.

Memang semenjak revolusi yang berlaku di Syria, beliau diantara ulama’ Syria yang memuji dan menyokong pejuangan tentera Asad menentang apa yang regim Basyar istilahkan sebagai pengganas (sebagaimana sering kita dengari Khutbahnya di Youtube). Namun demikian, kita harus tahu bahawa sejak akhir-akhir ini beliau telah mendo’akan kehancuran kepada Syiah An-Nasiriyin.
 
Tahu kah kita bahawa akhir-akhir ini Sheikh al-Buty dikatakan telah merancang untuk keluar dari Syria bersama keluarganya tetapi dihalang oleh regim Asad? Malah, visa untuk Sheikh al-Buty menunaikan umrah juga dibatalkan oleh regim Asad menurut Dr Rashid al-Tokhi. Diantara ulama’ yang mengkhabarkan berita ini adalah Shiekh Abul Huda al-Yaaqubi. Berikut adalah petikan dari FB beliau : 
 
“Aku mengucapkan takziah ke atas diriku dan seluruh alam Islami di atas Syahidnya Al-Allamah Al-Jalil As-Syaikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buti. Allah swt telah mengurniakan pengakhiran hayatnya dengan kebaikan dan mengurniakan beliau kemulian Syahid.
 

Sesungguhnya pemergian beliau Rahimahullah adalah satu kehilangan besar buat Umat Islam seluruhnya. Beliau merupakan seorang Mujaddid dalam Pemikiran dan Aqidah. Beliau adalah seorang Alim Rabbani yang berjuang membela Islam dan Ahlus Sunnah Wal Jamaah berdekad lamanya di Mimbar Dimasyq dan Kuliah Syariah. Dalam berita yang disiarkan di televisyen Syria,beliau telah meninggal dunia akibat dibom oleh pengebom berani mati.

 Aku menghalakan tanggungjawab Syahidnya beliau terhadap kerajaan aku mempunyai maklumat yang sangat panas dan teliti yang sangat dekat dengan Fadhilatus Syaikh bahawasanya As-Syaikh Al-Buti sedang berusaha untuk keluar dari Syria akan tetapi kerajaan telah mengenakan sekatan keselamatan yang sangat ketat ke atas beliau. Fadhilatus Syaikh Al-Buti di dalam majlis-majlis khas beliau sentiasa mencela ‘An-Nasiriyin’ dan sentiasa mendoakan kehancuran buat mereka.

 Aku mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pengeboman ini,samada ianya dilakukan oleh pihak kerajaan ataupun Jamaah Takfiryah sebagaimana didakwa oleh pihak kerajaan – kerana Jamaah Takfiriyah ini sememang asal mereka memerangi Ahlus Sunnah.


Kita semua mendoakan rahmat Allah ke atas pemergian Fadhilatus Syaikh Al-Buti dan semua pihak yang turut syahid bersamanya. Kita mendoakan agar Allah menempatkan beliau dan mangsa agar ditempatkan di kedudukan Para Syuhada’. Aku akan sentiasa menyebut tentang Fadhilatus Syaikh Al-Buti yang telah Syahid dengan segala kebaikan,pujian dan penghormatan. Beliau akan kekal sebagai seorang Tokoh yang Alim dari kalangan Ulamak Ummah Islamiah.

Aku walaupun berselisih pandangan dengan Beliau dalam persoalan “Khuruj ‘alal Imam” dan “Menyokong pemerintah”,dan walaupun aku sentiasa menyanggah pandangan beliau berkali-kali, tidaklah aku membawa dalam jiwaku melainkan Cinta dan Penghormatan terhadap beliau.

Semoga Allah merahmati beliau dengan Rahmat yang seluas-luasnya,dan memberikan buat Para Musliman sebaik-baik gantian ke atas pemergian beliau,dan semoga Allah mengurniakan kesabaran dan ketenangan buat anak-anak dan ahli keluarga beliau”

Apakah benar kematian beliau diakibat oleh bom berani mati yang dilakukan oleh pasukan “pengganas” atau ia merupakan perancangan teratur Presiden Basyar Asad setelah mengetahui Shiekh al-Buty telah menukar pandangan beliau terhadap perjuangannya? Lihat sahaja keadaan masjid al-Imam selepas kejadian tersebut. Penghawa dingin, tingkap, lampu, dsb berada didalam keadaan baik. Malah dikatakan bahawa jasad mayat-mayat tersebut utuh, tidak terputus, namun kepala mereka di tembusi peluru. Besar kemungkinan ia merupakan serangan yang terancang tentera penembak tepat Syiria.

 Lihat juga saksi-saksi yang dibawa oleh tentera Asad selepas peristiwa tersebut. Mereka dikatakan sebagai “penuntut ilmu”. Apakah sesuai pemakaian dan badan bertatu menghadiri majlis Shiekh al-Buty. Ini menunjukkan regim Asad sudah mula kalut.


Shiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi yang selalu menasihatkan Sheikh al-Buty rh agar jangan bersetongkol dengan regim Basyar juga didalam khutbah beliau semalam merasakan ini adalah perancangan jahat regim Basyar. Siapa lagi yang tergamak untuk melakukan pembunuhan didalam sebuah Masjid. Hanya tentera regim sahaja yang mempunyai rekod memusnahkan masjid. Walau pun Shiekh al-Buty didalam beberapa perkara tidak bersependapat dengan al-Qaradhawi, seperti isu Fiqh Aulawiyah, Fiqh Minoriti, dsb, dimana Shiekh al-Buty berpendapat bahawa Fiqh Islam hanya satu sahaja, namun didalam peristiwa kematian Sheikh al-Buty, al-Qaradhawi tetap menganggap sebagai sahabat beliau dan al-Buty bunuh oleh tentera regim.

 Melihat dari khutbah terakhir Shiekh al-Buty pada minggu lalu, memperlihatkan kita bahawa beliau sudah beralih pandangan. Beliau sudah mula mengecam kezaliman yang berlaku di Syria. Sheikh al-Yaaqubi juga pernah mengutuskan risalah kepada beliau agar Sheikh al-Buty bangkit dari keadaan beliau yang menyokong regim Basyar. Sheikh al-Yaaqubi juga mendapat maklumat bahawa Sheikh al-Buty telah menerima risalah tersebut.

 Allah swt menyelamatkan para Imam dan ulama’ yang ikhlas kepadanya. Beliau telah menamatkan akhir kalamnya dengan ijtihad yang baru, keluar dari menyokong Basyar dan berusaha untuk keluar dari Syria. Malah dua minggu sebelum kematian beliau, Al-Habib Ali-Al-Jufri telah menghubunginya melalui talipon dan kata Sheikh al-Buty ; "Tidak tinggal lagi umur bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira. Sesungguhnya aku sedang mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku". Al-Habib juga mengatakan bahawa beberapa hari sebelum ini, al-Buty berkata "Setiap apa yang berlaku padaku atau yang menuduhku daripada ijtihadku, maka aku harap ia tidak terlepas dari ganjaran ijtihad (yang betul mendapat dua ganjaran dan yang tidak mendapat satu ganjaran)”

 

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه واكرم نزله
واغسله بالماء والثلج والبرد ونقه من الذنوب والخطايا كما ينقى الثوب
الأبيض من الدنس وابدله داراً خيراً من داره وأهلاً خيراً من أهله وزوجاً
خيراً من زوجه

Sekian, wassalam

 


 

Di bawah ini adalah video khutbah al-Qaradhawi yang mengatakan tentera regim terlibat dan video berikutnya adalah khutbah akhir Shiekh al-Buty:

Kategori Berita: 

Artikel Berkaitan