SJ-11-0146 : zakat pendapatan lagi

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0146 : zakat pendapatan lagi

:salam

Satu pertanyaan je, boleh ke duit zakat pendapatan yg kini dan tertunggak di beri utk pembinaan masjid di luar negara(negara bukan islam) bukan pada asnaf2 yg ditetapkan?
JZK

SJ-11-0146 : zakat pendapatan lagi

:wassalam

al-Jawab:

al-Qardhawi (Fiqhuz Zakat, 2/815) berkata, jumhur fuqaha' menetapkan tidak boleh dipindahkan zakat ke tempat lain. Tujuannya supaya mengutamakan lokal dan menyelesaikan masalah tempatan terlebih dahulu.
Cuma pemerintah yang adil boleh berijtihad di atas nasihat para ulama' boleh memutuskan sebahagian zakat dihantar ke tempat lain.
Ia berdasarkan pendapat Imam Malik dalam tafsir al-Qurthubi (8/175). Ini juga pendapat madzhab Syafi'iy (al-Majmu', cetakan cairo, 6/239) dari al-Rafi'iy bahawa pengeluar zakat tidak boleh mengagihkan sendiri zakatnya ke tempat lain melainkan ia adalah urusan dan budibicara Pemerintah sahaja.

sekian. WA