SJ-12-0225 : Hari Baik dan Hari Tidak Baik??

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0225 : Hari Baik dan Hari Tidak Baik??

:salam

Saya agak keliru untuk menetapkan tarikh dan hari akad nikah kerana ada sesetengah berpendapat bahawa tarikh-tarikh dalam kalendar Islam seperti 14, 10 dan 2 adalah tarikh yang sesuai, dan hari Khamis malam Jumaat adalah hari yang sesuai atas sebab-sebab tertentu.

Soalan saya: Apakah tarikh dan hari yang sesuai atau tidak sesuai untuk bernikah?

Apakah sebab-sebab tarikh atau hari tersebut sesuai untuk akad nikah? Yang manakah lebih penting, tarikh ataupun hari? Adakah ini disebut di dalam mana-mana hadith?

Terima kasih.

SJ-12-0225 : Hari Baik dan Hari Tidak Baik??

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjwab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Dalam Islam, tidak ada tarikh atau hari tertentu yang melarang seseorang itu untuk bernikah. Tarikh seperti 14, 10 atau 2 tidak ada signikan langsung didalam Islam bagi tujuan mengada majlis akad nikah.

Hari Jumaat, merupakan hari baik bagi orang Islam. Sabda Nabi :saw :-

ÎóíúÑõ íóæúãò ØóáóÚóÊú Úóáóíúåö ÇáÔøóãúÓõ íóæúãõ ÇáúÌõãõÚóÉö Ýöíåö ÎõáöÞó ÂÏóãõ æóÝöíåö ÃõÏúÎöáó ÇáúÌóäøóÉó æóÝöíåö ÃõÎúÑöÌó ãöäúåóÇ
dir="ltr">"Hari terbaik dimana matahari naik adalah hari Jumaat. Pada hari tersebut Adam di jadikan, dan pada hari tersebut dia telah masuk Syurga dan pada hari tersebut dia dikeluarkan darinya" [Hadith Riwayat Muslim, al-Jumu'ah #1410].

Secara umumnya, elok juga dilakukan perkara yang baik pada hari Jumaat, seperti akad nikah. Cuma kena pastikan agar ia tidak menyukarkan orang daripada menunaikan solat Jumaat. Tidak ada halangan bagi seseorang itu hendak bernikah pada hari-hari lain.

Begitu juga dengan pemilihan bulan mana yang elok dilakukan pernikahan. Didalan Islam, tidak ada hari atau bulan yang mendatangkan kesialan kepada umatnya. Kesemua kejadian alam ini tertakluk kepada ketentuan Allah swt, dan bukannya tarikh-tarikh tertentu. Firman Allah swt :-

"

Åöäøó Çááøóåó ÚöäúÏóåõ Úöáúãõ ÇáÓøóÇÚóÉö æóíõäÜÒáõ ÇáúÛóíúËó æóíóÚúáóãõ ãóÇ Ýöí ÇáÃÑúÍóÇãö æóãóÇ ÊóÏúÑöí äóÝúÓñ ãóÇÐóÇ ÊóßúÓöÈõ ÛóÏðÇ æóãóÇ ÊóÏúÑöí äóÝúÓñ ÈöÃóíøö ÃóÑúÖò ÊóãõæÊõ Åöäøó Çááøóåó Úóáöíãñ ÎóÈöíÑñ
dir="ltr">Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dialah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." [Surah Luqman : 34].

Anda juga boleh memilih bulan Syawwal untuk melakukan majlis Nikah. Berkata A'isyah ra bahawa Rasulullah :saw menikahinya didalam bulan Syawwal. Berkata Urwah bin Zubair ra :-

æßÇäÊ ÚÇÆÔÉ ÊÓÊÍÈ Ãä ÊÏÎá äÓÇÁåÇ Ýí ÔæÇá
dir="ltr">"A'isyah menyukai perkahwinan dilakukan pada bulan Syawwal" [Riwayat Muslim #1423]

Imam Nawawi rh. mengatakan bahawa ini menunjukkan bahawa adalah digalakkan bernikah didalam bulan Syawwal [Sharh Muslim, 9/209].

Diantara perkara yang perlu diambil kira pada masa nikah adalah :-

a. Jadual waktu juru nikah yang ingin melakukan akad nikah. Pastikan dia mempunyai kelapangan.
b. Adalah baik dilakukan pada masa bakal isteri anda suci dari haidh.
c. Pastikan dilakukan nikah tersebut bukan pada waktu solat.
d. Ada juga yang melakukan majlis pernikahan pada masa cuti umum, agar ramai tetamu dapat menghadirinya.
e. Pastikan para jemputan bukan sahaja terdiri dari orang kaya-kaya.

Kesimpulannya, tidak perlulah melihat tarikh mana yang sesuai bagi melakukan akad nikah, kerana mempercayai hari-hari tertentu mendapatan kesialan boleh membawa kepada perbuatan syirik. Eloklah anda melihat kepada tarikh dimana anda boleh mengambil cuti kahwin, tarikh juru nikah lapang, tarikh bila pihak perempuan lapang dan beberapa perkara-perkara yang lain, yang lebih praktikal dan baik untuk difikirkan. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين