:salam
sy ada bbrapa soklan:
1) apakah pandangan paling tepat berkenaan hukum telur penyu sedangkan setau sy penyu haram makan? atau ada konsep mana yang diaplikasi??
2) sunnah utk kite berdoa sebelum salam dalam solat..sekiranya saya xhafal doa yang diajar dalam hadis nabi (doa sebelum salam tu), bolehkah saya berdoa dengan doa2 yang biasa yang saya hafal dlm b.arab??
ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
1) Penyu itu sendiri ada khilaf, halal atau haram dimakan.
-Jika pendapat yang kata halal makan penyu, maka telurnya juga adalah halal. Kerana kaedah: ÇáÊÇÈÚ ÊÇÈÚ
-Jika kita pegang penyu tidak halal dimakan, maka hukum telurnya pula dirujuk dalam masalah: hukum telur binatang yang haram dimakan; adakah halal atau haram.
Persoalan ini kami telah pun menjawabnya dalam soal jawab SJ-10-0057 : telur yg bole dimakan, jawapannya seperti berikut:
rujukan: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33478
2) Sebahagian ulama berpendapat: boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang tidak bertentangan dengan syarak, kerana sabda Nabi SAW dalam mengajar doa selepas tasyahhud: "...kemudian dia pilihlah daripada permintaan (doa) apa yang dia kehendaki". Direkod oleh Muslim (no: 402).
Hadis menunjukkan boleh memilih apa jua doa hatta yang bukan ma'thur daripada Nabi SAW. (Majmuk Nawawi 3/469)
Imam Ahmad pula berpendapat: tidak boleh berdoa dalam solat melainkan dengan doa-doa ma'thur daripada baginda SAW. Hadith 'pilihlah daripada permintaan (doa) apa yang dia kehendaki', ditafsir oleh Imam Ahmad sebagai: pilihlah doa-doa yg warid dalam hadis. (majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah 22/277)
wallahu A'lam
http://abuumair1.wordpress.com