Terima Kasih JAIP
Oleh Mohd Kamilzuhairi Abd. Aziz
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Jabatan Agama Islam Perak Darul Ridhwan khasnya Bahagian Penyelidikan JAIP yang diketuai oleh Us.Ashraf Ismail, Pejabat Agama Islam Bagan Serai dan semua wakil pihak berwajib negeri Perak mahu pun peringkat kebangsaan yang hadir kerana sudi menerima saya dan rakan-rakan yang dipanggil ''Pengikut Syiah'' untuk mengambil bahagian dalam majlis yang julung kali dianjurkan dan tidak lupa juga berterima kasih kepada beberapa orang aktivis Wahabi tanahair yang hadir bagi melaksanakan tugasan mereka walau dengan apa motif sekalipun
tetapi sekurang-kurangnya menjadi satu titik permulaan untuk berinteraksi dan bersuai-kenal akan hati budi masing-masing walaupun telah sampai berita ke telinga saya yang ada kuncu-kuncu alAhkam.net telah menyalah gunakan petikan rakaman majlis yang saya dan rakan-rakan pencinta Nabi s.a.w dan Ahlul Bait a.s percaya ianya sebagai Silaturrahim sesama umat Islam walaupun ada pihak yang cuba mengulangi benda-benda basi dan tanggapan-tanggapan yang keliru lalu cuba untuk menghukum orang lain secara one way street seolah-olah merekalah satu-satunya orang Islam, merekalah satu-satunya ahli syurga, Syiah terlalu bahlul sehingga percaya Sayyidina Ali lebih mulia dari Nabi Muhammad s.a.w, Syiah cuma berlakun bila bercakap tentang perpaduan Umat dan dan dan tanpa menyedari atau separuh sedar yang mereka dipergunakan oleh Zionis dan Amerika via proksi di dalam dunia Islam dan tanpa sedar atau separuh sedar yang dunia telah berubah dan Tuan-Tuan mereka telah hilang keTuanannya atau lambat laun bakal hilang kedaulatannya
''الله وليّ اللذين آمنوا يخرجهم من الظّلمات الى النّور واللذين كفروا أولياء هم الطّاغوت''
Syiah yang tidak pernah mengkafirkan saudara seagamanya dan tidak bermasalah untuk memakan sembelihan Sunni beriya-iya mahu dipaksa mengkafirkan saudara seagamanya (sah yang memaksa itu bukan Sunni tetapi berpura-pura AhlusSunnah) dan selain Sunni yang mahu diperdaya, Syiah yang bermakna Pengikut Ahlul Bait Nabi s.a.w di dalam rangka mengamalkan Sunnah Nabi dan mahu menjadi ahli bagi Sunnah juga dituduh dicipta oleh tokoh Dongeng Dolah Sabak laknatullah...ikut suka hati hangpa saja.....tapi aku ucap terima kasih kepada orang-orang budiman dan mulia yang ada di sana..Wassalam
aku musafir line internet pun tak clear...SOLAWAT [kamilzuhairi.blogspot.com]