Salam,
Saya membaca fatwa Syaikh Abd Aziz ibn baaz berkenaan hukum wanita mewarnakan rambutnya dengan warna hitam adalah dilarang berdasarkan dari hadis shahih muslim yang mana rasul saw melarang mewarna rambut dengan warna hitam tetapi dengan warna lain adalah boleh...
Soalan saya,bagaimana pula jika si isteri tadi mewarnakan rambutnya dengan warna hitam untuk tatapan suaminya?Adakah menyalahi perintah rasul saw?
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-12-0238 : Mewarnakan rambut bagi wanita
Primary tabs
Wed, 26/12/2007 - 9:09pm
#1
SJ-12-0238 : Mewarnakan rambut bagi wanita
Secara ringkasnya , memang fatwa As-Syaikh Ibn Baz itu adalah benar.Manakala dalam masalah isteri menghitamkan rambut dengan tujuan untuk tatapan suami , fatwa Jabatan Mufti kerajaan Negeri Sembilan mengharuskannya.
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=676
Perlu diingat diantara ‘illah pengharaman mewarnakan rambut dengan warna hitam adalah kerana menunjukan kepada larangan penipuan umur yang mana orang tua dan yang sudah beruban ingin menghitamkan rambut supaya kelihatan lebih muda.Maka dalam hal ini tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan adalah dilarang.
Adapun terdapatnya pendapat yang mengharuskannya adalah berdasarkan kepada keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit , untuk maslahah umum termasuk masalah isteri tadi dll.
WA
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com